Bagaimana cara menghilangkan jerawat di dahi?
1. Amalkan pemakanan yang sihat!
Antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat, kawal apa yang kita makan sebaiknya.
- Pastikan kita sentiasa makan makanan seimbang yang kaya serat. Makanan seperti buah-buahan & sayur-sayuran berdaun hijau bukan saja kaya khasiat, malah sangat baik untuk kesihatan kulit.
- Elakkan makanan yang mempunyai no indeks glisemik tinggi iaitu nakanan yang kaya gula. Makanan indeks glisemik tinggi seperti kek, roti putih meningkatkan tahap gula darah dan menggalakkan jerawat
- Pastikan kita minum air kosong secukupnya.
- Kurangkan pengambilan makanan berasid.
- Berhenti merokok.
- Jangan minum minuman beralkohol. Arak itu haram untuk orang islam.
- Amalkan makan yang kaya serat untuk detoks toksin dalam badan & membantu sistem penghadaman yang lebih sihat.
2. Dapatkan rehat dan lakukan senaman secara berdisiplin.
Rehat dan senaman yang mencukupi merupakan 2 cara hidup yang mudah untuk diamalkan jika kita ingin menghilangkan dan mencegah jerawat. Senaman akan mengurangkan tahap hormon kortisol yang menyebabkan tekanan & badan kita akan menghasilkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.
3. Jaga kebersihan diri.
Amalan menjaga kebersihan sangat membantu dalam mengelakkan masalah jerawat. Pastikan kita sentiasa membersihkan kulit dengan baik untuk mengurangkan pembentukan minyak / sebum yang akan menyumbat liang roma kulit kita. Pembentukan minyak akan cenderung untuk memerangkap bakteria dan menggalakkan pembentukan jerawat. Kita juga boleh kerap mengamalkan produk skincare yang bagus untuk mengelupas (exfoliate) kulit. Ini akan membantu menghilangkan kulit mati di permukaan kulit yang akan menyebabkan pori tersumbat & menyebabkan jerawat.
4. Jangan sesekali tekan jerawat.
Jangan tekan jerawat kerana ini akan memburukkan lagi pelarian, menyebabkan parut atau jangkitan.
Selesai sudah bahagian jeragat di kawasan dahi. Seterusnya, apa pula makna jerawat yang tumbuh di kawasan dagu / rahang?
Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan jerawat di dagu & sekitar rahang mulut?
1. Halang tangan kita dari menyentuh dagu!
2. Kerap bersihkan telefon bimbit bimbit kita.
Tangan kita yang sibuk bekerja & memegang banyak permukaan akan sentiasa memegang handphone. Boleh jadi permukaan handphone kita kotor dan penuh dengan bakteria. Ini akan memindahkan bakteria tersebut dari tangan ke kulit muka kita semasa menjawab panggilan & mungkin menjadi penyebab jerawat. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan bakteria dan kuman yang terdapat pada handphone?
3. Berhenti memakan produk berasaskan susu selama 21 hari.
Kulit kita akan menghilangkan bahan yang tidak sesuai dengan tubuh kita dengan mengeluarkan peluh & jika tidak boleh disingkirkan melalui peluh, boleh juga keluar melalui jerawat. Antara makanan yang terkenal dalam menyebabkan jerawat adalah produkk tenusu seperti keju, yogurt, susu segar dan ais krim.
Tak kiralah susu lembu lembu atau susu kambing. Produk berasas susu menyebabkan pembentukan mukus yang sukar untuk dicerna oleh badan kita.
Terutama bagi mereka yang menghadapi masalah tidak toleran kepada laktosa. Mengambil banyak produk tenusu lebih dari kemampuan badan untuk mencerna akan menyebabkan badan kita mengeluarkan bahan lebihan ini melalui jerawat di bawah dagu.
- Kebanyakan lembu tenusu diberi hormon pertumbuhan untuk menghasilkan lebih banyak susu.
- Pengambilan produk tenusu seperti susu, keju, dan yogurt akan mempengaruhi tindak balas hormon dalam badan kita.
- Ini kerana hormon dari produk tenusi ini mungkin sangat menyamai hormon manusia yang berfungsi menambahkan pengeluaran minyak pada kulit.
- Seperti yang kita tahu, kulit berminyak boleh menjadi punca keluarnya jerawat yang banyak.
- Terdapat lebih banyak kelenjar peluh di bawah kawasan dagu di muka.
- Badan kita akan mengeluarkan hormon dari produk tenusu dengan banyak, khususnya di kawasan dagu dan kawasan rahang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI