Cara Hidupkan Enjin Kereta ‘Push Start’ Bila Bateri Remote Sudah ‘Kong’ Atau Hampir Habis

Share

Bayangkan sitausi di mana pada waktu awal pagi ketika anda ingin bergegas ke pejabat atau hantar anak ke sekolah tapi kereta tak dapat dihidupkan. Ini bukan masalah bateri kereta ke apa tapi sebab remote kunci kereta tak dapat berfungsi!

Gara-gara bateri sudah habis atau ‘kong’ ia menyebabkan kereta tak dapat dihidupkan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum kebanyakan kereta baharu di pasaran menggunakan sistem kunci jenis ‘keyless’ dan tak perlu lagi menggunakan cara manual memasukannya dan dipulas.

Kereta zaman sekarang hanya perlu tekan satu butang sahaja untuk dihidupkan. Cuma masalah mungkin timbul apabila bateri remote habis tanpa anda sedari. Jadi bagaimana nak hidupkan kereta bila masalah ini berlaku?

SOLUSI PERTAMA

Masalah pertama bila remote kehabisan bateri ini ialah bagaimana nak unlock pintu kereta? Jangan risau ada caranya. Bawa remote anda dan dekatkan pada butang hitam di pintu pemandu. Kemudian cuba buka pintu macam biasa.

Atau anda boleh gunakan satu lagi cara iaitu dengan menggunakan kunci. Sesetengah remote keyless sebenarnya mempunyai kunci fizikal yang terletak di dalamnya, Sebagai contoh kereta perodua yang kuncinya terletak seperti foto di bawah.

Tekan butang dalam bulatan merah

1. Keluarkan kunci tersebut untuk membuka pintu dan boleh gunakannya untuk hidupkan enjin.

2. Masukkan kunci kereta pada lubang kunci. Untuk hidupkan enjin anda perlu tekan pedal brek kemudian tekan butang push start.

Gunakan kunci ini

3. Kereta anda akan mengeluarkan lampu logo amaran kunci pada papan pemuka.

4. Bawa remote kereta anda dan rapatkan pada butang Push Start. Sekiranya lampu push start menyala itu bermakna ia telah mengesannya. Jadi anda boleh hidupkan enjin macam biasa dengan tekan pedal dan tekan Push Start.

Kalau Ada 10 Ciri-Ciri Ini, & Anda Memang ‘Mat Kereta’ Sejati!

SOLUSI KEDUA

Jika remote atau kunci keyless anda masih ada bateri tetapi sangat lemah boleh gunakan cara berikut.

1. Letakkan remote atau kunci keyless dan letakkan di butang Push Start untuk diimbas.

2. Jika berjaya kereta akan automatik mengesannya dan ON.

3. Anda boleh tekan brek dan tekah Push Start seperti biasa untuk hidupkan enjin. Bila enjin sudah hidup segeralah ke kedai untuk tukar bateri itu dengan segera ya!

Kredit: TikTok Abang Recon

Semoga perkogsian ini memberikan manfaat untuk anda! Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim