Jangan sangka memiliki six packs itu anda bebas daripada berdepan kekejangan otot. Tanyalah mana-mana individu yang pernah mengalaminya, kekejangan atau cramp otot perut semasa melakukan senaman terutamanya sit up memang cukup memeritkan!
Seperti mana yang kita tahu, ‘cramp’ merupakan kondisi di mana otot mengalami kekejangan lalu menyebabkan rasa sakit di bahagian tersebut. Jika semasa anda melakukan sit up dan merasa sakit yang belum pernah dirasakan sebelum ini, bermakna anda berpotensi besar mengalami cramp otot perut.
Kekejangan otot semasa atau selepas melakukan senaman seperti sit up boleh berlaku secara tiba-tiba. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa saat atau minit yang boleh menyebabkan kesakitan sederhana dan juga melampau.
Sebelum cramp itu berlaku anda sendiri sebenarnya boleh merasakan ada pergerakan atau ‘spasm’ pada bahagian otot perut. Selepas berlakukan cramp, anda mungkin akan berasa tidak selesa malah sakit yang mungkin kekal selama beberapa hari. Jika rasa sakit keterlaluan berpanjangan dapatkanlah segera rawatan di klinik atau hospital.
Ads
Terdapat beberapa tip dan cara untuk mengelak berlakukan cramp otot perut. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa cara tersebut.
JANGAN MAKAN ATAU MINUM
Makan atau minum sebelum melakukan senaman seperti sit up boleh menjadi punca berlakukan cramp otot perut. Semakin banyak anda makan atau minum sebelum bersenam sebenarnya meningkatkan lagi kebarangkalian anda berdepan masalah ini.
Namun meminum air kosong didapati kurang memberikan kesan berbanding minuman seperti jus. Jika anda berasa dehidrasi atau kekurangan aur, minumlah secara sikit demi sikit.
Ini antara faktor betapa pentingnya melakukan warm up atau memanaskan badan sebelum bersenam. Lakukan regangan ringkas termasuklah di bahagian otot perut sebelum melakukan senaman intesif seperti sit up. Melakukan warm up asas seperti kardio amatkan digalakkan bagi menyediakan badan anda untuk senaman.
Regangan badan juga boleh dilakukan dari atas ke bawah bagi memberikan otot lebih bersedia. Ia boleh mengelakkan anda berdepan bukan sahaja kekejangan malah kecederaan serius.
Pastikan badan anda dalam kondisi hodrasi yang baik atau dalam bahasa kasarnya cukup air. Walaupun tidak berapa digalakkan minum sejurus sebelum melakukan senaman, anda sebenarnya harus minum air kira-kira 500 ml dua atau tiga jam sebelum melakukan senaman dan 200 ml kira-kira setengah jam sebelum.
Selai itu sentiasa amalkan minum air secara rutin bagi membuatkan badan anda setiasa terhidrasi atau cukup air. Kekurangan air dalam badan oleh menyebabkan berlakukan kekejangan di mana-mana bahagian otot sekali pun apabila bersenam.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
https://www.youtube.com/watch?v=5r9hqcbGFrc
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan ingat semua lelaki tak suka bawang putih. Ramai sebenarnya lelaki yang boleh telan bawang putih macam tu sahaja bila tahu khasiatnya walaupun bau bawang putih agak menjengkelkan.
Kalau anda jenis lelaki yang sukakan bawang putih, ini ada berita baik buat anda!
Bau bawang putih yang kuat itu sebenarnya boleh menjadikan bau badan anda lebih menarik dan seksi di mata wanita.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Stirling dan Universiti Charles, seramai 42 responden lelaki telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu yang makan bawang putih mentah, kapsul bawang putih dan tidak makan bawang putih.
Kesemua responden tidak dibenarkan untuk memakai deodoran dan juga merokok. Mereka juga telah diberi kapas untuk diletakkan di bawah ketiak selama 12 jam bagi tujuan mengumpul sampel bau badan. Selepas 12 jam, kapas tersebut diberikan kepada 82 responden wanita untuk dihidu dan dinilai.
Keputusannya nyata menakjubkan kerana menurut responden wanita ini, lelaki yang mengambil bawang putih, sama ada yang mentah atau dalam bentuk kapsul memiliki bau badan yang lebih menarik, lembut dan maskulin.
Ini kerana bawang putih mengandungi antioksidan yang membuatkan bau badan lebih baik.
Menurut kajian, bau nafas memiliki peranan penting dalam interaksi sosial malah bau badan juga penting dalam hubungan intim.
Ini kerana hasil kajian mendapati orang yang makan bawang putih dapat memberikan kesan positif terhadap si pemakan. Selain baik untuk kesihatan, ia juga mempunyai sifat antioksidan dan antimikroba.
Bawang putih juga dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap libido dan daya tahan hubungan intim lelaki. Lelaki yang mengalami masalah ereksi (erectile dysfunction) digalakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran darah ke alat kelamin.
Wow, hebat bukan! Yang dah kahwin tu bolehlah buat eksperimen tentang manfaat bawang putih yang satu ini. Manalah tahu kebahagiaan di bilik tidur anda dan pasangan akan bertambah intim!
Tentu anda semua sudah sedia maklum bagaimana terseksanya mereka yang mengidapi penyakit gout. Penyakit kerap dikaitkan dengan tingginya kandungan asid urin di dalam badan seseorang. Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Berikut disenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah gout.
1. Sayur-sayuran
Nutrien yang terkandung di dalam sayur-sayuran adalah cukup baik untuk kesihatan anda. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengelakkan sayur-sayuran yang tinggi dalam kadar purin. Namun begitu kandungan purin di dalam sayuran adalah kurang berbanding dengan daging-daging merah.
2. Buah Ceri
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ceri mengandungi khasiat yang cukup baik untuk mengelakkan gout. Kajian juga mendapati ceri boleh membantu untuk mengurangkan kadar asid urin di dalam badan dan seterusnya membasmi serangan gout.
3. Minuman Kopi
Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa dengan meminum kopi, risiko penyakit gout dapat dikurangkan. Mereka yang kerap mengambil kopi juga mempunyai kurang risiko untuk mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
4. Produk Tenusu
Saintis yang mengkaji berkenaan penyakit gout ini mendapati produk tenusu yang rendah lemak boleh membantu memperbaiki proses asid urin. Mereka yang kerap mengambil produk tenusu ini didapati mempunyai kadar asid urin yang kurang di dalam darah mereka.
5. Ikan Air Sejuk
Asid asas yang terkandung di dalam ikan tuna boleh membantu mengurangkan keradangan akibat gout. Namun begitu untuk mengelakkan keadaan tersebut menjadi semakin buruk, pengambilan ikan tersebut perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari kerana ia masih mempunyai purin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Wanita memang banyak amalan dan petua untuk tampil sihat. Walaupun nampak mudah tapi kalau amalan wanita ini dibuatkan secara konsisten boleh memberikan impak positif pada kesihatan lelaki.
Jadi lelaki, kalau nak kekal sihat dan postif jangan ambil remeh dengan amalan wanita ini. Oleh itu, jom tiru 4 amalan wanita ini.
1. BERSIHKAN MUKA SEBELUM TIDUR
Mengikut kajian oleh Pembantu Profesor Dematologi di New York University, Ariel Ostad, tanpa disedari lelaki sebenarnya lebih banyak menyentuh wajah berbanding wanita. Tabiat ini memudahkan penyebaran bakteria. Oleh itu, basuhlah muka anda terutamanya pada waktu malam untuk mengurangkan minyak dan mengelakkan bakteria daripada menutupi liang pori-pori wajah.
2. TIMBANG BERAT BADAN SECARA KONSISTEN
Menurut kajian oleh Minnesota University pula, individu yang menimbang berat badan secara konsisten lebih banyak menurunkan berat badan berbanding individu yang mengelak untuk menimbang berat badan. Lelaki terutamanya, tidak mudah perasan dengan perubahan bentuk fizikalnya walaupun baju sudah mulai ketat!
3. BAWA GEL ANTI-BAKTERIA
Nampak remeh tetapi gel ini berguna untuk anda bawa ke mana sahaja. Menurut Pengarah Bahagian Kosmetik dan Dermatologi di Mount Sinai Hospital, Joshua Zeichner, kebersihan tangan adalah yang paling utama untuk anda atasi penyebaran bakteria. Pastikan anda sentiasa membawa gel anti-bakteria ini setiap masa. Hanya sapukan pada kedua-dua telapak tangan dan biarkan selama 15 saat sebelum ia kering sendiri. Ini antara teknik penjagaan kesihatan yang paling mudah untuk lelaki amalkan.
4. MANDI AIR SUAM ATAU AIR PANAS
Bukan mengada-ngada nak mandi guna air panas. Sebenarnya, mandi air suam atau air panas dapat membuka liang pori-pori serta membersihkan kulit secara menyeluruh. Malah, jika anda mencampurkan air mandian dengan garam laut juga, anda dapat mengatasi masalah kedutan halus pada kulit. Jadi pastikan anda amalkan ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.