Untitled design

Kalau nak cepat kurus dalam masa sebulan pastikan anda ikuti panduan ini dalam misi untuk cepat kurus dan buang lemak.

Yang penting, anda kena ada kesungguhan untuk berubah kepada fizikal yang lebih sihat dan mengagumkan.

Bukan lagi rahsia, 10 tip ini pasti boleh buat orang gemuk cepat kurus dalam masa sebulan. Apa lagi, jom mulakan hari ini!

1. Minum air secukupnya

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Minum 8 gelas air sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2. Jangan lupa ambil suplemen kalsium

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Kajian menunjukkan kekurangan kalsium di dalam tubuh boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium daripada susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmeal.

3. Makan snek di antara waktu makan

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

IKLAN

Masukkan snek di antara waktu makan dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ini bermakna perut anda memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan mengambil makanan berlebihan pada waktu makan seterusnya.

Oleh itu pilihlah jenis snek yang mempunyai kandungan fiber dan protien yang tinggi seperti buah-buahan kering, biskut berfiber tinggi, yogurt dan kekacang. Anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya tiga makanan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua hingga tiga snek sehari.

4. Tidur yang secukupnya

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama! Pastikan anda cuba mengekalkan rutin tidur yang konsisten di mana waktu tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5. Jangan stres

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

IKLAN

Stres meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang terbaik untuk membantu anda mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6. Dapatkan cahaya matahari yang cukup

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit cahaya matahari, ia juga akan menaikkan kadar jantung anda dan anda dapat menghirup udara yang segar.

7. Buat senaman menggunakan pemberat

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori, manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.

IKLAN

Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

8. Vitamin C tingkatkan metabolisme

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Suplemen vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

9. Ambil makanan pedas

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Sekiranya anda suka mengambil makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin yang terkandung di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

10. Minum teh hijau atau teh oolong

Cara Efektif Untuk Yang Nak Turunkan Berat Badan Dalam Masa Sebulan!

Gantikan secawan kopi atau teh tarik yang kedua dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau atau teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Anda perlu minum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI