Gaya Hidup

Cara Drill Dinding Tanpa Bunyi Bising, Tak Ganggu Jiran. Pilih ‘Mata Jenis Ini

Share

Kerja-kerja pertukangan yang mudah di rumah sendiri biasanya kita lakukan secara DIY. Lebih jimat. Termasuklah kerja-kerja melibatkan penggunaan drill contohnya untuk memasang  rak pada dinding, penyangkut baju atau gantung frame gambar.

Cuma sewaktu melakukan kerja ini kita risaukan tentang bunyi bising dari alat ini akan mengganggu jiran.  Tapi ada tip yang boleh kita guna untuk kurangkan bunyi dan mudahkan drill dinding konkrit. Caranya pastikan mata drill yang kita guna betul.

Boleh guna mata drill yang dicadangkan oleh Wak Saien yang dikongsi melalui Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Guna ‘mata’ jenis ini

Untuk tebuk dinding konkrit Wak cadangkan yang ini, guna mata jenis ini atau Ceramic Tile Mosaic Drill Bit

Nak gantung frame, penyangkut baju boleh guna mata ini, akak-akak pun boleh buat. Bunyi tak bising, tak ganggu jiran, tangan sebelah pun boleh. Harga tak sampai RM10.

Info: Mata ini digunakan untuk ceramic dan tiles namun boleh juga untuk tebuk dinding konkrit dan simen. Cuma ia mungkin haus kalau tebuk banyak lubang, boleh standby mata ganti. Tapi berbaloi sebab mudahkan kerja dan tak bising.

Sumber:  Wak Saien 

 

Published by
RE