REBUS TELUR SEPARUH MASAK?

Selalunya  telur separuh masak perlu direbus berapa minit?

Cara Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sedap

Cara Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sedap

CARA MEMASAK TELUR SETENGAH MASAK

  1. Didihkan air di dalam periuk kecil di atas dapur api. Kuantiti air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya.
  2. Setelah air betul-betul mendidih, matikan api dan masukkan telur (2 hingga 4 biji telur).
  3. Mulakan kiraan dengan stopwatch. Boleh guna timer, jam atau apps stopwatch di handphone masing-masing. Biarkan rendaman telur selama 7 minit. (Nota : Maksimum 8 minit)
  4. Setelah 7 minit, angkat dan buang air panas tersebut. Gantikan dengan air sejuk dan biarkan selama lebih kurang 1 minit untuk sejukkan telur (menghentikan proses telur masak).
  5. Telur sudah sedia untuk dihidang. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan tambahan sedikit garam, lada sulah mahupun kicap.

Cara Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sedap

Cara Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sedap

Ads

TIP KIRAAN MASA

Sebenarnya, kita boleh anggarkan sendiri bagaimana keadaan telur yang kita mahu. Bolehlah anda anggarkan masa untuk memasak telur mengikut selera anda.

  • 2-3 minit untuk yang suka putihnya cair dan kenyal sedikit
  • 4-5 minit putih dah mula kenyal tapi kuning masih cair
  • 6-7 minit putih n kuning mula kenyal
  • 8-10 minit telur dah mula masak
  • Lebih 10 minit dah keras

Cara Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sedap

MEMBANTU PEMBENTUKAN OTOT
Pengambilan telur separuh masak membantu dalam membentuk otot tegap dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

Ads

MENURUNKAN BERAT BADAN
Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi tenaga. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber tenaga yang jauh lebih baik, jika dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama.

MENGUATKAN DAYA INGATAN
Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak seseorang.

MENCEGAH PENUAAN
Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara tetap boleh membantu tubuh, organ tubuh, serta fungsinya mengelak daripada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

Ads

Cara Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sedap

MENCEGAH ANEMIA
Darah di dalam tubuh sangat, dan kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

BAIK UNTUK MATA
Vitamin A yang terkandung dalam telur separuh masak adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata. Vitamin A nya jauh lebih banyak, berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI