Kereta yang terkandas di tepi jalan boleh menjadi situasi yang sangat mencemaskan, terutamanya jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat cara untuk mendapatkan khidmat towing (tunda) secara percuma. Kita tak perlu pun keluarkan duit untuk menggunakan perkhidmatan towing ini. Ada saja yang percuma dan cara tersebut dikongsi oleh Farhan.com
melalui akaun TikTok miliknya.Ujarnya sekiranya kereta rosak di tengah jalan berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan khidmat towing percuma.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi langkah selamat yang perlu dilakukan sementara menunggu lori towing tiba.
1. Berhenti di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan bonet belakang. Letak juga segi tiga kecemasan di belakang kereta .
2. Kemudian lihat bahagian belakang road tax, ambil nombor telefon insuran yang tertera.
3. Cari tempat yang selamat dan hubungi nombor telefon insuran tadi. Mereka akan bertanya bebeberapa soalan sebelum menghantar lori towing dan ervis ini adalah percuma.
@farqhan.com #jombelajar #tiktokguru #learnontiktok #courierhub ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Tambah Farhan lagi semasa menunggu lori towing pastikan kita tidak duduk di dalam, di depan atau di belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan. Ia untuk mengelakkan risiko dirempuh oleh kenderaan lain. Sebaiknya cari tempat selamat jauh sedikit dari kereta untuk menunggu.
Semoga bermanfaat
BACA LAGI : PU Riz Pesan Wajib Sediakan Tempat Tinggal Kepada Bakal Isteri Sebelum Berkahwin
Sumber: Farhan.com
Artikel ini diambil dari VK.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!