Penggunaan aksesori di atas kepala seperti topi besbol kini menjadi trend yang cukup popular di kalangan lelaki. Berbeza dengan wanita yang boleh mengayakan bervariasi jenias aksesori, lelaki hanya terhad kepada beberapa jenis topi sahaja. Topi besbol sebagai contohnya menjadi item fesyen yang cukup sinonim pada masa kini untuk gaya harian lelaki.
Selain memberikan penampilan yang lebih santai penggunaan topi juga mampu menjadi penyelamat lelaki yang mungkin mengalami masalah rambut.
Namun secara keseluruhannya topi kini dianggap lebih daripada fungsinya untuk melindungi kepada dari sinaran matahari tetapi lebih kepada ekspresi fesyen.
Harga topi yang berkualiti juga tidaklah murah. Jadi sangat penting untuk anda sebagai penggunanya menjaga topi dengan baik. Selain aspek kebersihan menjaga bentuk topi juga sangat penting!
Berikut 10 cara bagaimana anda boleh ikuti untuk cuci dan jaga topi dengan baik!
Hindari meremas atau melipat topi dengan kasar. Jika perlu menyimpannya, letakkan di atas permukaan datar agar bentuknya tetap terjaga.
Pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh topi untuk menghindari anda memindahkan kotoran ke arah permukaan topi.
Goyangkan topi secara pwrlahan-lahan untuk hilangkan debu dan kotoran ringan yang menempel di permukaannya.
Gunakan berus gigi lembut atau berbulu halus untuk membersihkan kotoran ringan atau pada topi
Sebelum melakukan cucian pada topi, pastikan anda bersihkan tangan terlebih dahulu.
Jika topi anda sangat kotor dan berbau, rendamkannya di dalam air suam dengan sedikit sabun lembut. Gunakan span atau kain lembut untuk membersihkan topi dengan lembut. Ingat, jangan gosok terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan material atau rekaan jahitan pada topi.
Pastikan semua sabun dihilangkan dengan menyiram topi dengan air bersih.
Bagi proses pengeringan pertama sekali anda harus ingat ialah jangan sesekali memerah atau meramas topi. Dan jangan juga gunakan mesin oengering untuk mengeringkannya. Biarkan topi kering secara semula jadi dengan meletakkannya di atas permukaan datar. Elakkan juga jemur secara terus di bawah sinaran matahari.
Hindari menggunakan pemutih atau bahan kimia keras lain kerana ia boleh merosakkan warna dan material pada topi.
Simpan topi di tempat yang kering dan terlindung dari kelembaban untuk mencegah pertumbuhan kulat dan bau yang kurang enak.
Penjagaan topi dengan baik mampu membuatkannya ia nampak seperti baru sepanjang masa dan tidak mudah rosak. Selamat mencuba!
@maskulinmy Harga resell sampai cecah RM3k? Apa yang menarik sangat tentang kasut Air Jordan 1 Low OG Travis Scott ‘Olive’ ni? Ikuti review santai dari kami. Video penuh boleh layari YouTube atau Facebook MASKULIN. #maskulin #majalahmaskulin #maskulinreview #snekaers #sneakerhead #sneakerMalaysia #kasut #airjordan #travisscott ♬ original sound – Maskulin