Tidak dinafikan terapi mandi ais memang banyak manfaatnya. Selain memberi kesegaran pada tubuh badan, terapi mandi ais juga elok diamalkan untuk mengatasi sakit kepala, lenguh badan dan stres.
Bukan sahaja rawatan tradisional mengamalkan terapi mandi ais ini, kebanyakan spa moden juga sudah menjadikan terapi mandi ais ini sebagai salah satu rawatan utuk kesihatan dan kecantikan.
Menurut Fatin Lee, terapi mandi ais ini telah menjadi amalannya sejak tiga tahun bagi mengatasi masalah sakit kepala dan penat badan.
Malah terapi mandi ais ini juga mempunyai banyak khasiat terutamanya apabila ia ditambah dengan garam kasar, limau purut dan minyak aromaterapi.
Semoga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.
BACA: Sejak Amalkan 3 Bahan Ini Sakit Kepala & Migrain Hilang, Panadol Pun Tak Perlu Dah!
Silakan #SHARE jika bermanfaat. Dah 3 tahun Mek Ten amal mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan, memang ‘painkiller’ paling berkesan ?
Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikan nya untuk kecantikan & kesihatan. Kalau perasan kat spa spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat.
✔️Boleh kuruskan badan
✔️Menaikkan seri wajah
✔️Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
✔️Menghasilkan aura positif
✔️Kuatkan imunisasi & antibodi badan
✔️Kuatkan tulang
✔️Menghilangkan bisa & angin dalam badan
✔️In Shaa Allah dapat jauhkan dari benda halus
✔️Menenangkan jiwa
✔️Merawat penyakit jiwa (stres/kesedihan/ketakutan/panas baran)
Dan baaanyak lagi lah.
BACA: Cara Buat Susu Buang Angin Untuk Hilangkan Lenguh Badan, Lepas Minum Terus Sendawa!
✔️Air 1 baldi
✔️Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
✔️Ais
✔️Asam limau nipis/purut
✔️Minyak Aromaterapi (jika ada )
BACA: Anda Kerap Sakit Kepala Atau Migrain? Nak Legakannya, Letak Ketulan Ais Di Titik Feng Fu!
1. Sediakan 1 baldi air paip (kalau tambah air kolah masjid lagi bagus)
2. Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
3. Baca Al Fatihah 7x
– Bismillah5 7x (boleh cari kat google)
– Al Ikhlas 7x
– Selawat 3x
4. Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas sampai kepala dan lebih kan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam pun boleh.
5. Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu Mek Ten buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni.
Jom cuba dan rasainya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni ?
P/s: Kalau buat sekali tak jadi, buat la lagi 3, 5 atau 7 hari secara berturut turut.
#TipsReVera