Bagi yang ingin diet tapi tak mahu makan berat di waktu malam, apa kata buat jus diet ini. Selain menggunakan bahan yang menyihatkan, jus diet ini juga boleh mengenyangkan perut.
Ingin tahu cara membuatnya? Ikuti perkongsian jus diet oleh Sharinaz Redwan menerusi laman Facebooknya. Cara nak membuatnya juga mudah dan hanya menggunakan empat bahan sahaja iaitu timun, epal hijau, lemon dan madu.
Jom ikuti perkongsiannya.
BACA: 15 Tip Diet Sihat Saranan Dr Hamid Arshat Untuk Kurus & Elak Berat Badan Mudah Naik!
Pagi ni Kak Naz nak share satu resepi jus peberet Kak Naz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.
Bahan asas dia ada timun, epal hijau, lemon dengan madu.
Korang tau kan TIMUN ni ada banyak KHASIAT dia. Antaranya ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
Untuk KHASIAT EPAL HIJAU pulak, ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.
KHASIAT LEMON pulak tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
Kalau nak cerita ada banyak lagi khasiat buah-buah ni. Korang ringankan jari, tekan google tau. Satgi panjang berjela pulak posting Kak Naz ni, cemuih pulak nak baca. Kihkihkih.
Ok, ni sukatan jus yang Kak Naz buat untuk 1 gelas gedabak ni ye.
BACA: Diet Makan Pisang Ketika Sarapan Pagi Mampu Hilangkan 5kg Dalam Seminggu!
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amik jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Semua atas ni blender. Nak tapis boleh. Kak Naz tak suka tapis. Minum macam tu je. Rugila kalau tapis. Sebab fiber tinggi hampas dia.
BACA: Makan Buah GI Rendah Ikut Waktu Yang Sesuai Masa Diet Kalau Nak Cepat Kurus!
Ko pejam mata telan je. Air ni sedap tauuu. Bau fresh yakmat!
Ok, cuba tau.
Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak pakai pape skincare pun meletop dik.
Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit, tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!