Intermittent Fasting adalah cara terbaik untuk anda mengurangkan insulin malas ataupun ketagihan yang suka mengunyah tanpa henti. Diet ini mengatur pola makan anda dengan cara berpuasa dalam tempoh 14 hingga 16 jam.
Intermittent Fasting mula popular selepas pelakon Lisa Surihani mengamalkannya sehingga berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah diet puasa ini.
Selain membantu untuk mengurangkan pengambilan jumlah makanan, Intermittent Fasting juga dapat memperbaiki perilaku makan menjadi lebih sihat.
Bagi yang berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan kaedah Intermittent Fasting, bolehlah ikuti panduan yang dikongsikan Dr. Siti Aniza Basir.
Semoga perkongsian beliau ini bermanfaat.
BACA: Gara-gara Lisa Surihani, Lelaki Ini Berjaya Ubah Size XXL Ke M Dengan Diet Intermittent Fasting!
IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins, Mediterranean etc tapi my personal opinion, kita ada sunnah.
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud, macam tak mampu. Sebab iman nipis.
Setiap hari ada pasar malam, pasar Rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.
IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12-14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 6.30 pm, esok jam 9.30 am baru breakfast.
Kalau 8.30 malam – 11.30 pagi baru start makan/breakfast.
BACA: ‘Cerai Talak 3 Dengan Gula’, Rahsia Turun 10kg Dalam 10 Minggu Cara Coach Asmadi!
Banyak! Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”.
Biar betul Doktor? Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 6.30 pm.
‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!
Di dalam Journal Cell Metabolisme, kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari.
Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy, controlled diet) dan
Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan
Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”
Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30 /10.30 pagi!
BACA: ‘Ikat’ Selera Dari Ambil Makanan Sedap Ini Kalau Tak Nak Perut Makin Buncit & Paha Bergesel!
As newbie: Kak Siti advice buat 12 jam dulu. Ie kita start last dinner kul 6.30 pm, esok bekfes 6.30 pagi.
Bila dah ok, buat 14 jam. Ie 6.30 pm dinner dan 8.30 am bekfes.
Lepas tu, teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 6.30 pm, bekfes merangkap lunch kul 10.30.
Sebaiknya 14-16 jam berpuasa.
Its fleksibel. Buat ikut keperluan. Cth, smlm ada kenduri makan kul 8.30 pm, esok tu xyah bekfes, terus lunch!
In between tu, anda boleh:
1. Minum air masak
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea
No 3, 4, 5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap x boleh gula, boleh la pi mamak mintak teh sarbat! Abab nanti!
Pastu, IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day. Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food!
Lepas dah ok buat Daily.
*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu.