Intermittent Fasting adalah cara terbaik untuk anda mengurangkan insulin malas ataupun ketagihan yang suka mengunyah tanpa henti. Diet ini mengatur pola makan anda dengan cara berpuasa dalam tempoh 14 hingga 16 jam.
Intermittent Fasting mula popular selepas pelakon Lisa Surihani mengamalkannya sehingga berjaya menurunkan berat badan dengan kaedah diet puasa ini.
Selain membantu untuk mengurangkan pengambilan jumlah makanan, Intermittent Fasting juga dapat memperbaiki perilaku makan menjadi lebih sihat.
Bagi yang berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan kaedah Intermittent Fasting, bolehlah ikuti panduan yang dikongsikan Dr. Siti Aniza Basir.
IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins, Mediterranean etc tapi my personal opinion, kita ada sunnah.
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud, macam tak mampu. Sebab iman nipis.
Setiap hari ada pasar malam, pasar Rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.
IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12-14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 6.30 pm, esok jam 9.30 am baru breakfast.
Kalau 8.30 malam – 11.30 pagi baru start makan/breakfast.
Menurut kajian saintfik , tidur meniarap (di atas perut) boleh menyebabkan tiga risiko kesihatan yang akan mendatangkan masalah lebih besar kepada kesejahteraan diri jika si pelaku tidak berhenti mengamalkan cara tidur sebegitu.
Menurut padangan Islam pula , Allah s.w.t sama sekali melarang kita untuk tidur dalam posisi meniarap dan ia jatuh pada hukum Makruh kerana menyerupai posisi tidurnya penghuni neraka.
Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain termasuklah:
1. Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang.
Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang. Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal.
Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
2. Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut.
3. Menghadkan Pergerakan Janin
Apabila anda berbadan dua, sudah pasti si ibu harus peka untuk mendapatkan waktu tidur yang cukup agar janin boleh membesar dengan sempurna. Tidur secara meniarap ketika hamil adalah tidak membahayakan bayi atau ibu namun, berat yang semakin bertambah pada bahagian perut sedikit sebanyak memberi efek pada stuktur tulang belakang si ibu.
Bahkan janin atau bayi dalam perut jika akan berada dalam kedudukan yang lebih selesa jika ibunya tidak tidur meniarap.
Alternatif tilam berlubang untuk para ibu hamil yang selesa tidur meniarap. Sumber: AwesomeJelly.com
Kajian perubatan yang dilakukan sekitar 2012 mendapati, ibu mengandung yang tidur secara mengereng ke sisi sebelah kiri akan meningkatkan pengaliran darah baik yang menyalurkan oksigen secukupnya kepada bayi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjalankan senaman ketika terik matahari kadangkala boleh merisikokan kesihatan anda.
Apabila suhu semakin meningkat, pelbagai risiko kesihatan seperti strok haba, keletihan haba dan kekejangan haba boleh mengganggu latihan dan kesihatan anda jika langkah-langkah berjaga-jaga tidak diambil semenjak dari awal.
Ikuti tip-tip berguna dari pakar-pakar penyakit sekiranya anda berhajat untuk menjalankan latihan senaman pada cuaca yang panas terik.
1. Peka Pada Gejala Penyakit Akibat Haba
Mengetahui gejala-gejala penyakit yang diakibatkan oleh haba adalah penting jika anda ingin meneruskan aktiviti senaman di bawah cuaca yang panas.
Sakit kepala dan pening kepala adalah salah satu dari gejala awal yang menandakan anda sedang mengalami keletihan akibat serangan haba.
Pengsan dan keliru adalah gejala akibat strok haba yang mana ia adalah lebih kritikal yang memerlukan perhatian dan perubatan dengan segera.
2. Membawa Teman Ketika Bersenam
Membawa teman sebagai rakan senaman boleh membantu memotivasikan diri dan menjadikan sebuah sesi senaman itu lebih menyeronokkan.
Namun kelebihan ini adalah untuk dimanfaatkan ketika anda bersenam pada cuaca yang panas sebagai langkah keselamatan. Sekurang-kurangnya rakan anda boleh menolong memberikan nasihat yang terbaik untuk anda berkenaan keadaan diri anda.
3. Minum Lebih Banyak Air
Memastikan diri anda kekal dihidrasi sepenuhnya adalah kunci kepada keselamatan untuk anda bersenam ketika musim panas.
Ia menolong untuk menyejukkan tubuh anda setelah banyak mengeluarkan peluh.
Jangan tunggu sehingga anda benar-benar kehausan untuk minum kerana ia menandakan bahawa anda sebenarnya sedang dehidrasi.
4. Bersenam Pada Waktu Yang Sesuai
Memilih waktu yang sesuai untuk bersenam juga boleh mengurangkan risiko anda untuk terkena sebarang gejala penyakit berkaitan haba.
Pilih waktu awal pagi atau lewat petang kerana matahari tidak terlalu ketara pada ketika itu.
Lakukan senaman anda dengan permulaan yang perlahan, seperti selepas anda pulang dari kerja pada lewat petang kerana suasana lebih nyaman pada ketika itu.
Tired young man resting after workout
5. Memilih Pakaian Yang Sesuai
Mengenakan pakaian yang sesuai dengan cuaca panas ketika ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko terkena strok haba.
Penuhkan almari pakaian senaman anda dengan pakaian yang memastikan anda sentiada sejuk dan kering.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.