Menjelang bulan Ramadan sahaja, pastinya pelbagai resepi akan melintas di timeline media sosial masing-masing.
Tidak kiralah Facebook, Twitter dan juga Instagram, asalkan ada bahan menarik sahaja pasti akan dikongsikan wargamaya.
Dan kali ini, resepi dan cara-cara membuah air susu campuran buah-buahan sampai ke pengetahuan penulis.
Jadi tak salah rasanya kalau penulis berkongsi tentang cara penyediaannya yang boleh dilakukan oleh lelaki dan juga wanita.
– Satu tin susu sejat
– Setengah tin susu pekat
– Satu tin buah laici
– Satu biji buah naga
– Dua biji buah mangga
– Cincau
– Ais
1. Bancuh susu pekat dengan dua cawan air panas.
2. Kemudian campur semua bahan yang telah dipotong secara dadu ke dalam satu bekas besar.
3. Setelah dicampurkan, tambah lagi 2 cawan air panas dan masukkan air batu mengikut cita rasa anda.
Kredit : Zaky Mat Ali