4 Cara Mudah Buat Air Nabeez, Menu Sahur Rendaman Kurma Yang Mengenyangkan!

Share

Waktu bersahur adalah masa yang paling penting dalam menentukan menu apakah yang sesuai untuk dijamah bagi mengekalkan kesegaran tubuh.

Bukan apa, sekurang-kurangnya tidaklah dipandang lembik selain tetap boleh aktif untuk melakukan pelbagai kerja harian.

Perlukan makanan sihat & air berkhasiat

Sehubungan itu, umat Islam disarankan untuk mengalas perut dengan makanan yang sihat serta air yang berkhasiat.

Ini kerana cuaca di Malaysia ada kalanya panas dan menerusi simpanan air yang berkhasiat, daya tahan tubuh juga menjadi semakin baik.

Kenali apa itu air nabeez

Sebelum ini, khasiat buah kurma sering menjadi sebutan orang ramai pada bulan Ramadan kerana ia bersifat manis buah dan tahan lama.

Memasuki era moden, buah kurma sering dicampurkan ke dalam adunan susu segar atau coklat untuk dijadikan sebagai bahan minuman.

Namun jika merungkai cara pemakanan Rasulullah S.A.W, beruntunglah umat Islam kerana baginda pernah memperkenalkan sejenis minuman yang digelar sebagai air nabeez.

Caranya adalah dengan merendam buah kurma dalam air masak pada sebelah malam dan boleh minumnya pada waktu sahur keesokan harinya.

Khasiat air nabeez

Dengan menyediakan air nabeez ini, Insya’Allah perut boleh rasa kenyang dan sesiapa yang meminumnya bertahan dalam masa yang panjang.

Cara-caranya:

1. Ambil kurma dalam bilangan yang ganjil.

Sediakan anggaran air dalam 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campurkan. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.

2. Rendam isi kurma dalam air masak

Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Untuk kebersihan, tutup bekas air tersebut dan jangan biarkan ia secara terbuka.

3. Sahur esok air itu sudah boleh diminum

Rasa manis kurma akan sebati dengan air kosong dan khasiatnya lebih baik berbanding minum air yang bergula.

4. Amalkan semasa lapar

Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada hari-hari yang lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. Amalkan semasa perut kosong.

Sumber: ihsbaby

Published by
Akyem Samad