Cara Buat Air Lemon Madu Untuk Kurangkan Selera Makan & Kempiskan Perut!

Share

Bersenam dan jaga pemakanan merupakan kunci untuk anda kempiskan perut. Namun nak lakukan dua perkara ini punyalah susah. Jangan bimbang kerana air lemon madu juga berkhasiat untuk dapatkan perut kempis.

Banyak petua menggunakan air lemon madu untuk tujuan menurunkan berat dan mengempiskan perut. Namun bagaimana cara nak buat air lemon madu ini agar khasiatnya dapat anda manfaatkan untuk kempiskan perut anda?

Perkongsian Eka Zahra ini boleh anda jadikan panduan. Nak membuatnya juga mudah. Paling penting selepas mengamalkan air lemon madu ini, beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 1 kilogram dan perut juga nampak makin kempis.

Jom baca perkongsian.

BACA: Amalkan Minum Air Barli Lemon Setiap Hari Untuk Turunkan Kolesterol & Berat Badan!

Assalamu’alaikum.

Hari ni akak nak kongsi resipi minuman yang boleh kurangkan selera makan.
Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yang ada bisnis kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.

Atas nasihat doktornya yang dah ada 4 orang anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obese (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.

Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pon cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih-muih ? Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg.

BACA: Lelaki Kongsi Petua Kempiskan Perut Yang Maju Ke Depan Guna Lemon & Halia!

Ini resipinya:

(Hasil bergantung badan masing-masing yea ?)

* 1 liter air
* 2 batang serai diketuk
* 2 batang kulit kayu manis
* 4 inci halia diketuk
* 5 kuntum bunga cengkih
* 1 biji lemon dihiris
* madu

Cara nak buat:

1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
3. Masak selama 5 minit
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengah hari dan sebelum tidur ?

Nota:

* Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
* Resipi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)

Follow Instgram MASKULIN

Published by
Roselinda