Cara Buat Air Barli Lemon Untuk Kuruskan Badan & Turunkan Kolesterol, Amalkan Lepas Berbuka!

Share

Selain menghilangkan dahaga, air barli lemon juga banyak khasiatnya kepada tubuh badan. Biasanya air barli lemon digunakan untuk menyejukkan badan, namun khasiat lainnya juga berkesan untuk menguruskan badan dan menurunkan kolesterol.

Ramai yang menganggap air barli lemon ini hanyalah air biasa-biasa sahaja. Namun siapa sangka dengan mengamalkan air barli lemon ini anda bakal mendapat pelbagai manfaat. Ternyata betapa hebatnya penangan air barli lemon ini.

Untuk membuat air barli lemon ini, anda boleh ikuti perkongsian Sumaiyah Abdullah menerusi page Masak Apa Hari Ni (MAHN). Menurut wanita ini, dia mengamalkan minum segelas air barli lemon setiap hari sebagai petua untuk menurunkan kolesterol dan berat badan.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan ataupun kolesterol, mungkin cara ini boleh anda jadikan panduan. Selamat mencuba!

PETUA TURUNKAN KOLESTEROL DAN BERAT BADAN

Assalamualaikum.

Korang dah cuba ke resipi-resipi sebelum ni? Amacam. Orang sebelah ada cakap pape tak? Hehe.

Ok. Kali ni ciksu nak share satu resipi minuman untuk turunkan kolesterol dan berat badan. Untuk hasil yang positif, amalkan satu gelas setiap hari.

Bahan-bahannya adalah:

– 3 sudu besar biji barli
– 2 hingga 3 sudu kecil Madu
– 3 gelas air
– 1 hirisan lemon

* Ini sukatan untuk satu gelas. Kalau nak lebih, tambahkan lagi air.

Cara-caranya simple sangat:

  1. Sebelum rebus barli tu, korang basuh dan rendam dulu 2 hingga 3 jam.
  2. Pastu rebus dengan sukatan 3 gelas air. Gunakan api yang kecil @ sederhana.
  3. Rebus sehingga dapat 1 gelas air rebusan barli dan barli dah nampak empuk.
  4. Kemudian sejukkan.
  5. Bila dah sejuk, tuang ke dalam gelas dan masukkan 2 hingga 3 sudu madu asli. (Boleh juga nak ganti dengan gula)
  6. Perahkan sedikit lemon @ masukkan hirisan lemon ke dalam gelas. Kacau rata. Dah pun siap. Sedia untuk diminum. Sesuai sangat dihidang untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Betol2 menyegarkan. Phewww.

Air barli bersama lemon ni memang “A” lah untuk turunkan paras kolesterol dalam badan. Tapi ciksu minum untuk turunkan berat badan. Sebab dulu-dulu ciksu badan sedikit berisi. Hehe.

Selain itu, banyak lagi manfaat barli ni. Antaranya:

  • Menyejukkan badan.
  • Barli bersifat anti-bakterial: bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema.
  • Mengawal gula dalam darah.
  • Mencegah jangkitan saluran kencing.
  • Mencegah batu karang.

Lepas minum, biasanya korang akan kerap kencing tau. Tapi bagus la macam tu. Salah satu proses detoksifikasi. Okey. Selamat mencuba. InshaAllah more resepi selepas ni. 🙂

* Penambahan skit. Lebihan barli boleh dibuat bubur barli. Campur sedikit susu segar dan madu. Enak dimakan begitu sahaja. Jangan membazir taw. Doser. 😀

Published by
Roselinda