Satu perkara yang cukupmelegakan buat lelaki yang kini usia semakin matang, kebanyakannya sudah tidak mempunyai masalah jerawat pada wajah.
Namun muncul pula masalah lain yang tidak kurang mengganggu penampilan anda seperti bintik hitam atau juga lebih dikenali sebagai blackheads.
Berbeza dengan jerawat yang kebiasaannya muncul disebabkan hormon, bitnik hitam pula berlaku disebabkan oleh tahap kebersihan dan persekitaran.
Ia juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang mencuci wajah dan sering terdedah dengan kerja luar. Asap kenderaan serta kotoran dari udara juga boleh menyebabkan bitnik hitam menjadi lebih teruk.
KENALI BINTIK HITAM
Boleh dikatakan dalam Bahasa ringkasnya, bintik hitam merupakan ‘adik-beradik’ kepada jerawat.
Dan seperti jerawat ia boleh menyebabkan berlakunya liang yang tersumbat. Apabila sel kulit mati atau serpihan lain masuk ke liang, ini membuatkan ia bercampur dengan minyak dan menyebabkan berlakunya liang tersumbat.
Ads
Tempat yang kerap terhasil biasanya pada hidung, dagu dan dahi dimana seluruh manusia di muka bumi ini dapat melihat dengan baik. Tetapi kerana badan mempunyai lebih daripada lima juta liang, mereka boleh muncul di tempat lain juga, seperti di punggung dan dada anda.
MENCEGAHNYA
Seperti semua jenis jerawat, ia terhasil pada wajah anda dua minggu sebelum ia besar di wajah anda. Untuk mengelakkan bintik hitam, anda harus menggunakan pembersih harian yang lembut dengan asid alpha dan beta hydroxy (iaitu asid salisilik).
Lampu LED biru juga bagus untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, dan tidak kering seperti produk topikal lain.
Ads
Jangan terlepas pandang peranan krim pelembap yang dapat membantu kulit anda. Walaupun ia tidak begitu membantu, namun pelembap sebenarnya boleh mmembantu mengawal kelenjar sebaceous anda yang mengeluarkan minyak, menyebabkan lebih banyak jerawat dan bintik hitam.
CARA BUANG
Ini mungkin akan menyukarkan anda, kerana jika tersilap langkah, ia akan memburukkan lagi wajah anda dan kesan itu akan menjadi parut selama-lamanya. Terutama sekali jika anda menggunakan kuku, jangan main-main dengan perkara ini.
Kaedah di rumah yang paling berkesan untuk membuang bintik hitam melibatkan penggunaan mencuci muka, jalur pori, pengelupasan dan mask muka untuk membasmi anasir-anasir negatif dalam liang-liang anda.
Ads
Pakar kulit mencadangkan anda mengambil pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan aktif seperti asid salicylic atau sulfur untuk membendung pengeluaran sebum dan memerangi bakteria yang menyebabkan jerawat.
Asid hydroxy Alpha berfungsi untuk mengelupas dan menghilangkan sel-sel kulit mati untuk mengelakkannya daripada liang-liang tersumbat pada masa akan datang dan sulfur koloid dan tanah liat kaolin berfungsi untuk mengurangkan parut dan menyerap minyak.
KAEDAH PICIT
Sekiranya anda mahu menghapuskan bintik hitam dengan kaedah memicit, paastikan anda basuh tangan anda terlebih dahulu. Gunakan alat kulit yang bersih dan menggunakan tekanan yang sama ke kawasan tersebut. Setelah selesai gunakan astringen, ke kawasan tersebut untuk menghentikan penyebaran bakteria.
Semoga perkongsiaan MASKULIN kali ini mampu membntu anda untuk tampil dengan lebih kemas dan bergaya. Jangan lupa untuk ikuti YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mengembara ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan, namun ia juga boleh memberi cabaran kepada rutin penjagaan wajah anda.
Menurut perkongsian Dr Lim Ing Kien, atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky, seorang pakar kulit terkenal, penting untuk menyesuaikan rutin penjagaan wajah anda mengikut iklim dan cuaca destinasi yang anda kunjungi.
Berikut adalah beberapa nasihat dari Dr Ingky untuk memastikan kulit anda tetap sihat dan terlindung semasa pengembaraan.
Perubahan Iklim dan Cuaca
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan kulit kita mudah menghasilkan minyak berlebihan. Namun, jika anda mengembara ke negara yang mempunyai iklim berbeza, seperti negara bermusim sejuk, kulit anda mungkin lebih mudah mengalami kekeringan.
Oleh itu, penting untuk menukar rutin penjagaan wajah anda sesuai dengan keadaan cuaca di tempat yang anda lawati. Menurut Dr Ingky, negara bermusim sejuk lebih mudah mengeringkan kulit, maka penting untuk mencari produk penjagaan kulit yang memberikan lebih kelembapan.
Pemilihan Produk Penjagaan Kulit
Dr Ingky menasihatkan agar anda tidak perlu membeli produk penjagaan kulit yang mahal dan bersaiz besar semasa mengembara. Cukup sekadar beli produk yang biasa dan bersaiz kecil khusus untuk tempoh pengembaraan anda.
Produk bersaiz kecil ini sudah cukup untuk digunakan sepanjang tempoh pengembaraan dan memudahkan anda membawa dalam bagasi. Setelah kembali dari pengembaraan, anda boleh terus buangkan lebihan produk tersebut jika sudah habis dipakai.
Penyesuaian Rutin Penjagaan
Penyesuaian rutin penjagaan kulit penting untuk memastikan kulit anda bersesuaian dengan keadaan cuaca di tempat yang anda kunjungi dan mengelakkan sebarang kerosakan kulit.
Dr Ingky menekankan kepentingan untuk ambil tahu negara mana yang hendak dilawati dan apakah cuacanya pada waktu tersebut. Dengan pengetahuan ini, anda boleh mempersiapkan diri dengan produk penjagaan kulit yang sesuai.
Tips Tambahan
Selain daripada menggunakan produk yang sesuai, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh diambil untuk melindungi kulit anda semasa mengembara:
Minum Air yang Cukup: Pastikan anda sentiasa terhidrasi dengan meminum air yang cukup, terutamanya jika berada di negara yang sejuk dan kering.
Gunakan Pelembap dan Pelindung Matahari: Gunakan pelembap yang lebih tebal jika berada di negara yang sejuk dan jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari, walaupun pada hari yang mendung.
Bawa Produk Kecemasan: Bawa beberapa produk kecemasan seperti pelembap bibir, krim tangan dan semburan wajah untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering.
Dengan mengikuti nasihat Dr Ingky, anda boleh memastikan kulit anda tetap sihat dan terlindung semasa mengembara ke luar negara. Penyesuaian rutin penjagaan wajah mengikut iklim dan cuaca adalah kunci utama untuk mengelakkan masalah kulit dan memastikan pengembaraan anda berjalan lancar tanpa sebarang kerisauan tentang keadaan kulit anda.
Ungkapan dari mata jatuh ke hati mungkin ada benarnya juga. Ini kerana setiap wanita mahupun lelaki akan lebih tertarik pada rupa atau impresi pertama apabila mereka melihat anda.
Apa yang menarik perhatian mereka berbeza dari satu wanita ke wanita yang lain. Kerana wanita sekarang lebih mementing pemerincian gaya dalam setiap penampilan. Jadi Maskulin kongsikan 5 perkara yang boleh memberikan impresi baik atau buruk tentang diri anda pada si dia.
Jadi berhati-hati ya pada pandangan pertama!
1. Bulu Hidung, Telinga Dan Kening
Si dia akan perasan terutama mengenai bulu-bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah anda. Mereka lebih rela untuk berbual bersama lelaki yang mulutnya berbau dari mereka yang bulunya tumbuh di merata tempat. Anda harus memperbaiki penampilan anda dan uruskan bulu-bulu di hidung atau telinga anda agar tidak terlalu kelihatan.
2. Gigi
Gigi anda adalah salah satu daya menarik bagi seseorang wanita kerana mereka kerap berada pada paras tersebut dan duduk di meja bertentangan, maka itulah perkara yang mereka akan perasan selalu. Anda boleh bersihkan gigi anda dan melakukan flos gigi seminggu sekali jika mempunyai kesempatan kerana wanita menggemari lelaki yang bergigi putih
3. Bulu Leher
Wanita dengan segera akan perasan apabila seseorang lelaki itu memiliki garis leher yang kemas dan licin. Bulu yang tumbuh di leher boleh mencacatkan penampilan anda. Singgah kedai gunting seketika untuk memperbaiki bulu yang tumbuh pada leher anda setelah menggunting rambut anda untuk memperkemaskan penampilan.
4. Kuku Jari
Hubungan peribadi dan profesional semuanya bermula dengan berjabat tangan – oleh itu penggayaan kuku anda juga haruslah berada pada tahap yang setanding dengan profesionalisma anda. Tiada wanita yang ingin keluar bertemujanji dengan lelaki yang kukunya kelihatan seperti tinggal di hutan berbulan lamanya.
5. Wangian Dan Pewangi
Wanita ini cepat perasan jika anda memakai bau-bauan yang berlebihan. Bukan sahaja berkenaan pewangi anda tapi juga berkenaan mandian badan yang anda kadangkala pakai selepas pulang dari gimnasium.
Gunakan mandian badan tanpa bau yang kuat seperti mandian badan yang bebas dari wangian. Pasti terasa segar.!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Isotretinoin adalah salah satu ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat masalah jerawat yang teruk. Namun, pengambilannya perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Seorang doktor pakar kulit, Dr Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky menekankan beberapa aspek penting mengenai pengambilan Isotretinoin yang perlu anda ketahui.
Perlu Dos & Tempoh Pengambilan Tertentu
Pertama sekali, pengambilan Isotretinoin haruslah mengikut dos dan jangka masa yang bersesuaian. Penggunaan dos yang salah atau pengambilan dalam tempoh yang terlalu lama boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius seperti kerosakan hati dan ginjal. Maka, amatlah penting untuk tidak mengambil ubat ini tanpa bimbingan doktor.
Perlu Penilaian Doktor Dahulu
Sebelum memulakan rawatan dengan Isotretinoin, adalah wajib untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar kulit. Doktor akan menilai keadaan kulit anda dan menentukan sama ada anda memerlukan Isotretinoin atau tidak.
Jika perlu, doktor akan menetapkan dos yang sesuai dan tempoh pengambilannya. Ini kerana hanya doktor pakar yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang cara terbaik untuk menggunakan ubat ini dengan selamat.
Perkembangan Perlu Dipantau Doktor
Selain itu, ubat Isotretinoin perlu diperoleh secara eksklusif daripada doktor pakar kulit yang merawat anda. Mendapatkan ubat ini dari sumber luar, terutama melalui pembelian dalam talian, adalah sangat berbahaya.
Ubat yang dibeli dari sumber yang tidak sah mungkin tidak memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti, dan tiada jaminan bahawa ia adalah produk yang sah. Hanya doktor yang merawat anda yang boleh memantau perkembangan kulit anda dan melakukan penyesuaian dos jika perlu untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
Dr Ingky juga menegaskan bahawa sebarang risiko buruk akibat pembelian ubat secara sendiri adalah tanggungjawab individu tersebut.
Tanpa pengawasan doktor, seseorang mungkin tidak sedar akan kesan sampingan yang boleh timbul dan bagaimana untuk menanganinya dengan betul. Pemantauan doktor adalah kunci untuk memastikan rawatan berjalan lancar dan selamat.
Secara keseluruhannya, pengambilan Isotretinoin memerlukan perhatian dan pemantauan yang rapi oleh doktor pakar kulit. Pastikan anda mengikuti arahan doktor dan tidak mengambil risiko dengan membeli ubat ini dari sumber yang tidak sah. Kesihatan kulit anda adalah tanggungjawab yang perlu diuruskan dengan bijak, dan konsultasi dengan doktor pakar kulit adalah langkah pertama yang penting dalam perjalanan ke arah kulit yang lebih sihat.