Tak dapat di nafikan orang Malaysia tak mengira latar belakang bangsa dan agama sangat gemar memakan ayam. Malah tak keterlaluan MASKULIN katakan bahawa penduduk Malaysia antara negara yang rakyatnya paling kerap mengambil ayam sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.

Malah bagi kebanyakan lelaki yang menjaga badan sasa, ayam merupakan antara diet harian mereka yang paling penting.

Cara Bezakan Ayam Segar Dengan Ayam Suntik, Ayam Formalin & Ayam Tiren
Ayam merupakan sebahagian daripada diet paling penting untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Di negara kita sahaja terdapat pelbagai jenis ayam yang dijual. Namakan sahaja ayam apa pasti akan terdapat di pasaran. Seiring dengan permintaan tinggi terhadap bekala ayam maka muncul pula unsur-unsur penipuan terhadap bekalan ayam.

Pernahkah anda mendengar tentang ‘ayam suntik’?

Anda sebagai ketua keluarga atau lelaki bujang pastinya inginkan bekalan ayam yang segar, bukan? Kerana ia sangat penting bagi mendapatkan rasa yang sedap dan memberikan khasiat yang menyeluruh terutamanya bekalan protein.

BACA: Ingin Bina Body Tegap, Persoalannya Perlu Makan Ayam Atau Ikan?

Jadi apa itu ‘ayam suntik’?

Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’. Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.

Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna. Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.

Ads

BAGAIMANA UNTUK KITA KENAL AYAM SUNTIK

Satu infografik menarik tentang perkara ini pernah dikongsikan oleh Kementerian Pertanian Republik Indonesia. Dan perkongsian ini turut dibangkitkan sama oleh page Facebook, Public Health Malaysia.

AYAM SUNTIK

Cara Bezakan Ayam Segar Dengan Ayam Suntik, Ayam Formalin & Ayam Tiren

Ayam suntik adalah ayam yang disuntik tambahan air pada bagian dada, paha, dan punggungnya, sehingga ayam yang kecil pun akan terlihat besar dan gemuk

Ciri-cirinya:

Ads
  • Bila digantung atau diangkat, daging ayam menitiskan banyak air.
  • Bila diletakkan, ayam akan terlihat basah dengan air yang bergenang
    di sekitarnya.
  • Kulit ayam terlihat berkilat dan tidak kesat
  • Daging ayam akan mengeluarkan banyak air dan mengecut bila dimasak

AYAM FORMALIN

Cara Bezakan Ayam Segar Dengan Ayam Suntik, Ayam Formalin & Ayam Tiren

Formalin merupakan bahan pengawet yang berbahaya dan tidak boleh digunakan dalam bahan makanan.

Mungkin ada peniaga yang menggunakan bahan kimia ini untuk mengawetkan hasil jualan mereka sehingga produk mereka tidak mudah membusuk.

Ciri-cirinya:

Ads
  • Daging ayam berwarna putih berkilat dan sangat kenyal
  • Ayam memiliki bau khas formalin yang menyerupai bau ubat
  • Daging ayam tidak dihinggapi oleh lalat

AYAM TIREN

Cara Bezakan Ayam Segar Dengan Ayam Suntik, Ayam Formalin & Ayam Tiren

Manakala salah satu lagi kes yang lebih ‘parah’ ialah menjual ayam yang telah mati terlebih dahulu sebelum lehernya disembelih. Kalau mengikut isitlah Bahasa Indonesia, ia dikenali sebagai ayam tiren.

Ciri-cirinya:  

  • Aroma daging ayam busuk
  • Daging ayam berwarna kebiruan, tidak segar, dan pucat
  • Potongan ayam pada bagian leher terlihat tidak lebar
  • Pada bagian kepala atau leher ayam terdapat tompok kesan darah

Anda sebagai pengguna haruslah sentiasa waspada terhadap segala bahan mentah seperti daging ayam yang ingin dijadikan sebagai makanan. Jika terdapat sebarang keraguan periksalah segera ayam yang dibeli. Dan jika anda pasti ada berlakunya penipuan segera buat laporan rasmi kepada pihak berkuasa agar tindakan diambil.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

Kredit: Kementerian Pertanian Indonesia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI