Sukan lompat tali memang cukup digemari oleh kebanyakan orang. Selain boleh dibuat di mana-mana, sukan lompat tali ini juga tidak memerlukan belanja yang besar. Malah ia menjadi pilihan terbaik kerana sesuai untuk seisi keluarga, ringan dan mudah untuk dilakukan.
Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Pusat Kesihatan Connecticut, penggunaan tali skipping terbukti bagus untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat memperkuatkan bahagian atas dan bawah badan serta membakar kalori dalam masa yang singkat.
BACA: Nak Elak Terkehel Masa Berlari, Praktikkan Senaman Kaki Ini Agar Kuat & Berotot!
BACA: Selain Berkesan Bakar Lemak & Buang Kalori, Ini 8 Lagi Kelebihan Senaman Lompat Bintang!
1. Jika dilakukan hanya 15 hingga 20 minit pun, anda boleh membakar keseluruhan kalori pada sekeping bar coklat.
2. Apabila anda melompat, tubuh badan akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan dan membuatkan tubuh rasa lebih santai.
3. Dengan melakukan lompat tali berulang kali, tubuh badan dapat membakar sebanyak 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori yang terbakar ketika berjalan dalam jumlah masa yang sama.
4. Sukan lompat tali dapat membina kepadatan mineral tulang dan meningkatkan kecergasan tubuh badan secara menyeluruh. Atlet menggunakannya untuk meningkatkan prestasi ketinggian lompatan mereka.
5. Ia juga dapat mengencangkan otot jika dilakukan secara rutin. Otot menjadi semakin kencang kesan daripada lompatan tersebut terutamanya otot kaki, otot bahagian bawah serta otot bahagian atas seperti lengan dan bahu.
6. Boleh membuka liang roma dan menghapuskan toksin melalui peluh.
7. Dapat memperkuatkan organ dalaman agar berfungsi dengan lebih cekap dan baik.
8. Ia dapat meningkatkan pengaliran darah serta memberikan lebih banyak nutrien kepada kulit.
9. Sukan lompat tali ini mampu membantu menambahkan tenaga dalam tubuh. Latihan yang dilakukan mampu membiasakan tubuh mengeluarkan tenaga yang tersimpan di dalam sehingga mengoptimakan tenaga di dalam tubuh untuk kegunaan di kemudian hari.
10. Manfaat sukan lompat tali mampu meningkatkan kepadatan tulang sehingga sukan ini sangat berguna untuk mengurangkan risiko terjadinya masalah osteoporosis.