Air garam memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja bagus untuk berkumur ketika sakit gigi, air garam juga ada manfaatnya untuk rambut.
Ini kerana air garam boleh mengatasi masalah-masalah rambut seperti keguguran, kelemumur, selain mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi segera dikhuatiri boleh menyebabkan rambut menjadi nipis, rosak dan akhirnya gugur.
Guna cara murah dengan air garam, boleh mengatasi masalah rambut anda dengan mudah. Bukan itu sahaja, air garam juga boleh melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala.
BACA: Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!
BACA: Selain Garam, 5 Cara Berkesan Ini Pun Boleh Buang Plak Gigi Dengan Mudah!
Air garam mampu menambah seri pada rambut yang lurus seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Asia termasuklah orang Cina, Korea dan Jepun.
Ini kerana rata-rata mereka memiliki rambut semula jadi yang lembut dan lurus. Jom MASKULIN bongkar khasiat dan keunikan air garam untuk kecantikan rambut.
Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor
Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.
BACA: Berkumur Dengan Air Garam, Lelaki Ini Atasi Sakit Tekak Ibunya Tak Sampai 1 Hari!
Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.
Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.
Jika anda mandi atau berendam dalam air laut sambil membasahkan rambut, air garam laut akan bertindak untuk memulihkan masalah normal kulit kepala seperti kegatalan dan kelemumur.
Ini secara tidak langsung membuatkan kulit kepala akan rasa segar dan bebas iritasi. Sekiranya anda kera mencuci rambut dengan air garam, masalah kekeringan, kegatalan dan iritasi kulit kepala bakal pulih dan kekal buat jangka masa panjang.