Gaya Hidup

Cara Baiki Peti Sejuk Yang Mudah & Mampu Selamatkan Poket Anda

Share

Jika ditanya apakah perkakasan rumah yang paling penting dalam rumah pastinya peti sejuk akan menjadi jawapan yang paling teratas. Tanpa peti sejuk maka haru biru jugalah hidup kita seharian.

Selain menjadi ruang penyimpanan makanan peti sejuk juga berfungsi untuk menyejukbekukan makanan agar tahan lama. Bayangkan kalau tiada peti sejuk memang setiap kali nak masak anda harus ke pasar mencari bahan-bahan segar.

Seperti perkakasan elektrik dan eletronik yang lain peti sejuk juga akan berdepan masalah jika tidak diservis dalam tempoh masa yang lama. Antara masalah utama yang sering dihadapai ialah bahagian sejuk beku tidak lagi mampu berfungsi dengan baik. Pendek kata letak sahaja barang tetapi ia tak membeku.

Bahagian bawah pula mungkin hanya keluarkan angin yang sama dengan suhu bilik. Hal begini sudah semestinya boleh membuat anda resah.

Seorang pengguna Facebook, Md Helmee Abu telah berkongsi tip beliau bagaimana untuk atasi masalah ini. Apa yang menarik jelasnya, kos membaiki ini taklebih RM8!

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda ikuti.

1. PERALATAN

Perlatan yang anda perlukan adalah seperti berikut:

  • Pemutar skru Phillips
  • Playar
  • Pita pelekat electrical insulating
  • Defrost thermostat

Kesemua perlatan ini anda boleh dapati di kedai hardware.

2. CABUT PLAG

Ini antara langkah awal paling penting. Sebelum mula melakukan apa-apa pastikan plag dicabut terlebit dahulu. Anda pasti tak mahu terkena renjatan elektrik, bukan?

3. BUKA PENUTUP

Di bahagian atas peti atau sejuk beku buka bahagian yang dibulatkan dengan mengumpil pelekat bulat. Kemudian semua skru buka di bahagian belakang.

4. UJI DAHULU

Selepas terbuka anda pasang semula plag dan tekan ON. Perhatikan kipas di bahagian yang dibulatkan seperti di dalam gambar di atas. Jika ia masih berfungsi dan berpusing ini bermakna masalahnya mungkin pada defrost thermostat. Cabut semula plag dan tanggalkan cover ini.

5. TANGGAL PENUTUP

Tanggalkan penutup di bahagian kipas tersebut.

6. KENAL PASTI

Apabila dibuka kenal pasti di mana kedudukan defrost thermostat. Bentuknya boleh diperhatikan seperti di atas.

7. CABUT SOKET WAYAR

Buka plastik yang membalut pada soket wayar dan cabut soket wayar defrost thermostat.

8. PASANG BARU

Gantikan defrost thermostat yang rosak dengan yang baru. Ia boleh didapati di kedai hardware atau spare part elektronik dengan harga kira-kira RM8. Jika ia tidak sama dan sedikit lain maka anda harus potong dan buat sambungan dengan soket asal. Balut dengan kemas di bahagian yang disambung.

9 & 10 PASANG SEMULA

Siap langkah di atas maka anda boleh pasang semula defrost thermostat ke tempat asal.

11. SELESAI

Akhir sekali pasang semula penutup utama dengan kemas.

Semoga perkongsian kali ini boleh membantu anda!

Published by
Farizul Izwany