Cara Atasi Masalah Bibir Merekah dan Kulit Kering Sepanjang Bulan Puasa

Share

Tak dapat disangkal, sepanjang bulan puasa tubuh kita melalui pelbagai perubahan, sedikit demi sedikit. Walaupun kesannya berbeza bagi setiap individu, ramai yang mengalami kulit kering dan bibir merekah akibat kekurangan hidrasi. Ini bukan sekadar gangguan kecil, tetapi boleh menjejaskan keyakinan dan keselesaan sepanjang hari.

Apatah lagi di kalangan mereka yang bekerja di bawah mentari panas dan suhu tinggi. Kekurangan air dalam badan menjadi faktor mengapa kondisi ini terjadi. Namun anda jangalah risau kerana perkara ini hanyalah sementara sahaja.

Mengatasi kulit kering sebenarnya cukup sederhana, namun juga perlu konsistensi. Hanya dengan mengubah beberapa cara dan aktiviti harian, ia nya pasti membantu

JAGA MANDI

Salah satu rutin harian yang perlu disesuaikan sepanjang bulan puasa adalah kekerapan dan tempoh mandi.

Walaupun mandi kerap memberi rasa segar dan membersihkan kulit, terlalu kerap mandi sebenarnya boleh menghilangkan minyak semula jadi yang melindungi kulit.

Akibatnya, kulit menjadi lebih kering dan mudah mengalami iritasi. Jadi, keseimbangan amat penting untuk memastikan kebersihan terjaga tanpa menjejaskan kelembapan kulit.

Pastikan mandi setiap hari, tetapi dengan kadar yang sederhana—tidak terlalu kerap dan tidak terlalu lama.

Idealnya, hadkan tempoh mandi antara 5 hingga 10 minit untuk memastikan kulit kekal bersih tanpa menghilangkan kelembapan semula jadinya.

GUNA PELEMBAP

Kulit kering boleh berpunca daripada pelbagai faktor, dan salah satu penyebab utamanya ialah penggunaan sabun yang tidak sesuai.

Ramai yang tidak sedar bahawa sabun badan yang digunakan untuk wajah boleh menghakis kelembapan semula jadi kulit, menjadikannya lebih kering dan mudah teriritasi.

Oleh itu, penting untuk memilih produk pembersih yang lembut dan diformulasikan khusus mengikut jenis kulit bagi mengekalkan keseimbangan hidrasi sepanjang hari.

Oleh sebab itu, mulai sekarang pastikan menggunakan sabun yang mengandungi pelembap untuk menjaga kesegaran kulit. Apalagi khusus untuk sabun wajah, sebaiknya pilih yang mengandung tinggi pelembap.

PELEMBAP KULIT

Menggunakan sabun pelembap saja tidak cukup. Bila perlu, gunakan pelembap setelah mandi. Penggunaan pelembap kulit setelah mandi ini akan membantu kamu mengatasi kulit kering sepanjang hari, apalagi ketika cuaca berubah-ubah seperti sekarang ini.

Ada banyak sekali produk pelembap kulit yang dijual di pasaran. Masing-masing tentu memiliki kebaikan tersendiri. Apapun pilihan kamu, pastikan pelembap tersebut mengandung banyak nutrisi untuk kulit.

BACA: Teknik Pemanduan Yang Betul Jika Terpaksa ‘Redah’ Jalan Dinaiki Air

JAUHI CUACA PANAS

Walaupun losyen pelembap dengan perlindungan matahari (sunblock) dapat membantu melindungi kulit, ia tidak bermakna anda boleh terdedah kepada panas berlebihan untuk tempoh yang lama.

Sinar ultraviolet (UV) bukan sahaja menyebabkan kulit kering dan bersisik, malah dalam jangka panjang, ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Oleh itu, setiap kali keluar rumah, lindungi diri dengan memakai topi, jaket, atau pakaian berlengan panjang agar kulit kekal sihat dan terpelihara daripada kesan buruk sinaran matahari.

TUBUH CUKUP MINERAL

Secara semula jadi, lebih daripada 70% tubuh manusia terdiri daripada cecair, menjadikannya asas utama dalam mengekalkan kesihatan kulit.

Apabila tubuh mengalami kekurangan hidrasi, kesannya boleh dirasai dengan cepat—kulit menjadi kering, bersisik, mudah merekah, dan dalam keadaan lebih serius, boleh mengalami iritasi serta mempercepatkan tanda-tanda penuaan.

Justeru, pastikan tubuh sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi agar kulit kekal lembap, segar, dan anjal sepanjang hari.

Untuk memastikan kulit kekal lembap dan sihat, tingkatkan pengambilan air putih setiap hari. Sepanjang bulan puasa, jadikan waktu sahur dan selepas berbuka sebagai peluang terbaik untuk mengisi semula keperluan cecair dalam badan. Dengan amalan ini, kulit akan kekal segar, anjal, dan terlindung daripada masalah kekeringan.

JAUHI ROKOK

Merokok bukan sahaja membahayakan paru-paru, tetapi juga memberi kesan buruk kepada kesihatan kulit.

Kajian oleh Harvard University mendapati bahawa asap rokok boleh mengurangkan kelembapan kulit, menjadikannya kering, kusam, dan mudah merekah.

Lebih membimbangkan, pendedahan berterusan kepada asap rokok turut mengganggu pengeluaran minyak semula jadi kulit, menyebabkan kulit kehilangan perlindungan semula jadinya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim