Hiburan

‘Captain America: Brave New World’, Filem MCU Catat Skor Kritik Paling Teruk

Share

Industri filem superhero, khususnya Marvel Cinematic Universe (MCU), sentiasa menjadi tumpuan peminat dan pengkritik filem. Namun, jika diperhatikan pada masa kini nasib tidak menyebelahi filem terbaru ‘Captain America: Brave New World’.

Dari dapatan yang MASKULIN perolehi, filem ini kini memegang rekod sebagai filem MCU dengan skor paling rendah di laman ulasan terkenal dan cukup berpengaruh iaitu Metacritic.

Apakah punca menyebabkan skor rendah ini? Dan adakah ia berkaitan dengan ‘kepenatan’ yang diharungi oleh peminat filem bergenre adiwira atau superhero yang sekian lama disajikan dengan jalan cerita yang hampir serupa?

CUKUP MENGEJUTKAN

Sebenarnya skor krtik yang teruk terhadap ‘Captain America: Brave New World’ turut berlaku di Rotten Tomatoes dengan hanya 49% ulasan positif.

Dan kini, di Metacritic, filem ini mencatatkan skor hanya 43/100, menjadikannya filem MCU dengan skor terendah dalam sejarah MCU.

Bagi memberikan gambaran serta perbandingan yang kelas,  berikut MASKULIN senaraikan 10 filem MCU dengan skor terendah di Metacritic:

  1. Captain America: Brave New World – 43
  2. Ant-Man and the Wasp: Quantumania – 48
  3. The Marvels – 50
  4. Eternals – 52
  5. Thor: The Dark World – 54
  6. Deadpool and Wolverine – 56
  7. Iron Man 2 – 57
  8. Thor: Love and Thunder – 57
  9. Thor – 57
  10. Doctor Strange and the Multiverse of Madness – 60

Kedudukan ini menunjukkan jurang ketara antara filem terbaru Marvel Studio ini dengan yang lain yang turut menerima kritikan.

Malah, filem ini lima mata lebih rendah berbanding ‘Ant-Man and the Wasp: Quantumania’, yang sebelum ini dianggap sebagai antara filem MCU paling lemah.

ADAKAH IA BERIKAN IMPAK?

Kritikan dan skor ulasan seperti ini bukan sekadar nombor kosong. Ia akan sentiasa relevan dan boleh menjadi penanda ukur kepada prestasi filem di box office.

Sebagai contoh filem terdahulu seperti, ‘Quantumania’, ‘Eternals’, dan ‘The Marvels’ semuanya gagal mencapai kutipan yang memberangsangkan, dengan jumlah kutipan jauh lebih rendah berbanding jangkaan awal.

Di peringkat awal, ‘Captain America: Brave New World’ dijangka mencatatkan kutipan global sekitar USD190 juta pada hujung minggu pembukaannya. Tapi dengan kebanjiran skor kritik seperti ini, angka tersebut mungkin lebih rendah daripada jangkaan.

Buat Marvel Studio, perkara ini mungkin boleh membimbangkan mereka. Apa tidaknya karakter Captain America yang kini diterajui oleh Sam Wilson (lakonan Anthony Mackie), Marvel Studios semestinya berharap ia dapat menghidupkan semula minat penonton terhadap francais ini.

Namun, jika filem ini gagal mendapatkan reaksi positif daripada peminat, ia boleh memberi kesan buruk terhadap kesinambungan MCU di masa hadapan.

APA PUNCANYA?

Sehingga kini, punca utama di sebalik penerimaan negatif filem ini masih menjadi perdebatan.

Adakah ia berpunca daripada jalan cerita yang kurang mantap, watak yang tidak cukup menarik, atau sekadar keletihan penonton terhadap filem MCU?

Perkara ini menjadi tanda tanya besar, lebih-lebih lagi kerana filem MCU selalunya mendapat skor tinggi daripada pengkritik – 12 filem MCU sebelum ini berjaya melepasi 90% di Rotten Tomatoes.

BACA: Dr Say Shazril Menyeru Rakyat Malaysia Dapatkan Vaksin Influenza Setahun Sekali

Namun, tidak semua filem dalam senarai skor rendah ini mengalami nasib malang. Sebagai contoh ‘Deadpool and Wolverine’, walaupun hanya mendapat 56 di Metacritic, tetap berjaya meraih lebih USD1bilion di box office.

Ini menunjukkan bahawa ulasan negatif tidak semestinya menjadi penghalang kepada kejayaan komersial, selagi filem tersebut dapat menarik perhatian peminat setia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim