Dalam tempoh beberapa tahu kebelakangan ini perhatian diberikan terhadap industri kasut atau lebih popular dengan panggilan sneakers semakin meningkat. Malah sehingga kini nilai pasaran sneakers pelbagai jenama telah melonjak dengan begitu signifikan. Jadi tidak hairanlah pelbagai kolaborasi terhasil lalu menjadi calon sneakers terbaik tahun ini.
Sebagai sebuah jenama sukan dan gaya hidup terkenal, adidas sentiasa melakukan revolusi dalam rekaan serta berani melakukan inovasi dengan teknologi terkini. Selain itu mereka juga sentiasa mendengar permintaan ramai yang mahukan kolaborasi bersama jenama streetwear popular.
Antara calon kokaborasi yang sentiasa disebut penggemar sneakers ialah BAPE dan juga Undefeated. Terbaru adidas bakal menampilkan sepasang rekaan sneakers kolaborasi bersama dua jenama tersebut. Kolaborasi ini menampilkan model ZX 8000.
Model kasut ini merupakan sebahagian daripada siri A-ZX sebagai salah satu daripada 26 tribute terhadap legasi kasut larian keliaran adidas.
PASARAN MALAYSIA
Tampil dengan dua colorway iaitu hitam/putih dan hijau/putih. kedua-duanya tampil dengan midsole berwarna putih. Logo BAPE pula terpampang jelas di bawah tiga jalur ikonik adidas. Manakala tulisan ‘UNDEFEATED’pula boleh dilihat berada di atas lubang tali kasut. Dan sebagai salah satu signature BAPE, bahagian atasnya tampil dengan rekaan camo yang sinonim dengan jenama tersebut.
Untuk rekod, kerjasama tiga jenama ini bukanlah kali pertama diperkenalkan. Kolaksi adidas x BAPE x Undefeated pernah wujud dalam rekaan model Campus 80s dan ZX 5000 runner pada tahun 2013. Ia diikuti dengan koleksi model klasik, Superstar pada tahun 2015. Dan kini tiba giliran untuk ZX 8000.
Berita baik buat sneakerhead dan pengumpul koleksi kasut kolaborasi hebat kerana model ini turut bakal diperkenalkan di Malaysia.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang rasmi adidas mendapat ia akan mula dilancarkan pada 20 November 2020 tepat jam 12 tengah malam. Dan ia akan dikeluarkan secara pilihan rawak menerusi laman sesawang adidas. Jadi mereka yang benar-benar bertuah sahaja akan memiliki sneakers hebat ini.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk kandungan menarik dan terkini seperti di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=j9lK5J0kq_g
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI