Kepada yang belum familiar dengan virtual run, ia sebenarnya adalah cabaran atau aktiviti larian yang boleh anda lakukan di mana sahaja lokasi yang dipilih. Dan anda boleh melakukan larian ini di mana-mana permukaan jalan, trail, trek atau di atas treadmill.
Apa yang anda perlukan ialah mencatatkan segala data larian yang diperlukan oleh pihak penganjuran kerana ia akan dijadikan sebagai bukti yang anda telah melakukannya. Senang bukan?
Di negara kita sendiri kini pelbagai pertandingan dan cabaran virtual run semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar aktviti larian. Ia dilakukan sama ada secara solo atau berkumpulan.
And we have great news for you guys!
Buat pelari yang aktif berlari secara solo atau berkumpulan, MASKULIN bakal mengandakan cabaran virtual run anjuran kami, MASKULIN DARE!
APA ITU MASKULIN DARE
Mungkin dan tertanya, apakah yang membezakan MASKULIN DARE dengan virtual run yang lain. Pertama sekali, ini merupakan penganjuran sulung virtual run oleh MASKULIN.
Sebagai sebuah jenama media lelaki sofistikated, MASKULIN merupakan antara pelopor gaya hidup lelaki di Malaysia. Semestinya penganjuran pertama ini bakal memberikan pendedahan lebih besar kepada anda sebagai peserta.
Jika segalanya berjalan lancar penganjuran ini akan dilangsungkan bukan hanya sekali tetapi terbahagi kepada empat siri yang setiap satunya mempunyai cabaran yang semakin sukar sepanjang tahun 2019.
2. Peserta mestilah melengkapkan butiran peribadi dan membuat pembayaran sebelum memulakan larian.
3. Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer.
4. Peserta boleh memulakan berjalan/larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian dalam hanya satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.
5. Peserta harus melengkapkan jarak larian dan hantarkan bukti melalui snapshot jarak treadmill atau keputusan daripada apps larian seperti NIKE+, STRAVA, GARMIN atau RUNTASTIC (berupaya merekod jarak & masa larian).
6. Penghantaran medal dan t-shirt ‘finisher’ akan dilakukan selepas tamat tempoh larian dalam tempoh 30 hari bekerja dan nombor tracking akan diberi di dalam email anda.
7. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.
8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Minatnya yang mendalam terhadap membina fizikal yang ideal menjadikan saya mula cenderung untuk melangkahkan kaki ke gimnasium setiap hari. Meski saya sibuk menguruskan kerjaya sebagai Quality Team Leader di Subang Airport, saya tetap memberikan ruang dan masa untuk diri sendiri melakukan latihan dan senaman setiap hari. Bagi saya itu bukanlah suatu alasan untuk tidak menjaga kepentingan kesihatan yang semangnya memberi manfaat kepada tubuh badan kita.
Saya bermula pada tahun 2012 ketika itu saya cuma berhasrat untuk mengekalkan berat badan sahaja. Namun, apabila minat itu muncul ia cenderung untuk saya terus bergiat aktif di dalam bidang aestetik dan kecergasan. Saya mula memasuki pertandingan pada tahun ini dan berjaya memasuki top 20 untuk pertandingan Muscle Chef. Buat masa ini, saya juga mula melakukan kerja separuh masa sebagai jurulatih peribadi untuk mereka yang memerlukan latihan intensif.
MASKULIN : SEBAB MAHU BERUBAH?
Ketika saya sedang melanjutkan pelajaran di kolej, bentuk fizikal saya agak kurus. Namun ketika sudah memasuki alam kerjaya, saya menyedari akan perubahan bentuk fizikal yang semakin membesar. Hal ini mungkin disebabkan faktor tekanan kerja yang menyebabkan saya tidak fokus terhadap kesihatan dan penjagaan diri. Oleh sebab yang demikian saya mula menjejakkan kaki ke gimnasium untuk mengembalikan bentuk fizikal yang lebih fit. Bermula daripada itu, timbul minat dengan bantuan daripada jurulatih peribadi saya untuk meneruskan minat dalam bidang kecergasan. Kesedaran ini membuka mata saya untuk terus membina motivasi diri dan mencetuskan inspirasi kepada orang lain.
MASKULIN : SIAPAKAH MENJADI IDOLA ANDA?
Saya meletakkan Jeremy Brenda dan jurulatih saya sendiri iaitu Amirul Firdaus sebagai sumber inspirasi di dalam bidang kecergasan ini. Hal ini kerana, bagi saya mereka mempunyai figura dan juga fizikal yang cukup sempurna di dalam bidang kecergasan ini. Saya kagum dengan pencapaian yang telah mereka raih sepanjang penglibatan di dalam bidang ini dan sememangnya mereka saya jadikan sebagai idola untuk mencipta kejayaan yang sama.
MASKULIN : APAKAH CABARAN TERBESAR SEPANJANG MENDAPATKAN BENTUK BADAN BEGINI?
Cabaran terbesar saya untuk kekal fit adalah pola pemakanan. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk makan sesuatu yang digemari atau yang diidamkan setiap hari. Namun, untuk mengaspirasikan bentuk badan yang diidamkan dan sempurna sebagai seorang pengamal sukan kecergasan, diet atau pengambilan makanan itu adalah fokus utama yang harus dikawal dan diutamakan. Saya agak sukar untuk menolak makanan yang dihidangkan, namun jika saya terpaksa mengambilnya saya akan gandakan latihan. ‘Cheat day’ juga saya gunakan sebaiknya untuk menikmati makanan yang gemari namun kerja keras dengan latihan yang intensif harus saya lakukan selepas hari tersebut.
MASKULIN : KONGSIKAN MENGENAI RUTIN SENAMAN YANG ANDA LAKUKAN?
Saya mempunyai jadual senaman setiap minggu di mana setiap hari latihan saya mengikut pola yang berbeza agar latihan yang dilakukan menjadi lebih efektif untuk keseluruhan fizikal. Namun kebiasaannya saya akan melakukan pemanasan badan terlebih dahulu sebelum melakukan ‘weight training’ dan diakhiri dengan kardio. Saya akan menghabiskan masa selama dua jam sehari di sebelah petang selepas pulang daripada tempat kerja. Namun apabila hujung minggu, kebiasaannya saya akan menghabiskan lebih banyak masa di gimnasium untuk lebih fokus kepada latihan yang lebih intensif.
MASKULIN : DIET YANG ANDA AMALKAN?
Meski rutin diet merupakan cabaran besar buat saya, namun jadual pemakanan ini saya amalkan setiap hari demi mencapai bentuk fizikal yang lebih ideal. Saya akan pastikan menu ayam rebus setiap hari bersama nasi basmati. Rutin pemakanan ini berjadual sebanyak empat kali sehari iaitu bermula sarapan pagi. Makan tengahari, minum petang dan makan malam selepas latihan. Di samping itu juga, saya akan selitkan dengan ‘snack’ seperti kacang, buah-buahan, oat dan roti untuk mengalas perut. Saya tidak mengamalkan pengamalan supplement protein kerana saya mendapat bekalan protein secara semula jadi daripada ayam segar yang saya ambil sekilo setiap hari. Saya mahu mengambil sumber makanan secara natural dan bersih untuk disalurkan ke dalam tubuh.
MASKULIN : SEDIKIT TIP KESIHATAN?
Bagi saya, setiap individu yang ingin memulakan latihan kecergasan di gimnasium sememangnya memerlukan jurulatih untuk mengetahui cara dan teknik penggunaan peralatan di gimnasium dan ‘form’ latihan yang lebih sempurna agar latihan yang dilakukan lebih signifikan dan efektif selain mengelakkan sebarang kecederaan akibat kecuaian diri sendiri. Permulaan untuk melakukan latihan sebenarnya tidak perlu untuk menggunakan peralatan dengan berat yang tinggi, malah perlu bermula daripada yang paling ringan. Form perlu lebih betul untuk memastikan progres mahupun perjalanan latihan lebih sempurna.
MASKULIN : NASIHAT
Usah malu untuk bertanya kerana sering bertanya soal teknik dan panduan latihan sememangnya memberi impak yang positif buat diri anda. Hal ini kerana, latihan yang perlu dilakukan setiap hari memerlukan panduan daripada mereka yang lebih berkemahiran dan tinggi pengalaman di dalam bidang ini. Tidak salah jika perkongsian ini disebarkan kepada semua individu agar berkeyakinan dan bermotivasi tinggi untuk berubah ke arah kebaikan dan pengamalan gaya hidup yang lebih sihat.
GAMBAR : INSTAGRAM RADIN SUWARDI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat beberapa sebab saintifik mengapa ramai daripada kita secara semulajadi tertarik kepada makanan lazat yang tinggi karbohidrat. Walau bagaimanapun, ada yang secara aktif mengelakkan kumpulan makanan ini, dengan dengan rasa tidak bersalahnya percaya bahawa berbuat demikian akan memberi manfaat kepada kesihatan mereka. Sebaliknya, terlalu rendah pengambilan karbohidrat boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan, seperti yang diperkatakan oleh pakar.
Dietitian dan pakar pemakanan Australia Susie Burrell baru-baru ini berkongsi di MSN Lifestyle tanda-tanda bahawa anda harus melihat jika memakan karbohidrat yang lebih rendah daripada yang disyorkan di laman webnya Shape Me. Walaupun terlalu banyak karbohidrat dalam diet anda dimasukkan, ia boleh membawa kepada peningkatan berat badan, memakan terlalu sedikit juga tidak begitu bagus untuk badan.
Berikut adalah tanda-tanda yang anda harus lihat bahawa pengambilan karbohidrat anda tidak cukup banyak: 1) Berat badan susah nak turun
Kesilapan umum mengenai karbohidrat adalah bahawa kurang makan anda, semakin besar kemungkinan anda menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, karbohidrat diperlukan untuk mengekalkan metabolisme anda dengan cekap.
Jika anda memakan kurang daripada 80g karbohidrat setiap hari tetapi melakukan banyak latihan, karbohidrat anda akan terlalu rendah untuk membakar metabolik lemak tubuh dan kadar metabolisme anda akan perlahan dari masa ke masa. Burrell mencadangkan menambah sekeping buah, roti atau setengah cawan bijirin penuh untuk makan selepas senaman bagi meningkatkan pengambilan dan menyokong sistem metabolik anda.
2) Anda mudah penat
Rasa letih dengan cepat menjadi tanda penting bahawa anda tidak memasukkan karbohidrat yang cukup dalam diet anda. Burrell menjelaskan bahawa ini boleh disebabkan oleh perubahan dalam tahap glukosa darah anda.Penurunan paras glukosa darah boleh mengakibatkan sakit kepala, dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan lesu berpanjangan. Walaupun ramai mungkin mengaitkan makan karbohidrat dengan rasa lembap, mengelakkan makan ini juga dilaporkan mempunyai kesan yang sama.
3) Mengidam manis
Apabila badan anda mengidamkan sesuatu khususnya, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai kekurangan. Inilah sebabnya selepas makan makanan utama, anda mungkin masih mengidamkan makanan manis jika hidangan makanan anda tidak mengandungi keseimbangan nutrien yang bagus. Mengidam kerap selepas makan mungkin menjadi tanda bahawa makanan anda tidak mengandungi keseimbangan karbohidrat dan protein yang anda perlukan untuk kepuasan dan menyebabkan rasa lapar yang melampau.Tahap glukosa darah yang berfluktuasi juga boleh menyebabkan anda merasa sangat lapar walaupun jarak makan anda hanya satu atau dua jam namun tubuh anda masih belum mengenal pasti bahawa anda tidak mengambil jumlah karbohidrat yang mencukupi.\
4) Isu penghadaman
Makanan yang tinggi karbohidrat adalah sumber serat makanan yang kaya, yang membantu kandunagn usus anda berjalan dengan lancar.
Oleh itu, makan kurang karbohidrat daripada biasa boleh menyebabkan anda menjadi sembelit. Apabila usus anda telah digunakan untuk anda memakan makanan ini secara teratur, dan tiba-tiba mendapati bahawa ia tidak lagi menerima sejumlah besar serat berasaskan gandum ia dapat memberi kesan yang signifikan terhadap jumlah keseluruhan yang bergerak melalui usus dan menyebabkan penurunan yang drastik dalam masa penghadaman, atau sisa masa bergerak melalui saluran pencernaan.
5) Nafas busuk
Ramai mungkin tidak sedar bahawa diet rendah karbohidrat boleh memberi kesan kepada bau nafas anda. Apabila pengambilan karbohidrat kita jatuh pada tahap tertentu, tubuh akan membuat keton, yang merupakan sumber bahan bakar alternatif untuk hati dan otak yang dibuat dari ruangan lemak. Keton mempunyai bau yang sangat berbeza, beberapa di antaranya akan di salurkan melalui air liur jika anda sedang mengalami ketosis. Ketosis adalah keadaan metabolik yang berlaku apabila badan anda tidak mempunyai karbohidrat yang mencukupi untuk membakar tenaga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sayur brokoli berada dalam kalangan keluarga sayur kobis. Ia antara sayur yang mudah didapati di pasaran dan sangat sedap dimakan serta mempunyai pelbagai nutrisi yang sangat diperlukan badan.
Ramai tidak tahu, sayur ini merupakan sayuran tanpa lemak yang rendah sodium, kalori dan tinggi dengan serat.
Di dalam masakan, sayur brokoli sangat sesuai jika dimasak secara stim dan dihidangkan begitu sahaja.
Ini adalah antara beberapa kebaikan sayur brokoli yang MASKULIN sempat senaraikan, semoga kesihatan anda lebih terjamin.
Ia sangat efektif membantu jaga pembuluh darah serta melindunginya dari rosak dan membuatkan saluran darah anda bermasalah. Pembuluh darah yang sihat bantu aliran darah bergerak lancer setelah dipam oleh jantung.
2. Mengurangkan kolesterol
Kolesterol adalah pembunuh utama lelaki. Kandungan serat yang ada dalam brokoli membantu mengeluarkan kandungan lemak yang tidak diperlukan badan. Masa yang sama ia memudahkan proses pencernaan dan memudahkan perkumuhan.
3. Mencegah kanser
Ia amat terkenal dikalangan para pakar nutrisi kerana sayur ini mampu mencegah penularan kanser. Brokoli berupaya membantu kebalkan diri anda daripada serangan kanser.
4. Bantu kuatkan tulang
Kandungan kalsium dalam brokoli sangat tinggi. Orang lelaki mudah diserang penyakit rapuh tulang. Bukan orang tua sahaja, malah orang muda turut terkena jika tiada nutrisi yang diperlukan badan tiada dalam diet kita. Ia mampu mencegah osteoporosis serta pastikan tulang badan cukup kuat.
5. Menyihatkan mata
Lutin adalah vitamin yang amat diperlukan mata. Ramai orang tahu sayur carrot membantu sihatkan mata namun terdapat juga sayuran lain yang juga turut berupaya segarkan mata iaitu salah satunya brokoli. Lutin di dalam brokoli sangat tinggi, jadi ia bantu mata anda kekali sihat & segar. Selamat tinggal kabur mata serta katarak.