Cabaran ketahanan fizikal merupakan satu ujian atau indikasi kekuatan seseorang. Mungkin anda sendiri yang aktif bersenam setiap hari tidak sedar di manakah tahap ketahanan fizikal anda sama ada dari segi kekuatan, stamina dan ketangkasan!
Disebabkan itulah pertandingan ketahanan fizikal merupakan ujian yang mampu memberikan jawapan terbaik buat mereka yang ingin mengetahui di manakah tahap sebenar mereka.
Di antara pertandingan terbaru yang kini menjadi sebutan ramai ialah UA COMBINE yang dianjurkan oleh Under Armour. UA COMBINE merupakan pertandingan yang dibentuk untuk meletakkan penanda aras prestasi seorang atlet.
Maksud ‘combine’ itu sendiri digunakan di Amerika Syarikat sebagai pertandingan mencari bakat yang dibangunkan untuk memberikan cabaran kepada atlet dari pelbagai latar belakang.
MASKULIN baru-baru ini telah diberi kesempatan mengikuti sendiri UA COMBINE Media Preview di mana kami diberikan pengalaman merasai sendiri beberapa jenis ujian dan disiplin pertandingan tersebut. Jujur MASKULIN katakan ia bukannya mudah!
UA COMBINE bakal dianjurkan beberapa buah negara serantau seperti Malaysia, Singapura, Australia dan Thailand. Edisi ini akan bermula pada 20 Ogos 2022 menyaksikan Singapura menjadi persinggahan pertama UA COMBINE. Ia kemudiannya akan terus dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 20 Ogos, di Sydney pada 17 September dan Bangkok pada 1 Oktober.
Pendaftaran bagi pertandingan UA COMBINE akan dibuka buat seramai 300 orang peserta dengan 150 orang lelaki dan 150 orang wanita. Setiap atlet yang menyertai cabaran ini juga akan menerima competitor lengkap dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Menurut Pengarah Pemasaran Under Armour Asia Selatan-Pasifik, Justin Olivares, “Prestasi ketahanan manusia akan menjadi teras jenama Under Armour. Dengan pertandingan UA COMBINE, kami membayangkan ia bukan tertumpu kepada pertandingan fizikal malah mencabar skil atletik dan kekuatan mental. Ia akan menjadi satu pengalaman unik buat peserta yang benar-benar ingin mencabar diri mereka.
“Tahun ini kami akan mengadakan sebanyak empat edisi UA COMBINE dengan matlamat menjadi sebuah acara yang mempunyai kredibiliti tersendiri bagi atlet bersaing secara kompetitif untuk menjadi atlet terbaik di rantau ini”.
Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan UA COMBINE perlu melalui sebanyak 8 ujian fizikal dan mental yang disediakan oleh Ketua Prestasi Atlet Global Under Armour, Micahel Watts.
“UA COMBINE akan memberikan peluang kepada peserta untuk mencabar diri mereka pada tahap maksima dengan melakukan ujian bertaraf dunia yang dilakukan oleh atlet hebat seperti Sthephen Curry dan Anthony Joshua.” tambah Michael lagi.
Setiap cabaran yang dilalui akan merangkumi beberapa aspek seperti ketangkasan, stamina, kekuatan, vertikal, ketahanan, kelajuan dan kognisi. Mata akan diberikan kepada setiap peserta yang mampu melengkapkan ujian dengan baik.
Markah keseluruhan akan dikumpulkan bagi menentukan pemenang UA COMBINE.
Berikut merupakan 8 jenis fokus ujian
1. AGILITY: Arrowhead Change-of-Direction
Speed Test
2. STAMINA: Pull-up Beep Test
3. VERTICAL : Standing Vertical Leap Test
4. POWER: 20m Sled Push
5. ENDURANCE: 20m Beep Test
6. STRENGTH: 3RM Bench Press
7. SPEED: 40 Yard Dash
8. COGNITION: Reaction Inhibition Test
Jika anda rasa ingin cabar diri sendiri dan sertai UA COMBINE bolehlah rujuk ke laman sesawang berikut untuk mengetahui peraturan dan maklumat lanjut. Kunjungi https://uacombinemy.com/ atau laman media sosial.