Tanyalah mana-mana lelaki yang ada minat dalam aktiviti kecergasan rata-rata pastinya mengidamkan bentuk badan tegap lengkap dengan six-pack pada bahagian abdomen. Six-pack boleh menjadi satu indikasi betapa seseorang itu telah melalui rejim senaman, pemakanan dan kecergasan yang cukup mantap.
Six-pack itu sebenarnya merujuk kepada otot perut yang terbahagi kepada enam bahagian atau “packs”. Secara teknikalnya, ia dikenali sebagai otot rectus abdominis.
Dan otot otot ini membentang dari tulang dada hingga ke tulang pinggul. Apabila otot ini berkembang dengan baik dan lemak perut berkurangan, ia akan menampakkan bentuk yang kita kenali sebagai “six packs”.
Kali ini MASKULIN ingin lontarkan cabaran kepada anda yang mungkin belum ada six-pack. Tahukah anda kalau kena dengan caranya anda boleh dapatkan six-pack dalam masa dua bulan?
Ikuti bagaimana anda boleh merealisasikan hasrat tersebut di bawah!
PEMAKANAN YANG BETUL
Kurangkan Pengambilan Kalori: Untuk menampakkan otot perut, anda perlu mengurangkan lemak badan. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori.
Makanan Berkhasiat: Fokus pada pemakanan yang kaya dengan protein, serat, dan lemak sihat. Contohnya ayam tanpa kulit, ikan, telur, sayur-sayuran hijau, dan kacang-kacangan.
Ads
Kurangkan Gula dan Makanan Berlemak: Elakkan makanan dan minuman manis serta makanan cepat saji.
SENAMAN KARDIOVASKULAR
Lakukan senaman kardio seperti berlari, berenang, atau berbasikal selama 30-45 minit, 3-5 kali seminggu. Ini akan membantu membakar lemak dengan lebih cepat.
LATIHAN OTOT PERUT
Nak dapatkan six-pack mestilah kena lakukan senaman pada bahagian perut bukan? Ini beberapa jenis senaman yang sangat efisien dalam membantu anda mendapatkan otot perut yang padu.
Sit-ups dan Crunches: Ini adalah latihan asas untuk otot perut bagian atas.
Leg Raises: Bagus untuk otot perut bagian bawah.
Ads
Plank: Menguatkan keseluruhan otot core anda.
Russian Twists: Bagus untuk otot sisi perut.
REHAT MENCUKUPI
Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup setiap malam (sekurang-kurangnya 7-8 jam) kerana pemulihan adalah penting untuk pertumbuhan otot.
DISIPLIN & KONSISTEN
Kejayaan dalam mendapatkan otot perut ‘sixpack’ memerlukan komitmen dan konsistensi. Pastikan anda mengikuti rutin senaman dan pemakanan dengan konsisten.
Ads
PENGHIDRATAN
Minum air yang cukup setiap hari. Penghidratan yang baik dapat membantu proses pembakaran lemak dan pemulihan otot.
ELAK ROKOK & ALKOHOL
Minuman beralkohol boleh menambahkan kalori berlebihan dan mengganggu proses pembakaran lemak. Manakala rokok pula sedia maklum hanya mendatangkan seribu satu keburukan kepada kecergasan dan kesihatan.
RUJUK TRAINER
Jika anda masih baru baru dalam bidang kecergasan, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kecergasan atau jurulatih peribadi.
Ingatlah, setiap individu berbeza dan apa yang berfungsi untuk seseorang mungkin tidak berfungsi untuk orang lain. Oleh itu, penting untuk mendengar badan anda dan membuat penyesuaian yang diperlukan.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini mampu membantu anda mendapatkan six-pack yang diingini dalam tempoh dua bulan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Orang kita seringkali membandingkan kehebatan perkhidmatan yang diberikan di hospital swasta lebih baik daripada hospital kerajaan. Namun, ramai juga yang masih tidak mengetahui bahawa tidak semua perkara hospital swasta boleh uruskan hingga pasti akan merujuk sesuatu kes ke hospital kerajaan.
Tidak dinafikan waktu menunggu di hospital kerajaan agak lama berbanding di hospital swasta, namun kita kena tahu mengapa perkara sedemikian berlaku, ini kerana ia bertujuan untuk Dr. serta jururawat mengesahkan kesakitan yang kita alami. Semuanya mestilah melalui beberapa peringkat pemeriksaan serta kajian.
Terpanggil dengan isu itu, Dr. Say Shazril membuat satu hantaran di Facebook miliknya untuk menjelaskan keadaan sebenar serta hubungkait di antara hospital swasta serta kerajaan.
Baby sy admit wad sejak Selasa for acute bronchiolitis (jangkitan virus di paru2). Rmi yg dm sy bertanye “Knape gi hosp kerajaan, nape xgi private?”. Sy tny balik “Ape salahnye hospital kerajaan, teruk sgt ke?”. Xdinafikan baby sy masuk wad stlh 18jam menunggu di kecemasan tp adakah semata2 sb long waiting time ni menyebabkan hosp kerajaan mendpt reputasi sebegini? Cukup tidak adil.
Nak kate “xsuke doktor latihan (houseman) dtg tny soalan bnyk2 & cucuk anak bnyk2 kali”, well semua pakar kt luar sana was once a doktor latihan & kalau kite xbg mrk peluang tuk tny soalan bnyk2, tuk cucuk anak kite, mase dpan nnt xkn ade pakar2. Nak kate “misi2 hosp kerajaan kasar & garang2” well mesti ade sebab misi jadi gtu & sebabnye sila amik cermin tengok diri sendiri cz manusia ni simple, kita xkn kasar2 & garang2 kecuali kite berurusan dgn org yg bebal. Jika anda bebal maka bebal lah layanan yg akan anda terima tp jika anda baik nescaya manis semua misi2 ni.
Baby sy pd awalnya diletakkan di wad biasa & tiba2 satu hari kesihatan dia merudum yg mana dia memerlukan oxygen yg kuat & nebulization setiap jam maka dia dipindahkan ke wad kritikal. Sekirany sy masuk hosp swasta kemungkinan besar mrk akan transfer baby sy ke hospital lain & pertukaran memakan masa + melambatkan rawatan. Atas sb ni sy teramat bersyukur sy pilih hosp kerajaan krn slaluny kemudahan hosp kerajaan lengkap. Sy xckp yg hosp swasta xbaguih tp apa yg sy cuba sampaikan hosp kerajaan sama ja kebagusannya maka jgn pndng remeh hosp kerajaan k peeps? Baby sy pun naik berkerut, ikut daddy dia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Secara jujurnya apakah yang akan bermain di minda anda apabila terdengar perkataan ‘diet’. MASKULIN dapat rasakan ramai di antara anda beranggapan bahawa ia adalah perbuataan menahan lapar atau mengurangkan pemakanan dengan cukup signifikan.
Tapi tahukah anda maksud umum sebenar diet ialah merujuk kepada tabiat pemakanan. Diet tidak bermaksud menahan diri daripada makan dan berlapar. Ia membawa maksud tabiat pemakanan harian kita. Jadi tidak semestinya bila berdiet kita kena paksa diri untuk berlapar.
Menerusi perkongsian dari influencer kesihatan bersama MASKULIN, Aiman Radzi mengatakan bahawa diet yang baik adalah satu rutin pemakanan yang meliputi pengambilan makanan secara seimbang.
Bila ditanya tentang ‘clean diet’, dia mengatakan bahawa diet tersebut bermaksud rutin pemakanan yang tiada gula, tiada minyak, rendah garam dan tiada campuran bahan luaran yang lain. Ia biasanya diamalkan oleh seseorang yang aktif membina badan dan juga model yang ingin mengekalkan bentuk badan.
Baginya, ‘clean diet’ bukanlah cara terbaik untuk diikuti oleh orang kebiasaan seperti kita kerana ia memerlukan disiplin luar biasa tinggi. Namun, rutin diet yang adalah mengikuti pola pengambilan makanan berdasarkan piramid yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ikuti penjelasan lanjut tentang diet terbaik menerusi video terbaik anda amalkan bagi melalui FIT JOURNEY yang lebih sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Duduk di rumah terlalu bosan? Apa kata buat beberapa senaman ni, sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang dilakukan dan keluar peluh.
Kurang-kurang orang semua makin membulat, tetapi badan anda makin tip-top! Nah MASKULIN ada beberapa cara senaman daripada Arif Sukri untuk anda jadi semakin aktif di rumah.
#1: Burpes
Baring meniarap seperti plank dan turun ke bawah. Kemudian tolak badan untuk naik dan lompat anak dan ulangi posisi baring itu sekali lagi.
Lakukan sebanyak 15 kali dengan 3 set
#2: Sprawl
Luruskan tangan ke lantai pastikan dari kepala ke pinggang anda dalam keadaan lurus dan kaki cecah di lantai. Kemudian, tolak badan menggunakann kaki dengan lompatan kecil untuk naik, berdiri menggunakan kaki dan tanggan pula luruskan ke atas.
Lakukan sebanyak 15 kali dengan 3 set.
#3: Sprawl (Beginner)
Sama sahaja seperti Sprawl di atas, tetapi angkat badan dengan menggunakan kaki tetapi jangan buat lompatan kecil, sebaliknya gunakan kaki perlahan dan tolak badan untuk naik ke atas.
Lakukan sebanyak 15 kali dengan 3 set.
#4: Plank
Luruskan tangan dan kaki, dan lakukan plank selama beberapa saat sebanyak 3 set.
#5: Plank (Beginner)
Caranya sama sahaja seperti plank biasa Cuma lutut rapatkan ke lantai. Lakukan untuk beberapa saat dan anda pasti akan berpeluh teruk.
#6: Squat
Turun ke bawah seperti mencangkung tetapi pastikan lutut dan kaki selari dan peha 85 atau 90 darjah ke bawah. Untuk imbangi badan, luruskan tangan ke hadapan dan lakukan ia sebanyak 10 sehingga 15 kali dengan 3 kali set senaman.
#7: Lunges
Melutut dengan kaki hadapan anda 90 darjah, dan kaki belakang juga -90 darjah, tahan selama beberapa saat dan naik ke atas semula. Tukar kaki kanan dan kiri sebanyak 20 kali dan lakukan senaman ini sebanyak 3 set.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.