Selagi ada kudrat dikandung badan selagi itulah kita sebagai lelaki mencari rezeki tanpa mengira penat dan lelah demi menyara keluarga.

Dalam dunia ini terdapat seribu satu pekerjaan yang memerlukan skil dan oengetahuan berbeza. Namun ada sesetengah pekerjaan yang hanya orang berani sahaja melakukannya.

Kadangkala ia bukan satu pilihan. Dan kadangkala ia juga dianggap sebagai satu cabaran yang memberikan pendapatan cukup lumayan.

Cara untuk mengukur bagaimana pekerjaan itu dianggap bahaya atau tidak bergantung kepada jumlah kematian yang berlaku setiap tahun. Ia juga diukur berdasarkan tahap risiko kecederaan parah yang boleh dialami mereka ketika menjalankan tugas.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi senarai 10 pekerjaan paling merbahaya sepanjang tahun lalu.

10. Pekerja penyelengaraan am

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Kerja-kerja seperti memotong rumput kadangkala tidak dianggap bahaya oleh masyarakat umum. Namun ramai tak sedar bahawa mereka terdedah kepada pelbagai risiko seperti kepanasan melampau dan bahaya trafik ketika melakukan kerja menyelenggara di kawan lebuhraya.

9. Penyelia tapak pembinaan

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Bekerja di tapak pembinaan atau construction sememangnya akan terdedah kepada pelbagai risiko. Dengan penggunaan pelbagai jentera berat, bahan binaan kasar dan strujtur yang masih belum siap bahaya ada di mana-mana sahaja. Apatah lagi bila melibatkan bangunan tinggi.

Ads

8. Petani 

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Golongan petani yang menggunakan jentera berat juga mempunyai risiko yang sangat tinggi ketika bertugas. Selain jentera berat mereka juga sering menggunakan mesing-mesin pengisar yang mempunyai kemampuan tinggi dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati. Bagi petani yang mencari rezeki di kawasan pinggir hutan pula mereka terdedah kepada bahaya haiwan buas.

7. Pemandu trak, lori dan bas ekspres

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Kita semua tahu kemalangan jalan raya merupakan antara penyumbang utama kematian di negara kita. Sebagai seorang pemandu yang setiap hari berdepan dengan pelbagai situasi, cuaca dan ragam pemandu lain mereka sering berdepan risiko tinggi. Apatah lagi mereka terpaksa memandu dalam jarak yang sangat jauh.

6. Buruh binaan

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Ads

Ya, kita akui buruh binaan di tapak-tapak pembinaan besar di negara kita rata-ratanya ialah tenaga kerja asing dari luar negara. Dan ramai tak sedar bahawa risiko yang dihadapi mereka sebaik sahaja melangkah masuk bekerja di kawasan pembinaan. Projek-projek besar bangunan pencakar langit terutamanya menuntut mereka untuk bertugas di kawasan tinggi. Hanya yang berhati kering sahaja yang berani.

5. Pengutip sampah dan bahan terbuang

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Ini merupakan pekerjaan yang terdedah dengan pelbagai bahaya yang tidak diketahui setiap kali mereka melakukan pungutan sampah. Dalam timbunan sampah terdapat pelbagai jenis bahan yang dibuang oleh pengguna. Ada yang tidak merbahaya dan ada juga yang mempunyai kandungan toksik.

4. Penyelenggaran tenaga elektrik

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Berdepan dengan kuasa elektrik yang luar biasa tinggi bukanlah satu situasi yang mahu dihadapi oleh mereka yang tiada keberanian. Itulah yang dihadapi oleh tenaga kerja penyelenggara eletrik setiap hari. Jika tidak berhati-hati mereka boleh terkena renjatan elektik yang mampu mengorbankan mereka dalam sekelip mata.

Ads

3. Wartawan zon perang

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Demi mencari berita dan kebenaran mereka sanggup tempuhi hujan peluru dan bom tangan. Bahaya yang dihadapi mereka berada di garisan perang merupakan satu risiko yang sangat tinggi. Dengan berbekalkan vest bertulis ‘PRESS’ mereka menggadaikan nyawa demi mencari kebenaran.

2. Nelayan laut dalam

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Untuk satu trip kadangkala mereka akan pergi ke laut dalam selama seminggu lamanya. Dan seperti mana yang kita tahu laut merupakan antara kawasan yang cukup merbahaya dan tak dapat dijangkakan. Berdepan dengan anin kecang, ombak tinggi dan taufan merupakan satu cabaran yang harus mereka hadapi bila-bila masa sahaja.

1. Bomba

Cabaran Mencari Rezeki, Ini 10 Pekerjaan Lelaki Yang Paling Bahaya Di Dunia

Tahun lalu seluruh negara kita berduka dengan beberapa tragedi melibatkan kematian pasukan bomba tempatan. Dari kisah ahli bomba lemas dalam misi menyelamat hinggalah kepada tragedi Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut dalam sebuah rusuhan baru-baru ini telah terbukti bahawa pekerjaan mereka cukup berisiko. Demi menyelamatkan orang awam dan mempertahankan keselamatan warga, wira-wira negara ini sanggup berdepan dengan risiko apa sahaja demi tugas mereka.

BACA: 10 Tip Untuk Sentiasa Bahagia & Bebas Stres Di Tempat Kerja 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI