Buat anda yang selalu melakukan larian pasti tahu jarak 10 km pernah menjadi satu cabaran yang cukup besar. Ini terutamanya ketika anda mula-mula aktif melakukan larian.
Bagi membiasakan diri untuk melakukan larian pada jarak tersebut memerlukan latihan yang cukup baik.
Buat anda yang masih baru atau beginner, larian 10 km bukanlah satu jarak yang dekat. Ia memerlukan latihan yang intensif serta memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi untuk melengkapkan larian sejauh itu.
Jadi bagaimana anda boleh latih diri untuk mencapai jarak tersebut dalam masa hanya sebulan atau 30 hari? Perkara paling penting untuk anda realisasikan misi ini ialah dengan membina ketahanan dan kekuatan tanpa melakukan latihan yang berlebihan.
Ia satu tugas bak kata orang “easier said than done”.
Jadi amatlah penting untuk anda mempunyai disiplin yang tinggi tak kiralah sama ada anda seorang pelari beginner, intermediate atau advanced.
EMPAT MINGGU KERJA KERAS!
Sama ada anda seorang pelari beginner atau veteran, asas utama latihan larian ini ialah mengikuti latihan larian yang meliputi tiga jenis program iaitu:
Long Runs (LR) – larian melebihi 3 km yang dilakukan untuk membina stamina. Ini merupakan larian pada kelajuan di mana anda boleh bernafas dengan mudah dan selesa.
Easy Runs (ER) – larian di bawah 3 km bagi melatih diri untuk berlari dalam kondisi selesa dan senang.
Cross Training (CT) & hari rehat – Tempoh di mana anda boleh ambil untuk rehat atau melakukan aktviti lain seperti berbasikal, berenang atau yoga. Ia bergantung kepada diri anda untuk memastikan stamina berada pada paras sama.
Haa.. macam mana sambutan hari raya pertama? Meriah? Mestilah syok, bukan? Masakan tidak, inilah hari kita meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Namun dalam masa masa, ada juga individu yang melanggar pantang. Habis semua makanan yang enak dibedalnya. Kononnya mahu membalas dendam.
Tetapi perbuatan tersebut sebenarnya tidak digalakkan kerana anda seolah-olah memberi kejutan kepada perut anda.
Sehubungan itu, untuk meneutralkan semula kalori dalam tubuh, apa kata anda cuba buat 3 senaman ringan ini untuk bakar semula lemak.
1. Naik turun tangga
Kalau anda duduk di rumah flat atau apartment, apa kata jangan gunakan lif. Sebaliknya naik ke rumah anda dengan menggunakan tangga. Memang berpeluh dan penat sedikit tetapi ia merupakan senaman yang sedang membakar lemak dalam tubuh anda.
2. Kayuhan basikal
Jika sudah berbaring di atas katil, apa kata buat kayuhan basikal selama 5 hingga 10 minit. Selain membakar lemak, senaman ini mampu mengekalkan bentuk six pack pada perut anda, jika sudah ada. Kalau masih one pack, sila berusaha lagi.
3. Bangkit tubi
Selepas bangun dari tidur, memadai jika anda melakukan bangkit tubi sebanyak 50 kali. Lebih molek, selepas anda menunaikan solat Subuh. Ini kerana solat Subuh meneutralkan caj positif dan negatif dalam tubuh manakala bangkit tubi pula mengekalkan kepadatan otot pada bahagian perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang yang beri alasan tak ada masa untuk bersenam.
Bagi MASKULIN, itu hanyalah ALASAN semata-mata! Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Dan senaman yang MASKULIN kongsi kali ini tak perlu ambil masa yang lama pun.
Hanya perlu 15 hingga 20 minit sahaja.
Antara masa sesuai untuk lakukan senaman ringkas ini ialah selepas pulang kerja. Sebelum masuk bilik air untuk mandi anda boleh lakukan senaman ini di dalam bilik atau di ruang tamu. Sambil layan drama Melayu petang-petang pun boleh.
Jadi apa tunggu lagi, nanti bila pulang kerja hari ini boleh cuba 7 jenis senaman ini ya!
7 cara kurangkan jerawat badan yang memang memburukkan kulit anda itu dengan cara ini. Selamat berjaya!
1. Mandi dengan lebih kerap
Ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan sekali. Ini kerana jika anda mandi dengan lebih kerap, maka anda dapat merasakan kulit dan liang-liang kulit anda akan lebih bersih dan segar pada setiap masa. Ianya juga dapat mengelakkan longgokan minyak dan kotoran. Haruslah diingat, kulit yang bersih mampu mengelakkan pertumbuhan jerawat di badan.
2. Tukar sabun atau gel mandian yang sesuai
Ada kemungkinan besar juga bahawa jerawat badan mulai tumbuh adalah disebabkan oleh sabun atau gel mandian yang anda gunakan. Jadi anda seharusnya menukar sabun mandian yang biasa anda gunakan kepada sabun mandian yang baru dan kandungannya telah dibuktikan secara klinikal serta tidak mempunyai sebarang bahan yang boleh menyebabkan alergi pada kulit anda.
3. Tukar detergen
Jika anda menggunakan detergen keras berasaskan bahan kimia, anda bolehlah beralih kepada bahan pencuci yang lebih ringan yang dimana menjadikan kain cucian lebih lembut dan juga boleh membunuh kuman dengan betul. Oleh itu sentiasa ingat bahawa apabila anda memakai pakaian yang bersih adalah penting untuk mengelakkan sebarang pertumbuhan bakteria pada kulit anda, dan seterusnya akan mengelakkan jerawat tumbuh pada badan anda.
4. Minum air dengan lebih banyak
Minum air dengan kuantiti yang banyak adalah amat penting untuk mengekalkan kestabilan hormon di tubuh dalam badan anda. Minum air juga dapat membantu untuk mendetoksifikasi badan anda dan ianya juga menyingkirkan toksin untuk mengurangkan rembesan minyak, dengan itu ianya dapat melindungi liang kulit anda daripada tersumbat.
5. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng
Apabila anda makan terlalu banyak dan kerap makan makanan bergoreng, ianya akan meningkatkan tahap minyak dalam badan anda. ini akan menyebabkan liang kulit anda tersumbat dengan minyak, oleh yang demikian kelenjar badan anda kemudianya akan menghasilkan lebih banyak minyak daripada yang diperlukan dan keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan jerawat pada badan.
6. Pakai pakaian yang longgar
Terlalu banyak peluh adalah punca kepada pertumbuhan jerawatpada badan. Adalah amat penting bagi anda untuk memakai pakaian yang longgar bagi membolehkan kulit anda bernafas dengan sempurna. Anda juga perlu memilih fabrik yang lembut dan ringan yang dimana membolehkan udara melaluinya, seperti kapas dan linen.
7. Sapukan gel Aloe Vera
Gel Aloe Vera adalah salah satu bahan melegakan kulit daripada kerengsaan dan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Ia mampu untuk mengeringkan jerawat dan dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada liang kulit agar kulit anda dapat bernafas dengan sempurna.
Sumber : RamenPedas
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.