Pengguna tegar Uber sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada aplikasi tersebut dan beralih kepada Grab.
Bagi nasib kakitangan Uber pula, menurut dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri mereka akan diberi cuti bergaji selama tiga bulan dengan faedah perubatan percuma sementara Grab mengkaji peranan baharu yang sesuai untuk mereka.
Malah bagi meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.
Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.
Selain itu, pihak Grab juga menjamin tidak menaikkan tambang kerana perjalanan ini menggunakan harga tambang dinamik.
Sumber : Mstar Online