Pengguna tegar Uber sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada aplikasi tersebut dan beralih kepada Grab.
Kini Grab tampil secara rasmi mengumumkan penggabungan operasi dan platform Grab dan Uber di Malaysia.Penggabungan ini dilihat terhasil selepas pelaburan Softbank Group dari Jepun di dalam Uber, yang turut sama melabur di dalam pesaing Uber seperti Grab, Didi Chuxing di China dan Ola di India.
Bagi nasib kakitangan Uber pula, menurut dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri mereka akan diberi cuti bergaji selama tiga bulan dengan faedah perubatan percuma sementara Grab mengkaji peranan baharu yang sesuai untuk mereka.
Malah bagi meminimumkan gangguan, Grab dan Uber akan bekerjasama bagi memindahkan segera pemandu dan penumpang Uber, pelanggan Uber Eats, rakan perniagaan dan penghantaran ke platform Grab.
Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih ke Grab manakala, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantarannya akan berpindah ke GrabFood.
Selain itu, pihak Grab juga menjamin tidak menaikkan tambang kerana perjalanan ini menggunakan harga tambang dinamik.
Sumber : Mstar Online
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
6 Fesyen Rambut Neymar yang Paling Top & Jadi Ikutan Ramai
Selain persembahan bakat permainan di atas padang, gaya rambut pemain bola sepak juga menjadi tumpuan penonton Piala Dunia. Walaupun bekali-kali beliau menukar gaya rambut, Neymar masih kelihatan hebat, segar dan mampu membawanya dengan penuh keyakinan. Beliau merupakan salah seorang yang berketrampilan dalam apa keadaan
1 Ponytail Braided
Gaya rambut ini ialah gaya yang terbaik tahun 2017. Gaya rambut ini merupakan gaya yang paling cantik dan paling berani yang pernah beliau cuba. Gaya Ponytail Braided benar-benar menyerlahkan sisi kreatif atlet ini.
2. Bleached blonde
Di tangga kedua, gaya ‘bleached blonde’ merupakan salah satu gaya yang menakjubkan oleh Neymar. Ada sesetengah orang sesuai dengan rambut ‘brunette’, ada yang mempunyai warna rambut semulajadi yang cantik seperti merah dan perang. Neymar merupakan antara orang dalam dunia ini yang sesuai dengan semua warna rambut.
3 . Shaved Sides Long on Top
Gaya rambut ini memberi sentuhan klasik dimana rambut Neymar disikat rapi ke atas dan bahagian tepi dicukur rapi. Beliau dilihat menggayakan rambut ini berkali-kali. Bukan sahaja rupa ini ialah rupa untuk kebanyakan atlet, malah ia menjadi ‘trend’ untuk orang ramai.
4. Rocking the Mullet
Apabila berfikir mengenai gaya rambut lama yang ‘trendy’, kita lihat bagaimana Neymar menjadikan mullet kelihatan sungguh hebat. Ya, memang benar rambut depannya panjang, tetapi lihat bagaimana ekor rambutnya panjang di belakang. Ia menjadikan dia pencinta mullet.
5. Pendek dan Kemas
Ketika zaman remajanya, Neymar muncul dengan gaya rambut seperti ini dimana beliau kelihatan sungguh muda. Gaya rambut ini kelihatan begitu kemas dan selesa untuknya, dan kesederhanaan memberi sentuhan unik untuk beliau bagi gaya rambut ini.
6. Trend Terbaru 2018
A post sh
Tapi memang tak dinafikan Neymar sentiasa menjadi perhatian setiap kali Piala Dunia bukan saja sebab aksi tangkasnya namun fesyen dan style rambutnya yang menjadi bualan dan ikutan.
Apa pun style rambut Neymar memang sentiasa stylo dan ‘on point’.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nak Tahu Bagaimana Untuk Melakukan Aktivti Jogging Yang Berkualiti? Jom Baca Artikel Ini!
Pergi ke pasar, makan di tempat yang best, layan cartoon dan tidur merupakan sebahagian aktiviti waktu pagi kebanyakan orang kita. Ada juga yang kena kerja di hujung minggu, demi mencari rezeki untuk diri dan anak-anak. Bagi pencinta kesihatan pula, mereka akan memenuhi pusat sukan dan taman-taman rekreasi.
Antara aktiviti mereka ini adalah berjogging. Istilah jogging ini agak sukar diterjemah ke dalam bahasa melayu. Ia hampir kepada berlari tetapi dengan momentum yang lebih perlahan. Jogging pada waktu pagi merupakan aktiviti yang paling seronok sebenarnya.
Selain menjaga kesihatan, dengan jogging mungkin dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, hirup udara segar dan mungkin juga yang cuci-cuci mata! Dalam keseronokan kita berjogging, jangan lupa untuk jaga keselamatan.
Berikut merupakan perkara asas yang perlu anda semak sebelum jogging:
1. Periksa tahap kesihatan
Nak jogging boleh. Kalau anda mampu, 11 round pun tidak ada apa-apa masalah. Tapi sebelum itu, periksa diri anda dulu. Semak tekanan darah anda, kadar denyutan jantung dan kesihatan tulang dan otot anda. Bukan semua orang sesuai berjogging.
Contohnya, orang yang obesiti, tidak baik untuk lutut mereka dan jantung kerana memberi impak yang tinggi. Mereka perlu mula dengan aktiviti ringan dahulu seperti berjalan.
2. Pilih kasut yang betul
Alaa.. Ko pakai je kasut sneakers tu! Jogging je pun! Ingat ya, penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti jogging adalah benda yang wajib diperhatikan. Pilih kasut yang direka khas untuk jogging dan ringan. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta berspan. Baru selesa nanti!
3. Lakukan warm up
Jangan lupa untuk panaskan badan. Kereta pun kalau anda terus start dan pandu pasti akan semput juga. Begitu lah sistem badan kita. Perlu lakukan pemanasan badan dulu untuk melonggarkan tegangan di sendi-sendi badan dan melancarkan darah ke seluruh badan.
4. Minum air
Minum air dahulu tapi berpada-pada untuk mengelakkan anda muntah air. Pastikan sepanjang aktiviti air ada bersama anda.
Sekarang, mari sama-sama kita lihat teknik berjogging yang betul:
1. Rileks. Tenangkan fikiran dan tubuh anda.
2. Jangan membongkok. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit. Bahu yang bengkok memnyempitkan saluran pernafasan, serta mengurangkan keupayaan paru-paru untuk memproses aliran oksigen dan karbon dioksida. Kesannya, anda akan semput cepat.
3. Bernafas melalui hidung. Ketika jogging, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut. Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah pancit. lebih teruk, takut anda sesal nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.
4. Mendarat di pertengahan kaki. Macam mana tu? Ketika anda hendak mendaratkan kaki anda ke permukaan, letakkan dahulu bahagian tengah kaki anda, bertujuan mengurangkan impak. Mendarat dengan tumit dan hujung jari kaki berisiko mendatangkan kecederaan.
5. Mendarat di bawah badan. Pastikan ketika hendak meletakkan kaki di permukaan, kaki anda betul-betul berada di bawah badan anda. Caranya mudah sahaja, jangan joggingdengan kaki anda terjulur ke hadapan. JIka anda mendaratkan kaki di hadapan badan, biasanya anda akan letakkan tumit dahulu dan berisiko terpecok. Contoh cara yang salah:
6. Bengkokkan lutut sedikit ketika mendarat. Lutut yang sedikit bengkok membantu memanjangkan waktu impak, dan mengurangkan kesan kepada lutut ketika anda berjogging.
7. Jangan kepalkan tangan. Posisi tangan yang betul seolah-olah dengan memegang sebutir telur telapak tangan. Oleh itu, pastikan ketika berjogging, anda tidak “memecahkan telur” dalam genggaman tangan.
8. Hanyunkan lengan. Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.
9. Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana. Ramai yang tewas awal ketikajogging. Ini kerana mereka terlalu ghairah jogging dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan semput di pertengahan.
Bangun pagi dan Jom! Jogging dengan selamat
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
KJ Buat OOTD Terbaru Sempena Hari Sindrom Down Sedunia, ‘Cool’ Juga Lelaki Pakai Sarung Kaki Macam Ni
Penampilan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pasti menjadi tumpuan tapi kali ini agak ‘lain macam’ sikit, dan menarik perhatian pengikut Instagramnya dan juga netizen. Mana tidaknya, Khairy yang lebih mesra dipanggil KJ mengenakan sarung kaki berwarna kuning pada kaki kanan dan berbelang biru, hitam serta hitam coklat untuk sebelah lagi.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh dikatakan satu-satunya menteri yang berjiwa muda dan sentiasa tampil stylo dan bergaya ke mana sahaja dia melangkah. Diberi jolokan ‘abah’ dan ‘tall, dark and handsome’, apa juga yang tindak-tanduk Ahli Parlimen Rembau ini sentiasa mendapat perhatian netizen.
Semalam Khairy atau KJ memuat naik satu foto menunjukkan dia memakai stokin yang tidak sepadan. Dah kenapa pula tu, OOTD baru ke YB?
“Saya suka stokin terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan. Adakah angkara saya tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?
“Adakah ini OOTD (Outfit Of The Day) terbaharu?” katanya menerusi catatan di laman Instragram miliknya.
Menjelaskan berhubung penampilan stokinnya, KJ memaklumkan kepada 854,000 pengikutnya, bahawa ada sebab beliau memilih untuk berpenampilan sebegitu.
“Ia sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun,” katanya.
Kongsinya, ia antara lain peringatan kepada masyarakat bahawa manusia dan segelintir perkara mungkin tampak berbeza, namun masih indah serta mengagumkan menerusi kaca mata seperti sedia ada.
A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on
Dedikasi Buat Anak Saudaranya, Aisha
Ia juga satu penghormatan untuk ibu Aisha, Kak Hana. Dia membesarkan Aisha sebagai ibu tunggal. Saya masih ingat bila bertanyakan Kak Hana sekiranya dia mempunyai kuasa mengubah apa saja, adakah dia mahu mengubah Aisha supaya tidak memiliki Sindrom Down?
‘Mana mungkin saya akan ubah apa-apa. Jika saya buat, dia bukan lagi Aisha yang saya sayang sekarang.
Dalam pada itu, bersempena hari yang istimewa itu KJ turut mendidikasikan penampilan itu buat anak saudaranya, Aisha.
“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai rintangan untuk dia mengejar impiannya.Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sentiasa menampilkan diri sebagai jurucakap yang mempunyai keberanian ketika menyampaikan ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh, dengan mengetepikan perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,” katanya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI