Pengeluar kereta elektrik (EV) terkemuka dari China, BYD, baru-baru ini memukau dunia dengan demonstrasi luar biasa keupayaan salah satu model andalannya, YangWang U9.
Dalam sebuah video yang kini tular, kereta elektrik tersebut berjaya melintasi pelbagai jenis halangan di jalan raya bukan dengan mengelak ke tepi seperti kebanyakan kenderaan, tetapi dengan melompat melepasi halangan tersebut.
Video berdurasi pendek itu menunjukkan YangWang U9 bergerak secara autonomi sejauh 200 meter sebelum menghadapi halangan pertama.
Tiga jenis halangan yang diuji dalam demonstrasi itu ialah:
Lopak jalan berlubang sepanjang 2.5 meter dan selebar 6 meter.
Spike tayar setinggi 3.5 cm yang biasanya mampu merosakkan tayar kenderaan biasa.
Corak garisan pasir berwarna dengan panjang 4 meter dan lebar yang sama.
Halangan-halangan ini diletakkan dengan jarak 180 meter antara satu sama lain.
Hebatnya, YangWang U9 berjaya melepasi kesemua halangan tanpa sebarang masalah, membuktikan keupayaan teknikalnya yang tiada tandingan.
Lebih menarik, kereta ini menjalankan ujian tanpa pemandu, menggariskan tahap kecanggihan sistem automasinya.
BACA LAGI : Simbol Kecemasan Mungkin Timbul Waktu Memandu, Ambil Tahu!
Kemampuan YangWang U9 untuk melompat di udara dan melintasi halangan didorong oleh sistem suspensi ‘DiSus X’ yang canggih.
Sistem ini secara aktif mengawal setiap roda secara individu, memberikan fleksibiliti yang luar biasa untuk mengangkat kenderaan dari tanah.
Teknologi ini tidak hanya memberikan prestasi melompat, tetapi juga meningkatkan kestabilan dan keselamatan kenderaan dalam situasi mencabar.
Melihat kepada keadaan jalan raya di Malaysia, yang sering kali menghadapi masalah lopak, jalan berlubang dan serpihan kecil, teknologi ini boleh menjadi penyelesaian yang sangat berguna untuk pemandu tempatan.
Dengan keupayaan untuk melompat halangan, kenderaan seperti YangWang U9 mampu mengurangkan risiko kerosakan kenderaan dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.
Sumber – Vocket
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
@maskulinmy Biar betul Nad tumbuk tingkap sampai berdarah? Tonton episod 3 ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ edisi digital di YouTube dan semua platform digital MASKULIN. #maskulin #maskulinwhosyourbro #ideaktiv #SiapaBroSiapaLawan #astro #astroria ♬ original sound – Maskulin