Pengeluar kereta elektrik (EV) terkemuka dari China, BYD, baru-baru ini memukau dunia dengan demonstrasi luar biasa keupayaan salah satu model andalannya, YangWang U9.
Dalam sebuah video yang kini tular, kereta elektrik tersebut berjaya melintasi pelbagai jenis halangan di jalan raya bukan dengan mengelak ke tepi seperti kebanyakan kenderaan, tetapi dengan melompat melepasi halangan tersebut.
Foto : CnEVPost
Kehebatan Mengatasi Halangan Tanpa Pemandu
Video berdurasi pendek itu menunjukkan YangWang U9 bergerak secara autonomi sejauh 200 meter sebelum menghadapi halangan pertama.
Tiga jenis halangan yang diuji dalam demonstrasi itu ialah:
Lopak jalan berlubang sepanjang 2.5 meter dan selebar 6 meter.
Spike tayar setinggi 3.5 cm yang biasanya mampu merosakkan tayar kenderaan biasa.
Corak garisan pasir berwarna dengan panjang 4 meter dan lebar yang sama.
Ads
Halangan-halangan ini diletakkan dengan jarak 180 meter antara satu sama lain.
Hebatnya, YangWang U9 berjaya melepasi kesemua halangan tanpa sebarang masalah, membuktikan keupayaan teknikalnya yang tiada tandingan.
Lebih menarik, kereta ini menjalankan ujian tanpa pemandu, menggariskan tahap kecanggihan sistem automasinya.
Kemampuan YangWang U9 untuk melompat di udara dan melintasi halangan didorong oleh sistem suspensi ‘DiSus X’ yang canggih.
Sistem ini secara aktif mengawal setiap roda secara individu, memberikan fleksibiliti yang luar biasa untuk mengangkat kenderaan dari tanah.
Teknologi ini tidak hanya memberikan prestasi melompat, tetapi juga meningkatkan kestabilan dan keselamatan kenderaan dalam situasi mencabar.
Ads
Potensi Kegunaan di Jalan Raya Malaysia
Melihat kepada keadaan jalan raya di Malaysia, yang sering kali menghadapi masalah lopak, jalan berlubang dan serpihan kecil, teknologi ini boleh menjadi penyelesaian yang sangat berguna untuk pemandu tempatan.
Dengan keupayaan untuk melompat halangan, kenderaan seperti YangWang U9 mampu mengurangkan risiko kerosakan kenderaan dan memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.
Sumber – Vocket
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Berkemungkinan besar sejak dari kecil kita sudah perhatikan ayah, pak cik atau abang kitaakan panaskan enjin kenderaan setiap kali ingin mulakan perjalanan. Tidak kiralah sama ada jarak dekat atau jauh, memanaskan enjin itu seakan perkara yang wajib mereka lakukan.
Lalu apabila kita besar rutin yang sama menjadi ikutan setiap hari. Ada yang tunggu tolok suhu enjin sejuk bertuka menjadi normal baru bergerak. Dan tidak kurang juga ada yang tetapkan tempoh masa tertentu untuk panaskan enjin.
Tapi adakah perbuatan memanaskan enjin ini perlu kita lakukan atau tidak?
TEKNOLOGI TERKINI
Percaya atau tidak melakukan rutin memeaskan enjin tidak perlu dilakukan setiap hari, apatah lagi dilakukan setiap kali untuk menggunakan kereta dalam sehari. Ini terutamanya bagi kereta keluaran baru yang mana ia sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan suhu sekeliling walaupun berada di kawasan sejuk.
Tahukah anda bahawa enjin kereta moden pada hari ini dilengkapi dengan teknologi fuel injection yang datang bersama unit kawalan elektronik (ECU). Ia berfungsi untuk menyesuaikan suhu enjin kenderaan walaupun berada di kawasan sangat sejuk.
ENJIN YANG SEJUK
Kenderaan atau kereta yang sudah lama tidak dihidupkan boleh menyebabkan minyak enjin menjadi berkurangan. Manakala bagi yang setiap hari dihidupkan ia tidak perlu dipanaskan kerana ini boleh meningkatkan risiko minyak petrol meresap ke dalam minyak enjin.
Bila ini berlaku ia sekali gus menjejaskan tajap kelikatan bahan pelincir tersebut. Lalu menyebabkan risiko komponen dalamam enjin boleh menjadi ‘haus’.
Apa yang boleh kita simpulkan secara ringkas ialah memanaskan enjin kenderaakereta sebelum memulakan perjalanan bukanlah satu perkara yang perlu dilakukan dan tidak juga mendatangkan risiko kerosakan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Rasanya anda sebagai seorang lelaki yang boleh memandu atau memiliki kereta pastinya sudah tidak asing lagi dengan istilah ‘aligment’ atau penjajaran roda dan juga ‘balancing’ (mengimbangi).
Akan tiba suatu ketika anda akan merasakan kereta akan mudah senget ke kiri atau kanan apabila dipandu atau berasa tidak seimbang. Dan bila ini berlaku pastinya ramai akan suruh anda lakukan alignment dan balancing pada roda tayar.
Ingin tahu sama ada kereta anda perlu lakukan semua itu? Dalam kondisi pemanduan anda sebenarnya boleh merasakan sendiri. Namun ada beberapa perkara boleh anda perhatikan untuk benar-benar pasti sama ada kereta anda perlu dihantar ke bengkel atau tidak.
Pertama sekali anda kena fahami mengapa alignment perlu dilakukan. Proses alignment perlu dilakukan apabila kondisi dilakukan dimana dua tayar di bahagian hadapan perlu diselaraskan untuk sama rata ketika pemanduan atau bermaksud lurus kedepan.
Manakala tayar belakang pula perlu dalam keadaan sama lurus dengan tayar hadapan agar ia dapat berpusing serentak ketika di atas jalan raya. Alignment juga perlu diperiksa dan dilakukan untuk kesemua empat tayar.
Tetapi perlu anda tahu juga bahawa gandar atau axle bahagian belakang itu tidak semua model kereta boleh dilaraskan kerana ia bergantung kepada sistem suspensinya.
Berikut merupakan beberapa kondisi di mana anda perlu melakukan alignment.
TOE
Ini proses yang biasa dilakukan dilakukan. Ia bagi melihat bacaan yang merujuk pada tayar sama ada ia terkangkang keluar atau termasuk ke dalam. Ia juga dikenali dengan istilah Toe In (tayar terkangkang kedalam) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar). Kebiasaannya untuk lakukan adjustment toe ini biasanya dalam lingkungan RM15 ke RM25 sahaja.
Situasi di mana tayar terkangkang keluar atau masuk dari pandangan hadapan. Ia biasanya boleh diatasi dengan menambah skru camber yang boleh laras. Jika tayar kereta kelihatan semakin terkangkang adalah disarankan melakukan ‘camber adjust’. Bagi proses ini pula kosnya dianggarkan di antara RM25 hingga RM60 atau lebih mengikut model kereta anda.
BALANCING
Ia adalah untuk memastikan putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya pada hub tayar. Proses balancing tayar juga sangat disarankan untuk dilakukan sekali dalam setiap enam bulan. Untuk lebih mudah bila pergi servis kereta, teruslah suruh mekanik periksa dan buat terus balancing.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Pandu cermat, jiwa selamat!
Jangan lupa untuk terus follow Facebook, YouTube dan semua laman media sosial MASKULIN untuk update lebih mantap!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Semua orang mempunyai citarasa yang tersendiri. Walaupun sesuatu rekaan kereta tersebut sudah melalui pelbagai ujian keselamatan, namun sebagai pemilik kereta pasti ada satu atau dua bahagian kereta yang ingin diubah suai.
Antara bahagian yang selalu diubah suai adalah rim asal ditukar kepada sport rim mengikut saiz, paten dan jenama yang disukai. Tidak lupa juga ada yang mengubah saiz rim daripada standard kepada saiz yang lebih besar walaupun tayar asal masih bau kedai dan berkilat.
Tahukah anda, kereta akan mengalami susut nilai jualan semula (resale value) jika terlalu banyak buat ubahsuai. Ini kerana tidak semua orang suka untuk mengubahsuai kereta. sNamun, jika anda tidak bercadang untuk menjualnya semula, terserah kepada anda untuk buat pengubahsuaian penuh.
MASKULIN berpesan, lagi banyak anda ubah, lagi banyak nilai akan menurun jika anda mahu menjualnya kembali.
Berikut adalah senarai penuh aksesori aftermarket yang buat kereta anda susut nilai.
Menukar warna asal kereta dengan warna kustom (selain warna asal). Ia memang buat kereta anda nampak unik, tetapi di pasaran kereta terpakai, jumlah pembeli yang meminati warna kustom sangat sedikit.
2. Kit badan
Ramai pembeli kereta terpakai merasakan nilai original sesebuah kereta hilang jika badan asalnya ditukar dengan kit badan yang lain. Sekali nampak memang menarik, namun identiti asal kereta tersebut sudah hilang sama dengan nilai kereta tersebut.
3. Modifikasi enjin
Ramai orang akan kagum dengan kereta yang memiliki enjin yang hebat, boleh pecut dari 0-100kmj bawah 6 saat itu tiada masalah. Namun harus diingat, kalangan pembeli kereta terpakai mahu sebuah kereta yang hanya digunakan untuk ulang-alik perg kerja, pergi pasar dan sebagainya. Orang kata, standard itu indah.
4. Lampu
Jika anda pasang lampu aftermarket, anda sudah buatkan kereta anda nampak fake. Walaupun anda berpandangan ia nampak fancy, namun ia sebenarnya satu idea yang agak teruk sebab tiada orang yang mahu keretanya nampak fake.
Siapa tak kagum bila dengar ekzos kereta bunyi kuat, kadangkala boleh naik bulu roma. Namun, harus diingat, tidak ramai orang suka bunyi ekzos terlalu kuat. Realitinya, ramai pemilik kereta lebih sukakan kereta yang senyap dan tenang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.