Buat peminat siri dokumentari berkaitan pelbagai topik alam sekitar, hidupan liar, sains, teknologi dan juga sejarah pastinya tidak asing lagi dengan nama National Geographic.
Kini buat pertama kalu ini, National Geographic Apparel sebuah butik pakaian dan aksesori di buka di Malaysia. Ia merupakan butik pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan terletak di Pavilion Kuala Lumpur.
Menampilkan pakaian dan aksesori luar dan gaya hidup premium, barisan fesyen yang bersedia untuk pengembaraan ini diilhamkan oleh jenama ikonik National Geographic yang telah menjadi sinonim dengan penerokaan sejak tahun 1888.
Selain itu butik National Geographic Apparel turut beroperasi di Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan. Seleksi pilihan peralatan luar yang lasak hingga pakaian harian kontemporari, National Geographic Apparel sempurna menjadi penghubung di antara fungsi dan fesyen.
Barisan produk yang ditawarkan mereka merangkumi jaket kalis angin GORE-TEX® dan seluar mendaki yang tahan air untuk kekal selesa walaupun dalam keadaan yang paling sukar, hingga ke T-shirt yang mengikuti tren, joggers dan lebih banyak pakaian athleisure.
Ads
Ia turut menawarkan produk termasuk teknologi COOLMAX®, bahan poliester mesra alam yang dibuat dari 100% tekstil terulang atau botol PET yang membantu penjaga tetap sejuk, kering dan selesa yang sempurna untuk pemakai di iklim tropika Malaysia.
Butik ini turut menampilkan aksesori untuk pengembara global, termasuk beg galas, topi, stokin dan barisan begasi popular National Geographic Apparel.
Ads
Reka bentuk dalaman butik ini pula diilhamkan pemandangan menakjubkan dari keajaiban dunia semula jadi, membangkitkan rasa kagum dan kekaguman terhadap pelbagai landskap, hidupan liar, dan budaya Bumi di kalangan pengunjung kedai.
“Gaya yang diilhamkan oleh National Geographic telah mencipta gelombang di kalangan pengikut trend di seluruh rantau Asia Pasifik dan kami sangat gembira untuk memperkenalkan pembeli di Malaysia kepada tawaran gaya hidup yang menarik ini,” jelas Naib Presiden dan Pengurus Umum untuk National Geographic Retail, Asia Tenggara, India dan Timur Tengah, Alex Baillie.
Pembukaan kedai pakaian National Geographic di Malaysia bertepatan juga dengan ulang tahun ke-135 National Geographic; sejak tahun 1888, National Geographic telah menggunakan kuasa sains, penerokaan, dan penceritaan untuk meningkatkan pemahaman kita tentang dunia.
Ads
Bersama dengan bahagian-bahagian lain dari ekosistem National Geographic yang lebih luas, National Geographic Apparel berkomitmen untuk mengilhamkan peneroka di dalam setiap orang.
Setiap pembelian membantu menyokong kerja badan bukan keuntungan global National Geographic Society dalam usaha mereka untuk melindungi dan menerangi dunia kita melalui penerokaan, penyelidikan, dan pendidikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati natgeo.com/info.
Aktiviti pembukaan istimewa National Geographic Apparel di Pavilion Kuala Lumpur termasuk:
“Berkhemah” di lokasi foto pop-up khas yang tersedia sehingga 31 Disember 2023, berlokasi berhadapan dengan kedai di Tingkat 5. Ia mempamerkan susun atur bertema tempat perkhemahan lengkap dengan khemah dan kerusi dari koleksi peralatan berkhemah National Geographic.
Pelanggan yang membelanjakan RM350 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus majalah National Geographic secara percuma selagi stok masih ada.
Mereka yang membelanjakan RM1000 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus cawan National Geographic secara percuma, juga selagi stok masih ada.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang ada parut besar pasti berdepan dengan masalah keyakinan diri. Dan kebanyakannya berlaku kerana kemalangan atau tragedi yang berlaku tak disangka.
Jika kesan parut tersebut berada di kawasan terlindung okaylah, namun jika ia berada di kawasan terdedah seperti muka atau tangan, maka anda perlu melakukan sesuatu agar tidak menerima cacian masyarakat. Dan tentunya anda tidak konfiden untuk keluar dari rumah dengan wajah berparut, kan?
Lemon
Buah lemon memang sangat baik untuk kulit anda. Walaupun ia masam, namun ia boleh dijadikan penawar untuk pelbagai penyakit. Selain daripada anda menggunakan ia sebagai detox, anda juga boleh perah buah lemon ke tempat parut anda dan gosokkan isi dan kulitnya pada parut anda. Lakukan ini selama beberapa minggu dan lihat hasilnya.
Untuk anda yang gemar minum air sejuk tu, apa kata kalau anda ambik kuib ais dan sapukan pada parut anda. Walaupun petua ini tidak begitu popular, namun ia masih berkesan untuk menghilangkan parut anda, tidak begitu banyak, sikit pun jadilah.
Lidah Buaya
Lidah buaya sememangnya fames buat anda yang inginkan kulit cantik dan bersinar. Anda boleh potong dan sapukan lendir pada daun tersebut ke bahagian parut anda. Bilas selepas 10 minit. Lakukan ini selama seminggu dan lihat perubahannya.
Madu
Ia tidaklah dikategorikan sebagai alat paling berkesan untuk mengelak parut, namun anda boleh cuba. Sapukan pada kawasan berparut dan bilas selepas 5 minit. Lihat hasil dalam masa seminggu.
Serbuk Sandalwood
Serbuk ini dipercayai sangat baik untuk membasmi parut. Anda perlu campurkan air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk ini dan sapukan pada parut perlahan-lahan. Biarkan selama sejam dan bilas dengan air.
Minyak Zaitun
Titiskan minyak Zaitun ini pada kawasan berparut secara harian dan lihat hasilnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila dua nama besar dalam industri fesyen lelaki berganbung. Lalu menghasilkan koleksi eksklusif yang bukan sahaja hebat tetapi membawa elemen istimewa dengan setiap item mendapat sentuhan dua perekanya.
Itulah yang boleh kita saksikan menerusi koleksi terbaru kolbaorasi jenama Ermenegildo Zegna dan Fear of God, jenama yang diasaskan oleh Jerry Lorenzo.
Bukan senang untuk kita saksikan dua jenama hebat seperti ini melakukan kolaborasi dengan memperkenalkan koleksi yang cukup menarik. Bahkan ‘penyatuan’ dua jenama yang popular dari segmentasi berbeza dengan Ermenegildo Zegna fesyen high-end dan Fear of God, premium streetwear membuatkan ia lebih istimewa.
SENTUHAN SOFISTIKATED
Koleksi Ermenegildo Zegna x Fear of God mengetengahkan sentuhan klasik Pengarah Artistik Ermenegildo Zegna, Allesandro Sartori yang lebih besifat sartorial manakala Jerry Lorenzo pula membawa nafas streetwear dengan sofistikated dan lebih relaks dan essential.
Menerusi koleksi ini juga kita dapat menyaksikan gabungan rekaan daripada dua pengaruh kota fesyen berbeza iaitu Milan dan New York.
Keinginan menerapkan kolaborasi ini dicetuskan menerusi sentuhan artistik daripada Ermenegildo Zegna. Manakala ia direalisasikan bersama oleh antara nama terbesar dalam industri streetwear, Jerry Lorenzo.
Bagi anda yang berminat, koleksi eksklusif ini kini boleh didapati di butik Ermenegildo Zegna, Pavillion Kuala Lumpur.
Buat anda yang ingin mencari ite fesyen berjenama pada harga menarik pula boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak semua lelaki selesa dengan gaya botak kerana bagi lelaki, rambut masih lagi menjadi perkara penting. Dalam sedar tak sedar, rata-rata lelaki suka membuat empat tabiat ini. Ingat! Kalau tak kena gaya, boleh buat kepala anda cepat botak. Jadi sebelum rambut hilang sehelai demi sehelai, pastikan anda jaga-jaga dengan empat tabiat ini.
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang berlakunya masalah kebotakan yang melanda lelaki antaranya faktor hormon. Selain itu, cara menyikat rambut juga boleh menyebabkan rambut lelaki semakin menipis sehingga akhirnya botak.
Menerusi laman merdeka.com yang memetik laporan daripada pakar transplan rambut bernama William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutamanya bagi mereka yang miliki lapisan rambut sedikit atau nipis.
Oleh itu, pastikan anda jauhi empat tabiat ini.
1. Pakai topi ketat
Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada anda yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu. Namun tanpa anda sedar, pemakaian topi yang terlalu ketat dengan pemakaian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya tractionalopecia atau keguguran rambut secara berkala. Tabiat ini akan menyebabkan rambut kurang bernafas sehingga rambut jadi nipis dan akhirnya botak.
2. Jangan ikat rambut terlalu kuat
Memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah manbun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Apa yang salahnya apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut. Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk anda yang berambut panjang!
3. Elak ikat rambut tocang
Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya manbraid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki. Gaya french braid, cornrow, sideplaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy. Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti manbun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
4. Kurangkan produk dengan bahan kimia
Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan. Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik. Jadi berhati-hatilah menggunakan produk sebegini. Jangan kerana ingin mengikut trend, anda sanggup mengabaikan kesihatan rambut.
Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi pastikan anda tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan produk hair styling.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.