Buat anda yang suka membeli-belah terutamanya bila ke negeri Melaka, Freeport A’Famosa Outlet pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda.
Selain menawarkan pelbagai jenis pilihan pakaian, aksesori dan barangan dari jenama terkenal ia juga memberikan pengalaman membeli-belah yang cukup baik.
Terbaru, Freeport A’Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan COACH Airways yang pertama di dunia iaitu butik konsep di dalam sebuah pesawat Boeing 747 yang diubah suai.
Bermula dengan cita-cita dan impian yang tinggi, projek ini telah bermula pada April 2021 dan akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boeing 747.
Dengan panjangbadan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1960-an.
Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia. Perasmian pembukaan butik konsep ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh.
Jelasnya, pengenalan COACH Airways mempu menjadi tarikan baharu di Melaka dan secara tidak langsung membuktikan kesungguhan negeri dalam usaha meningaktkan produk sektor pelancongan.
“Perasmian ini sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024. Selain menjadi tempat membeli-belah, butik konsep ini juga melambangkan kemewahan dan prestij untuk semua rakyat Malaysia secara amnya dan penduduk Melaka secara khususnya,” tambahnya lagi.
Manakala bagi Pengarah Urusan Freeport A’Famosa Outlet pula berkata pihaknya sentiasa berusaha keras untuk mecipta pelbagai pengalaman baharu, keseronokan dan kemeriahan kepada pelanggan.
Pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan akan diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat bagi menciptakan pengalaman sebenar menaiki pesawat udara.
Pelanggan juga berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit untuk melihat koleksi barangan Coach yang sedia dipakai untuk semua golongan yang terdiri daripada koleksi beg, kasut dan aksesori.
Acara perasmian ini turut dihadiri Dato’ Dr. Ammar Bin Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan pengurusan Freeport A’Famosa Outlet atas pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai ‘First Retail Concept Store in An Airplane’, Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang.
Ia sekali gus menokok pelbagai penganugerahan yang diraih oleh negeri Melaka untuk menginspirasikan rakyat Melaysia agar terus cemerlang dalam pelbagai bidang sehingga melangkaui standard dunia.
Selain itu, Coach Airways juga telah menerima anugerah Pengalaman Peruncitan Yang Unik, ‘Unique Retail Experience’ 2023 daripada Persatuan Taman Tema & Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) pada awal bulan ini.
Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet kini bersedia untuk menawarkan pengalaman beli-belahyang unik dan bernilai tambah kepada pelanggan sambil dapat menarik asas pelanggan yang lebih luas dan seterusnya memacu jualan.
BACA: “Macam Tak Ada Akal!”, Penunggang Motosikal Lawan Arus Boleh Dipenjara Tidak Lebih 5 Tahun
Selain ruang butik, pesawat ini juga dilengkapi dengan ruang tetamu, galeri yang menakjubkan dan kafe kotemporari bagi memberi peluang pelanggan ruang untuk berehat dan menikmati hidangan ringan sambil menghayati keseronokan suasana pesawat yang telah siap diubah suai selain mencipta keunikan tersendiri.
Buat anda yang ke Melaka nanti bolehlah melawat COACH Airways yang serba eksklusif ini ya.
@maskulinmy Salah satu cara terbaik mengekalkan stamina dan kecergasan ialah melakukan ‘Full Body Workout’ menggunakan dumbbell. Jom ikuti senaman ini bersama @Alif Muhaimin #maskulin #majalahmaskulin #maskulinfitness #workout #malaysiagym #workoutmotivation Special thx @Under Armour ♬ original sound – Maskulin