Jenama yang dianggap sebagai di antara perintis fesyen denim terkemuka di dunia, Levi’s sentiasa hadir dengan pelbagai pendekatan serta inovasi bagi memberikan pengalaman menarik kepada pelanggangnya.
Terbaru, Levi’s melancarkan butik dengan konsep lebih mengujakan. Terletak di aras 3 Suria KLCC, butik dikenalid engan nama jolokan INDIGO menyerlahkan keunggulan, keaslian serta ketulenan jenama denim ini.
Menurut Pengurus Levi Strauss Malaysia & Singapura, Imran Butt, “Butik INDIGO in direka bagi meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah untuk peminat-peminat setia kami, termasuk penggemar fesyen golongan muda.
Dengan menampilkan daya tarikan Levis yang santai, butik berformat besar ini membolehkan kami mempamerkan himpunan produk gaya hidup yang lebih meluas di samping menghidupkan lagi kisah jenama kami! Ini nyata mencerminkan visi jenama bagi mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan sedia ada dan juga pelanggan berpotensi,”
Denga keluasan 203 meter persegi, ia menjadi butik pertama dengan konsep yang berkonsep baharu dan direka untuk menyampaikan visi global secara konsisten.
Selain itu, ia turut menggunakan teknologi terkini dengan sebaiknya menerusi kepelbagaian penyesuaian dan keupayaan omnichannel bagi menyediakan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan untuk pengguna. Keupayaan omnichannel menerusi sistem AOS ini menawarkan konsep endless-aisle untuk pelanggan mencari saiz dan padanan yang sesuai.
Pada ruangan masuknya, pameran pembukaan dalam bentuk skrin LED gergasi jelas terpapar. Suasana serba baharu bagi rekaan dalaman yang berkonsep terbuka, luas serta dipenuhi cahaya pastinya menarik perhatian serta-merta apabila memasuki butik ini.
Dengan kawasan membelek pakaian yang luas untuk diterokai, pelanggan berpeluang melihat lebih banyak koleksi terkini yang menarik – daripada padanan denim ikonik menggunakan fabrik mampan, lalu beralih kepada koleksi gaya hidup bukan-denim seperti Red Tab Sweats dan pakaian santai, hinggalah kepada himpunan premium Koleksi Vintaj Levi’s serta koleksi Levi’s Made & Crafted yang malar segar.
Sebagai bukti kepada dedikasi dan keghairahan untuk menyerlahkan ekspresi diri menerusi kreativiti, hasil pertukangan dan usaha mampan, Levi’s turut memperkenalkan Tailor Shop sepenuhnya (full-fledge) kepada semua peminat di Malaysia. Ruang jahitan dan pengubahsuaian ini menawarkan perkhidmatan unik dan diperibadikan yang dikendalikan oleh Tukang Jahit Utama (Master Tailor) Levi’s.
Dengan hadirnya ruangan ini sebagai nadi dalam cambahan pengalaman membeli-belah di Levi’s, pelanggan berpeluang memperibadikan pembelian baharu atau menghidupkan semula barangan vintaj dengan variasi pin, butang berwarna, tampalan dan reka bentuk sulaman untuk memberi nafas baharu kepada helaian Levi’s kegemaran mereka, sama ada yang baharu atau yang sudah lama digayakan.
Di ruangan seterusnya, pelanggan dapat melihat Bar Cetakan Digital pertama di Malaysia. Pilih daripada seleksi grafik eksklusif Levi’s untuk dicetak menjadi versi kemeja-T peribadi tersendiri, yang hadir dalam rona hitam, putih dan kelabu. Nantikan kemeja-T kanak-kanak, hoodie serta beg tote yang bakal ditawarkan di Bar Cetakan Digital ini.
Buat anda yang inginkan pengalaman melakukan customization denim atau pakaian Levi’s bolehlah mengunjungi outlet ini!
Jangan lupa untuk suibscirbe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!