BUSUKNYA BAU KAKI! APA CARA HILANGKANNYA?

Share

Siapa kata bau kaki itu perkara kecil? Kamu banyangkan jika orang lain buka kasut dihadapan kamu dan nah! Meloyakan! Tak lalu nak bernafas. Bau kaki juga melambangkan kesihatan tubuh seseorang itu. Jadi jika kaki kamu berbau busuk yang teramat, ini langkah untuk mencegahnya.

1, PILIHAN STOKIN YANG TEPAT

Seperti yang kita tahu, kaki berbau disebabkan peluh yang berlebihan di kaki. Jadi kami sarankan untuk sentiasa sarungkan stokin dan pastikan stokin itu dari nilon dan kapas. Nilon dan kapas membantu untuk memberi ruang dan menyerap peluh. Jika kamu benar-benar adal masalah kronik tentang peluh di kaki, lebih bagus jika kamu bawa stokin extra jadi boleh bertukar ganti jika kamu tidak rasa selesa.

2. RENDAMAN CUKA

Cuka bukan sahaja mampu membuang kulit mati di tapak kaki, malah ia juga membantu untuk menghilangkna bau kaki. Cara terbaik adalah dengan merendam kaki anda selama seminggu hingga ke dua minggu. Rendamkan kaki anda selama 30 minit. Pasti berkesan.

3. RENDAMAN AIR GARAM

Selain cuka, garam antara pilihan lain untuk menggantikan cuka. Tetapi, jika anda menggunakan garam, anda harus merendam kaki anda selama 20 minit. Seperti mana cuka, garam juga oleh menghilangkan kelembapan pada kaki khusunya tapak kaki.

4. SEMBURAN TEPUNG JAGUNG

Mungkin anda semua mengetahui tentang semburan disinfectant yang mampu membunuh bakteria. Namun, ada lagi cara lain untuk anda membunuh bakteria dengan menggunakan semburan tepung jagung. Selain menjimatkan kos, ia juga mampu untuk mengawal bau kaki dan meresap kelembapan kaki anda. Lebih berbaloi! Cara lain anda boleh taburkan tepung jagung pada bahagian dalam kasut.

5. AIR REBUSAN TEH

Asid dalam teh mengecilkan liang roma pada kaki dan sekali gus membantu untuk mengurangkan peluh. Selain itu ia juga membantu untuk bertindak sebagai antibiotik untuk membunuh bakteria.

Published by
webadmin