Nama Fathia dan Iqram terus menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.
Baru-baru ni, Hafiz Hamidun biarpun tidak menyebut nama Fathia, netizen mengandaikan nasihat Hafiz itu sebagai satu sindiran dan mendakwa tweet tersebut ditujukan kepada aktres itu berikutan tindakan yang dilakukan olehnya kepada Iqram.
Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya. Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.
Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.
Ads
Terbaru, penyanyi Hafiz Hamidun tampil memberikan komen mengenai isu tersebut secara umum menerusi laman Twitter . “Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.
Ads
“What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas?
Ads
“Akal kat mana? Nafsu kat mana?” tulis Hafiz.
Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Hafiz itu dan berpendapat mereka yang mengalami tekanan mental berkemungkinan akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya apatah lagi jika ada pihak yang seakan “memberi dorongan” kepada perkara negatif.
Ada pepatah mengatakan, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kalau hendak bergurau haruslah kena pada tempatnya dan jangan memperlekehkan masalah jiwa seseorang. Jika terjadi perkara yang buruk, penyelasan Fathia tidak ada gunanya lagi.
Sumber : Beautifulnara
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, jangan gosok mata anda yang tak gatal itu. Apa yang anda baca pada headline di atas memang bukan salah eja atau silap tulis.
Percaya atau tidak kini ada sebuah pasukan e-sport Mobile Legends yang aktif menggunakan nama Team Bosskurr.
Lebih menarik, team yang bersaing ecara aktif dalam Mobile Legends ini turut ditaja oleh sebuah syarikat e-dagang terkenal di Malaysia iaitu Shopee.
Dengan penajaan ini pasukam tersebut secara rasmi dikenali dengan nama baru iaitu Shopee Bosskurr. Seperti mana yang anda tahu istilah ‘Bosskurr’ telah tular sejak tahun lalu gara-gara ia turut digunakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razal di laman media sosial.
Malah istilah lebih kurang sama itu turut digunakan oleh pelumba MotoGp negara, Hafiz Syahrin yang mempatenkan cap dagang perkataan BO55KU.
Untuk pasukan e-sport ini pula mereka terlebih dahulu dikenali dengan nama Team Saiyan. Mereka sebenarnya bukanlah nama baru dalam industri e-sport malah cukup popular di kalangan peminat tempatan.
Pasukan ini dianggotai seramai 6 orang ahli iaitu Faris Zakaria, Abdul Wandi, Andi Alfian, Herwin Baharuddin, Sofian Sultan dan Ahmad Fuad Razali.
Pihak Shopee turut mengumumkan mereka akan mengadakan beberapa pertandingan Mobile Legends berbentuk mini pada masa akan datang.
Bersempena penajaan Shopee kepada pasukan ini, Shopee turut menawarkan barangan eksklusif Shopee Bosskurr menerusi platform mereka seperti jersi dan kabel Bosskurr Gaming.
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Team Shopee Bosskurr!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024, mulai jam 10.00 pagi. Bagi para pelajar yang menantikan keputusan ini, terdapat beberapa cara mudah untuk menyemak keputusan tanpa perlu hadir ke sekolah.
Menerusi hebahan di media sosial, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan beberapa kaedah menyemak keputusan SPM melalui atas talian, Sistem Pesanan Ringkas (SMS), serta langkah-langkah yang boleh diambil jika tiada capaian internet.
Melalui Atas Talian
Cara paling mudah dan cepat untuk menyemak keputusan SPM adalah melalui atas talian. Anda boleh mengakses laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan myresultspm.moe.gov.my. Langkah-langkah untuk menyemak keputusan adalah seperti berikut:
Layari laman web myresultspm.moe.gov.my menggunakan pelayar internet di komputer atau telefon pintar anda.
Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan.
Klik butang “Semak” atau “Check” untuk mendapatkan keputusan anda.
Dengan menggunakan kaedah ini, anda dapat melihat keputusan SPM anda dengan cepat tanpa perlu beratur di sekolah.
Pautan ini hanya boleh digunakan pada tarikh pengumuman keputusan SPM bermula 10 pagi dan akan ditutup pada jam 6 petang 2 Jun 2024.
Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet, keputusan SPM juga boleh disemak melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Berikut adalah cara untuk menyemak keputusan melalui SMS:
Taipkan SPM <jarak> nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran.
Hantarkan mesej tersebut ke nombor 15888.
Contohnya, jika nombor kad pengenalan anda adalah 990101011234 dan angka giliran anda adalah ABC1234, maka anda perlu taip: SPM 990101011234 ABC1234 dan hantar ke 15888. Anda akan menerima mesej balasan yang mengandungi keputusan SPM anda.
Hadir Ke PPD, JPN, Sekolah Berdekatan
Jika anda tidak mempunyai capaian internet atau tidak dapat menggunakan SMS, terdapat beberapa alternatif lain yang boleh diambil:
Hadir ke Sekolah Berdekatan: Anda boleh pergi ke mana-mana sekolah berdekatan untuk mendapatkan bantuan dalam menyemak keputusan SPM anda.
Hadir ke Cawangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD): Jika sekolah berdekatan tidak dapat membantu, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Hadir ke Cawangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN): Selain itu, cawangan Jabatan Pendidikan Negeri juga boleh membantu anda menyemak keputusan SPM anda.
Dengan menggunakan salah satu daripada alternatif ini, anda boleh mengakses laman web myresultspm.moe.gov.my dengan bantuan pihak sekolah, PPD, atau JPN untuk menyemak keputusan SPM anda.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyemak keputusan SPM tanpa perlu hadir ke sekolah. Sama ada melalui atas talian, SMS, atau dengan bantuan pihak sekolah dan jabatan pendidikan, setiap pelajar mempunyai akses yang mudah dan cepat untuk mengetahui keputusan mereka.
Semoga anda berjaya dengan cemerlang dalam keputusan SPM mereka dan dapat melangkah ke tahap seterusnya dalam pendidikan dengan yakin.
Walaupun sudah berusaha, tapi usaha yang dilakukan itu tidak mencukupi atau belum sempurna. Kita telah berusaha untuk mencari jodoh, tetapi, kita telah berhenti dalam usaha yang ke 99. Mungkin Allah ingin memberikan kita jodoh dalam usaha kita yang ke 100. Maksudnya di sini, kita perlu sentiasa berusaha dalam memperoleh jodoh yang dicari, dan perlu terus berusaha kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dengan berdoa dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
BELUM BENAR-BENAR BERSEDIA
Walaupun pasangan sudah ada di depan mata, tapi mereka pula belum benar-benar bersedia. Bagi mereka yang masih keliru tentang apakah yang dimaksudkan dengan benar-benar bersedia? Benar-benar bersedia di sini bermaksud, anda sudah yakin pada diri sendiri bahawa anda sudah bersedia untuk menjadi isteri atau suami kepada pasangan anda. Satu contoh yang paling mudah apabila mereka yang sudah berkahwin, masih belum dikurniakan dengan cahaya mata, lantas mereka bersetuju untuk mengambil anak angkat, setelah mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mereka pula dikurniakan pula dengan cahaya mata. Ini adalah kerana, masing-masing sudah bersedia untuk menjadi ibu dan bapa, dan mereka telah bersedia untuk dikurniakan anak.
TIADA DAYA PENARIK
Diri kita adalah ibarat besi berani, atau magnet kepada pasangan kita mahupun orang lain. Cara untuk meningkatkan “power” magnet ini ialah dengan mengisi cas-cas positif iaitu tidak mempunyai perasaan hasad dengki atau marah kepada orang lain, sabar dan amalkan perkara-perkara mahmudah. Banyakkan beristighfar, kerana dengan mengamalkan istighfar, ianya dapat mencuci segala karat dalam hati. Sedangkan Baginda Nabi Muhammad SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. Inikan pula kita umat manusia yang sentiasa buat dosa, amalkan amalan ini, insha Allah orang yang nak datang meminang itu Allah mudahkan hatinya untuk hadir dalam hidup kita.
DOA YANG TIDAK MAKBUL
Sesungguhnya hanya Allah SWT yang berkuasa untuk memakbulkan doa hamba-hambaNya pada bila-bila masa sahaja. Antara salah satu faktor doa masih belum dimakbulkan adalah kerana kita masih berterusan melakukan dosa, rezeki belum berkat, zakat belum ditunaikan, dan masih mempunyai dendam terhadap orang lain. Oleh itu, ayuh bersihkan hati dan amalan agar Allah menyegerakan permintaan kita untuk dipertemukan jodoh.
TIDAK MENDAPAT RESTU DARI IBU BAPA
Ibu bapa masih belum bersedia untuk melepaskan anak mereka. Tanya pada mak terlebih dahulu, “adakah mak benar-benar redha saya nak berumahtangga?” Ini kerana, ada sesetengah mak yang masih belum bersedia melepaskan anak sulungnya mahupun anak bongsunya. Emak mana yang tidak mahu melihat anaknya berkahwin, tetapi, dalam hati masih tidak benar-benar mahu melepaskan anaknya. Ianya merupakan salah satu masalah besar juga. Namun, jangan kerana sebab ini, anda sudah hilang kehormatan pada orang tua anda sendiri. Ingat tu!
Gambar sekadar hiasan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.