Kumpulan sensasi punk rock Malaysia, Bunkface, bersedia untuk memukau penonton sekali lagi dengan penerbitan single terbaru mereka, “Hilang”, yang telah dilancarkan pada 9 Februari 2024. Lagu tersebut akan tersedia di semua platform streaming digital utama.
Setelah kejayaan lagu-lagu hit terdahulu mereka, Bunkface kembali dengan “Hilang”, single keempat dari album terbaru mereka yang dinantikan dengan penuh kerinduan, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun ini. Dengan vokal yang kuat dan instrumen yang dinamik, “Hilang” berjanji untuk menjadi tambahan yang menarik dalam repertoar Bunkface.
“Tanpa Allah Pasti Hilang Arah Tuju Kehidupan”
Kredit komposisi untuk “Hilang” adalah milik Sam, Youk, Paan, Biak, Epul, dan Ajam, dengan Sam mengambil alih penerbitan lirik. “Tanpa Allah pasti hilang arah tuju kehidupan” ujar Sam mengenai pesanan disebalik lirik lagu yang boleh dikatakan berunsur ketuhanan.
Ads
Dikeluarkan di bawah bendera Bunkface Production Sdn Bhd, single ini menandakan satu lagi capaian penting dalam kerjaya gemilang kumpulan ini.
Ads
Peminat boleh menjangka keghairahan dan semangat yang menjadi ciri khas Bunkface dalam muzik mereka, apabila “Hilang” membawa pendengar dalam perjalanan melalui emosi yang tulen dan melodi yang memukau.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, ikuti Bunkface di platform media sosial.
Hukum lelaki pakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk. Cincin bukan sekadar hiasan di jari, tetapi ia juga melambangkan status, gaya, dan keperibadian seseorang. Walaupun ramai menganggap aksesori ini lebih sinonim dengan wanita, hakikatnya lelaki juga boleh memakai cincin sebagai pelengkap gaya.
Hukum Lelaki Pakai Cincin Di Jari Tengah Dan Jari Telunjuk
Dibolehkan bagi lelaki untuk memakai cincin yang diperbuat daripada perak bahkan di dalam mazhab al-Syafi’e ianya disunatkan. Begitu juga dibolehkan untuk lelaki memakai cincin daripada batu permata, zamrud, zabarjad dan `aqiq.
Bagaimanapun memakai cincin emas bagi lelaki adalah haram dan ini berdasarkan hadis Nabi SAW.
Daripada Abu Hurairah RA:
أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas. (Riwayat Muslim)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa telah berijma` sekalian muslim akan keharusan perempuan untuk memaikai cincin emas dan telah berijma` juga akan pengharaman buat lelaki bagi memakai cincin emas.
Di dalam sebuah hadis riwayat Muslim, `Ali bin Abi Talib RA telah berkata:
نَهَانِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَتَخَتَّمَ فِي إِصْبَعِي هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِيهَا
Maksudnya: Rasulullah SAW menegahku dari memakai cincin pada jari ini dan ini (sambil menunjukkan kepada jari tengah dan selepasnya iaitu jari telunjuk. (Riwayat Muslim)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa telah ijma` sekalian muslimin akan sunnah memakai cincin pada jari kelinking bagi lelaki dan bagi wanita pula, boleh dikenakan pada mana-mana sahaja dari jarinya.
Adapun tegahan Nabi SAW pada hadis di atas membawa hukum makruh tanzih dan dibolehkan untuk mengenakan cincin pada tangan kanan ataupun kiri kerana pada keduanya itu terdapat hadis yang sahih.
Begitu juga di sisi mazhab Hanbali, makruh hukumnya memakai cincin di jari tengah dan juga jari telunjuk berdasarkan tegahan Nabi SAW melalui hadis di atas. Adapun yang zahir dari mazhab Hanbali, tidak dimakruhkan untuk memakai cincin pada ibu jari dan juga jari manis. Ini seperti mana yang disebutkan di dalam kitab Kashaf al-Qina` dan Matalib Uli al-Nuha.
Kesimpulannya hukum lelaki memakai cincin pada jari tengah (hantu) dan juga telunjuk adalah makruh tanzih dan yang sunnahnya adalah dengan memakai pada jari kelinking dan menurut mazhab Syafi’e tidak kisah sama ada memakainya pada tangan kiri ataupun kanan.
Sebaiknya pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk harus dielakkan dan bagi lelaki di luar sana yang ingin memakai cincin, maka bolehlah memakainya pada jari kelinking ataupun jari manis.
Jika ditanyakan bagaimana caranya Nabi SAW memakai cincinnya? Maka jawapannya seperti mana di dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik RA, beliau menyebutkan:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فِى هَذِهِ. وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya: Adalah Nabi SAW memakai cincin pada jari ini (sambil menunjukkan ke arah jari kelinking pada tangan kirinya) (Riwayat Muslim)
Kisah cinta antara penyanyi seksi Selena Gomez dan The Weeknd bukan lagi rahsia. Kerap kali dilihat keluar bersama, kali ini Selena tampil seksi dengan dress hitam see-through apabila keluar malam bersama kekasihnya itu.
Selena dilihat berpegang tangan sambil menuju ke destinasi mereka, Carbone di New York City dengan pakaian yang menampakkan sosok tubuhnya. Pun begitu, The Weeknd kelihatan bersahaja dan mesra bersama buah hatinya. Pasangan itu menghabiskan masa selama 6 bulan menikmati saat romantis sambil menjamu selera hidangan mewah di area yang lebih privasi dalam restoran itu.
Menurut sumber dari E!, mereka kelihatan seperti pasangan normal yang keluar bersama. Selena juga turut bersama menonton konsert The Weeknd di Barclays Center.
“Saya memang suka bersama si dia tidak kira di mana supaya dia sentiasa merasa kehadiran saya,” kata Selena.
Selena dan kekasihnya The Weeknd (Abel Tesfaye nama sebenar) dilihat pertama kali bersama pada bulan Januari. Ini adalah hubungan serius Selena dan The Weeknd selepas berpisah dengan Justin Bieber dan Bella Hadid.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidur adalah sebahagian perkara penting dalam kehidupan setiap orang. Lagipun, manusia menghabiskan masa hampir sepertiga untuk tidur. Namun, kaki sejuk boleh menyebabkan waktu tidur malam anda terganggu.
Apabila kaki sejuk, ia akan menyekat saluran darah dan menyebabkan peredaran darah berkurang. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, pemanasan kaki sebelum tidur membantu otak anda memberi isyarat waktu tidur dengan jelas.
Kebanyakan orang mungkin mengalami kesukaran untuk tidur dari semasa ke semasa. Satu helah yang mereka tidak pernah cuba adalah tidur dengan memakai stokin.
Stokin membantu anda tidur
Memakai stokin semasa tidur mungkin kelihatan menyebabkan kekeringan kaki. Tetapi pada hakikatnya, rutin ini boleh membantu mengawal suhu dalaman tubuh.
Kajian 2007 melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin normal atau panas akan tidur lebih cepat.
Ini kerana suhu badan teras seseorang jatuh pada waktu malam. Ia mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tetapi ini berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Tidur dan suhu badan
Suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.
Suhu badan secara beransur-ansur meningkat pada siang hari, memuncak pada waktu petang ketika orang merasa terjaga dan berwaspada. Kemudiannya menurun pada waktu malam, menyebabkan seseorang berasa mengantuk.
Apabila seseorang mula tidur, suhu badan akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.
Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ini boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 ° F.
Manfaat lain tidur memakai stokin
Selain membantu mengekalkan suhu badan, memakai stokin pada waktu malam juga mempunyai faedah tambahan:
Mencegah rasa panas: Sesetengah wanita memakai stokin untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
Merawat tumit retak: Memakai stokin selepas menyapu pelembap membantu menjaga tumit daripada kering.
Meningkatkan potensi orgasma: Menurut BBC, para penyelidik secara tidak sengaja mendapati bahawa memakai stokin meningkatkan keupayaan mencapai orgasma sebanyak 30 peratus.
Mengurangkan peluang serangan Raynaud: Penyakit Raynaud adalah apabila bahagian-bahagian kulit yang terjejas, biasanya kaki dan jari, kehilangan sirkulasi dan mula berdenyut atau membengkak. Memakai stokin pada waktu malam dapat membantu mencegah serangan dengan menjaga kaki hangat dan peredaran darah.