Bulan Ramadhan Jadi Saksi Insan Terpilih Ini Peluk Islam & Lafazkan Syahadah Depan DS Dr Zulkifli!

Share

Bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW apabila seorang lelaki dari Penampang, Sabah telah diberi hidayah untuk memeluk Islam dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berita gembira bagi seluruh umat Islam ini telah dikongsikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman Facebooknya.

Paling menggembirakan lelaki berusia 27 tahun bernama Jackie Jamior Jepol atau nama Islamnya Afiq Iman ini apabila dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat beliau di Putrajaya sebentar tadi.

Turut hadir dalam majlis yang sama ialah wakil dari Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan JAWI.

Difahamkan, bapa saudara Afiq Iman telah berjumpa dengan SUSK YB Menteri Dr. Khairuddin, Ust Radhi dan berpeluang bertemu dengan Dr. Zulkifli serta mengucapkan kalimah syahadah.

Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan agar Afiq Iman istiqamah dalam mendalami agama Islam seterusnya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Sumber: FB Ust Dr. Khairuddin at-Takiri

Published by
RY