Bagi komuniti aktiviti kecergasan seperti berbasikal dan juga larian nama selebriti ALif Satar pastinya sudah tidak asing lagi.
Penyanyi dan juga pelakon yang baru-baru ini tampil menerusi filem ‘Pulau’ juga dikenali sebagai di antara selebriti yang berjaya menamatkan perlumbaan ekstrem Iron Man suatu ketika dahulu.
Selain bidang seni, Alif Satar juga cukup dikagumi ramai kerana penglibatannya dalam dunia perniagaan menerusi jenamanya, Iktikaf Alif dan juga perniagaan makanan seperti Alif Satay.
Malah baru-baru ini, Alif Satar bersama Al-Ikhsan telah berkolaborasi memperkenalkan koleksi baju Melayu eksklusif sempena kemunculan Syawal pada tahun ini.
Sebagai seorang selebriti yang sinonim dengan dunia kecergasan pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rutin senaman dan pemakanan yang diamalkan oleh Alif Star sepanjang bulan Ramadan. Baru-baru ini MASKULIN sempat menemubualnya untuk bertanyakan tentang perkara ini.
Jelas Alif, rutin bulan Ramadan yang dilakukannya tidak banyak berubah dengan orang lain. Jelasnya, jika dalam misi untuk turunkan berat badan pada bulan puasa lakukanlah sedikit senaman kira-kira setengah jam sebelum berbuka puasa.
“Kalau nak turun berat badan biasa saya akan buat workout light kardio. Lepas tu bila berbuka makan sedikit makanan karbohidrat dan juga ambil protein secukupnya. Tapi jangan hari-hari pula buat macam ini. Aturlah sebaiknya,” jelas pelantun suara lagu ‘Lelaki Seperti Aku’.
Manakala dari segi aktiviti kecergasan yang lain Alif tetap melakukannya pada bulan puasa. “Biasa bila selesai solat Terawih saya akan kayuh basikal.
Mungkin dalam seminggu dua atau tiga kali. Komuniti berbasikal di Lembah Klang ini memang aktif ya pada bulan puasa. Jangan ingat bulan puasa mereka tak kayuh. Malam minggu ramai yang kayuh naik sampai Genting,” tambahnya.
Selain aktiviti berbasikal ALif Satar juga berkongsi sebelum ini dia mula melakukan aktiviti berkuda. Tambahnya, stigma mengatakan aktiviti berkuda itu adalah mahal tidak benar. Ia sekarang jauh lebih berpatutan dan siapa pun boleh buat.
Ads
“Naik kuda boleh rasa penat ya. Bila kuda semakin laju heart rate kita pun akan naik sam seperti kuda. Satu aktiviti yang cukup menyihatkan tubuh badan. Tapi pada bulan puasa seperti sekarang saya jaranglah buat aktiviti berkuda”.
Dari segi pemakanan pula Alif berkongsi dia tak pernah ada pantang makan apa-apa jenis makanan kecuali pulut kerana ada masalah alergi.
“Pada bulan puasa macam sekarang kena banyak minum air. Air kena cukup dan juga bila berbuka makanlah makanan yang menyihatkan. Bila usia semakin meningkat adalah masalah alergi macam saya ni,” katanya ketawa sinis.
Ads
Jika tidak berbasikal dia akan melakukan aktiviti kecergasan seperti berlari atau pun berenang.
Namun dia tidak gemar untuk bermain bola sepak kerana baginya ia boleh mudah terdedah kepada kecederaan terutamanya pada bahagian lutut.
Semoga tip kecergasan yang diamalkan oleh Alif Satar boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk anda juga terus amalkan gaya hidup cergas walaupun di bulan puasa.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok serta Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Sebagai seseorang yang aktif dengan aktiviti kerjaya dan bersukan, Alif Satar turut mengekalkan kecergasan dirinya sepanjang bulan Ramadan. Ikuti tip & perkongsian Alif Satar bagaimana dia kekal cergas di bulan puasa. #maskulin#majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sudah sampai masa untuk negara menumpukan kepada pembangunan sukan yang dilihat mampu menyerlah seperti Muay Thai dengan mengeluarkan bajet besar dan memberi fokus kepada pembangunan sukan tersebut, tambahnya.
“Mungkin sebelum ini atlet muda kita tidak mendapat peluang untuk beraksi dalam kejohanan berprestij iaitu ONE Championship, namun apabila peluang itu muncul mereka membuktikan anak Malaysia mampu cemerlang dalam sukan Muay Thai.
“Ini era baharu arena Muay Thai negara dan terbukti rakyat Malaysia mampu mencipta nama di kejohanan besar cumanya kebanyakan yang mempunyai bakat belum ada peluang untuk menyinar dalam peringkat antarabangsa,” kata Bernard.
‘Magic Boy’ Tumpaskan Atlet Thailand Dalam Penampilan Sulung
Rifdean, 21, berjaya menumbangkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai dalam tempoh 78 saat menerusi Technical Knockout (TKO) dalam penampilan sulungnya di ONE Championship
Diberi nama jolokan ‘Magic Boy’, atlet Muay Thai kelahiran Sarawak yang mewakili kelab Sor Sommai membawa pulang bonus 350,000 baht (RM45,700) berikutan kemenangan dikecapinya di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Sabtu lalu.
Sementara itu Bernard berkata, pihaknya berharap pembabitan lebih banyak penyumbang dan penaja termasuk syarikat korporat dalam usaha untuk memajukan sukan itu.
“Rifdean telah mempamerkan kemahiran dan keazaman tinggi dalam penampilan sulungnya dan itulah yang saya nampak pada beliau sejak mula berlatih tujuh tahun lalu.
“Hanya mereka yang terlibat dalam sukan ini akan memahami betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap tertinggi dan beliau (Rifdean) telah membuktikannya,” katanya.
Lebih membanggakan, lebih banyak kelab Muay Thai berpangkalan di Thailand kini sedang mencari bakat baharu tempatan selepas mengetahui banyak atlet Thailand tumbang awal disebabkan penangan wakil negara.
Sejak remaja lagi, Rifdean berjaya menempa nama di pentas antarabangsa dan menjadi juara dunia bawah 23 tahun sebanyak tiga kali berturut-turut bermula daripada edisi 2021 di Thailand diikuti 2022 di Emiriah Arab Bersatu dan 2023 di Thailand.
Bagi peminat bola sepak global terutamanya Liga Perdana Inggeris nama pemain muda kelab Manchester City, Eling Haaland kini kerap bermain di bibir mereka.
Apa penampilan pertamanya di dalam liga paling kompetitif di Eropah menyaksikan dia telah menjaringkan sebanyak 15 gol dalam 9 perlawanan setakat ini!
Ia satu angka yang cukup luar biasa dan ramai pihak kelihatan cukup terkejut prestasi ditunjukkan anak muda dari Norway ini mampu hingga ke tahap ini. Malahs dalam 9 perlawanan tersebut dia telah mencatatkan tiga hatrik.
Prestasi yang ditunjukkan oleh pemain tinggi lampai ini tidaklah datang dengan mudah. Selain melakukan rutin senaman yang cukup intensif, Haaland juga mengikuti diet yang cukup ekstrem.
Memetik kenyataannya dari dokumentari berjudul ‘Haaland: The Big Decision’, Haaland berkongsi beberapa jenis diet ekstremnya. Apabila ditanya tentang apakah jenis daging yang diambil, Haaland menjelaskan dia cukup spesifik.
“Anda semua mungkin tidak makannya tapi bagi saya ia penting untuk menjaga kesihatan badan. Saya berpendapat mengambil makanan berkualiti dari sumber tempatan sangat penting. Daging seperti hati dan jantung lembu contohnya termasuk dalam diet saya,” jelasnya.
Haaland turut berkongsi dia bagaimana dia meminum air yang ditapis dari sistem penapisan kompleks digunakannya. Selain menekankan kepentingan cahaya matahari untuk ketajaman mata.
Jelasnya, dia cukup peka dan mengambil berat tentang circadian rhythm, di mana proses dalaman yang menjaga corak masa tidur dan rehat.
“Perkara pertama saya lakukan pada waktu pagi ialah mendapatkan cahaya matahari untuk mata. Ia baik untuk menjaga circadian rhythm.
Makanan kegemarannya pula ialah lasagne yang dimasak oleh bapanya, Alf-Inge. Jumlah kalori yang diambilnya secara harian pula ialah sebanyak 6000 kalori.
Jadi tidak hairanlah mengapa prestasi yang ditonjolkan oleh Haaland sehingga kini cukup luar biasa! MASKULIN menjangkakan pemain muda Manchester City mampu menjaringkan lebih 30 gol liga untuk meusim ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon terkenal Hollywood, Mark Ruffalo menyeru pemimpin dunia terutamanya Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk segera menuntut gencatan senjata di Gaza.
Memetik klip video dikongsikan Middle East Eye, dia yang terkenal dengan watak Hulk di dalam siri filem Avengers itu berkata demikian ketika anugerah tahunan Directors Guild of America (DGA) ke-76 di Beverly Hilton, AS.
Kata Mark, ramai sudah maklum yang pengeboman di Gaza jelas tidak berkesan demi mencapai keamanan.
“Apa salahnya beri peluang kepada gencatan senjata?” tambahnya.
“Terdapat jutaan pelarian di sempadan Rafah sekarang yang sedang melihat satu lagi lonjakan pengeboman, dan terdapat 400,000 orang mati kelaparan sekarang tanpa sebarang bantuan kemanusiaan dapat masuk ke sana.
Baginya, pengeboman berterusan lambat laun akan mencetuskan perang serantau yang akan mengheret AS untuk terlibat.
“Oleh itu, kami meminta kepada para pemimpin dunia, terutamanya Presiden Biden, untuk menuntut gencatan senjata, gencatan senjata yang berkekalan, dan memberi peluang keamanan dan bukannya hanya pengeboman berterusan, peningkatan keganasan dan apa yang tidak lama lagi akan menjadi perang serantau yang mana Amerika akan diheret masuk”.
Foto: Tangkap layar video oleh Middle East Eye.
Memakai Pin Tanda Solidariti
Memetik laporan Hindustan Times, Mark merupakan antara selebriti yang hadir ke anugerah tersebut memakai pin bersolidariti menuntut gencatan senjata berkekalan di Gaza.
“Ini adalah bunga lili damai, dan ini adalah lambang untuk artis, untuk gencatan senjata, yang menyeru gencatan senjata secara kekal di Gaza,” jelasnya sambil menunjuk pada pin di bahagian lapel tuksedonya.