Bulan Puasa Bukan Alasan Jadi Kurus Kering, Tetapi Masa Untuk Lebih Sihat Dan Sado

Ramai antara golongan lelaki yang kurus cukup teringin untuk memiliki badan yang tegap dan berisi seperti Aaron Aziz tetapi ramai antara mereka berasa seolah-olah tiada harapan untuk mereka kerana berat badan mereka terlalu kurang. Ramai yang sedang mencari kaedah bina badan untuk orang kurus yang dikatakan selamat dan berkesan.

Untuk bermula bina badan terutamanya bagi orang kurus seperti anda, anda boleh mula mengambil makanan tambahan protein iaitu whey yang menurut kajian, didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk anda.

Ikuti langkah-langkah senaman ini untuk membantu orang kurus seperti anda membina badan:

Bulan Puasa Bukan Alasan Jadi Kurus Kering, Tetapi Masa Untuk Lebih Sihat Dan Sado

Ads

Teknik senaman barbell dan ­dumbbell

  1. Berbaring dalam keadaan posisi yang selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
  2. Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh jika melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
  3. Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada anda.
  4. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
  5. Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan seandainya anda ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, boleh dilakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.

Bulan Puasa Bukan Alasan Jadi Kurus Kering, Tetapi Masa Untuk Lebih Sihat Dan Sado

Ads

Mesin chest fly

  1. Duduk dalam keadaan posisi yang selesa.
  2. Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
  3. Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan bahawa keadaan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
  4. Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
  5. Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin untuk membentuk kelebaran dada.

Bulan Puasa Bukan Alasan Jadi Kurus Kering, Tetapi Masa Untuk Lebih Sihat Dan Sado

Mesin incline bench press

  1. Berfungsi untuk membantu anda mendapatkan ketebalan dada terutamanya bahagian atas.
  2. Lakukan langkah sama seperti bagaimana anda mengangkat barbell dan dumbbell tadi.

Semoga dengan latihan senaman ini nanti dapat membantu anda untuk berjaya mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan di samping untuk menyelesaikan masalah bina badan untuk orang yang kurus seperti anda. Semoga berjaya dan kongsikan jika anda mendapatinya bermanfaat untuk anda dan orang sekeliling.

Ads

 

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI