Buku Tiga Lima Kini Dalam Bentuk Aplikasi. Mudah Lah Lepas Ni Nak Kutip Hutang

Share

Siapa masih ingat lagi dengan buku hutang tiga lima atau 555? Anda pasti terbuasa dengan ibu dan ayah anda yang seringkali menggunakan buku ini untuk mencatit hutang atau sesiapa yang berhutang dengan mereka.

Untuk pengetahuan anda, buku tiga lima sekarang ni dah ada dalam bentuk aplikasi! Sama seperti bentuk buku terdahulu,, Buku 555 adalah aplikasi yang mudah dan tanpa had dengan ciri-ciri yang cukup untuk membantu anda menyimpan rekod hutang yang belum dibayar.

 

Terdapat juga pilihan untuk beralih dari BM ke Bahasa Inggeris. Rasa sernok pulak bila mengimbau zaman dulu-dulu kan? Untuk menambah entri, anda hanya perlu klik  butang dan mengisinya.

“Halaman” direka untuk kelihatan persis sepertii Buku Tiga Lima. Jadi tak rasa lari sangat dari yang asal. Setiap hutang juga mempunyai tamat tempoh dengan tarikh kemasukan untuk memudahkan anda melihat kembali.

 

Jangan risau, tak ada sesiapa boleh tahu tentang hutang anda ataupun hutang orang terhadap anda. Anda boleh kunci aplikasi tersebut seperti aplikasi yang lain sebagai langkah keselamatan. Download Aplikasi ini di App store atau Google Store.

*Sumber: Says.com

Published by
Maiya Deen