Berikut adalah tanda-tanda seorang lelaki serius dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita:
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.
6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
Ads
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
Ads
11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
Ads
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.43 pagi.
Perkara itu dimaklumkan keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan kepada Buletin TV3.
Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Setiap kali ke gim, ada lihat kiri kanan. Semua orang berbadan cantik. Berotot sana sini walaupun ada di kalangan mereka baru sahaja berlatih di gim. Mungkin anda berasa kecewa kerana sudah lama membina otot tetapi masih di tahap yang sama. Tiada perubahan bentuk badan yang ketara. Adakah anda tahu puncanya?
Program Latihan
Anda memerlukan perancangan teliti dengan mempunyai program latihan teratur dan terperinci. Program yang dibuat perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau berapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan dilakukan dan tempoh masa latihan, sama ada pagi atau petang.
Tidak catatkan perkembangan
Anda juga perlu catatkan perkembangan setiap kali berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat ( load ) yang diangkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ia tidak berguna sekarang, tapi ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.
Latihan tidak berasas
Anda perlu kukuhkan latihan dengan mengetahui tujuan latihan, sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Adakah anda yakin latihan yang dilakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan?. Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang dilakukan.
Terlalu kerap latihan kardio
Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ia membantu menguatkan otot pada jantung ( cardiac muscle). Melakukannya seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan di gim dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.
Tidur tidak cukup
Adakah anda tahu bahawa 90 peratus tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur?. Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak cukup?. Tumbesaran anda akan terbantut dan otot sukar untuk membesar ke tahap yang optimal. Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gim.
Diet tidak sesuai
Matlamat anda untuk membina otot. Jadi, anda perlukan protein yang cukup. Bukan makan salad dengan banyak, melainkan anda ingin mengurangkan berat badan. Cuba dapatkan daging di pasar raya yang segar berbanding makan di restoran makanan segera. Ingat, anda ialah apa yang anda makan.
Anda menipu dalam latihan
Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah penat semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan fuel. Jadi, anda perlukan sokongan untuk membantu supaya dapat berlatih lebih daripada kebolehan anda ( beyond your ability) . Sekiranya masih di tampuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban dan pengulangan yang sama saja. Anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Sebab itu anda perlukan sokongan dan tenaga ( preworkout drink/bar) sebelum berlatih.
Ada juga yang tidak habiskan pengulangan ( repetition) kerana takut untuk berasa penat dan sakit ( burned) semasa latihan. Sebenarnya apa yang anda rasa sukar semasa bersenam, itu yang akan mengubah tubuh badan anda menjadi lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda nak tegur kawan, tapi takut kawan tu terasa hati atau tak nak kawan dengan anda terus? Mesti pernah kan? Sebagai contoh, badan kawan anda berbau busuk, dan anda sejenis tak tahan dengan bau busuk. Nak tegur, takut terasa hati, tak tegur, kita pun tak tahan. Mungkin anda boleh cuba tips kami ni:
1) Jangan tangguh
Bila anda ada sesuatu dalam fikiran yang anda nak bagitahu rakan anda itu, terus cakap. Tangguh boleh menyebabkan anda banyak berfikir, dan bila banyak berfikir, anda tidak akan beritahu mereka. Jangan takut dengan apa yang akan berlaku selepas anda beritahu, kalau kena caranya, rakan andapasti tak akan mengamuk.
2) Jangan meleret
Mukadimah anda tu, kurangkan sikit. Dah lah anda bercakap tanpa berfikir panjang, jika anda leretkan teguran anda, rakan anda akan rasa tidak selesa. Manusia ni tak boleh menerima informasi yang banyak, tambahan pula berita buruk.
3) Tengok mood dia
Nak beritahu kena masanya, jika rakan anda seorang wanita, sepanjang tempoh period bukanlah masa yang sesuai. Anda pun tahu kan wanita ni ada mood swing, kalau boleh elak ye.
4) Feedbak kurang baik
Ok, jika anda beritahu rakan anda, bahawa dia seorang yang pengotor, dan feedback dia kurang baik, maka hentikan teguran itu. Ini kerana rakan anda tidak boleh terima hakikat bahawa dirinya kurang baik. Dalam pada masa yang sama, rakan anda tersinggung dengan teguran anda. Ini normal, apa yang anda boleh buat adalah cuba lagi pada masa akan datang. Mungkin anda belum cukup rapat sehinggakan anda dibenarkan untuk menegur mereka. Ini akan ambil masa, tapi jika anda tidak putus menegur dengan cara yang betul, maka satu hari rakan anda akan berubah, percayalah.
5) Tanya balik diri anda, penting ke teguran ni?
Apa kepentingkan dalam anda menegur rakan anda? Adakah dengan teguran ini, rakan anda akan menjadi lebih baik? Atau lebih buruk? Atau, ini hanya untuk kepentingan diri anda sahaja bukan untuk orang sekeliling rakan anda itu? Jika anda tidak tahu sebab disebalik teguran yang bakal anda lontarkan itu, maka lebih baik anda berdiam diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.