Sukan

“Bukan Silap Percaturan, Mungkin Tiada Rezeki” – Faidzal WYB Selepas Tersingkir Pada EP3

Share

Episod ketiga ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ mencetuskan detik yang cukup mencabar buat semua peserta.

Buat pertama kalinya dalam sejarah program ini, berlaku penyingkiran dramatik yang menyaksikan dua peserta daripada satu pasukan, Faidzal dan Kelvin, terpaksa meninggalkan persaingan setelah tewas dalam cabaran penyingkiran yang mendebarkan.

Cabaran pada episod ketiga ini benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mental semua peserta terutamanya Faidzal dan Kelvin.

Bermula dengan Log Jam Challenge di mana peserta perlu memotong kayu balak, diikuti Bridge Planking yang menguji keseimbangan dan daya tahan. Malah selepas itu Faidzal dan Kelvin turut berdepan cabaran penyingkiran bersama pasukan Dr. Shazif dan Syafiq.

MASKULIN berkesempatan menemubual Faidzal untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai pengalaman beliau dan Kelvin sepanjang episod ketiga ini. Menurut Faidzal, episod ini benar-benar menguji segala aspek stamina dan kekuatan.

“Kami memang tak tahu berapa banyak cabaran perlu kami buat. Untuk cabaran pertama, iaitu potong kayu balak, saya dan Kelvin ambil masa lebih sejam untuk siapkan. Tapi Saddan dan Asyraf, mereka paling pantas, hanya 45 minit. Kami tempat ketiga masa itu, jadi kami rasa masih ada peluang,” kata Faidzal.

Namun, cabaran yang seterusnya, iaitu Bridge Planking, menjadi titik kelemahan mereka. “Hari cabaran itu sebenarnya saya kena migrain. Ketika buat Bridge Planking, mata saya jadi sangat merah sebab menahan rasa penat. Kami dah beri segalanya, tapi stamina kami mungkin tidak cukup untuk cabaran seterusnya,” tambah beliau.

Nasib Tak Menyebelahi

Walaupun telah mencuba sehabis baik, mereka tetap berada di tangga tercorot selepas cabaran kedua. Cabaran penyingkiran pula menjadi penentu yang akhirnya menyaksikan mereka tewas kepada pasukan Dr. Shazif dan Syafiq.

Faidzal tetap berpuas hati dengan prestasi pasukan mereka. “Kami dah buat yang terbaik. Kadang-kadang dalam permainan, nasib tak menyebelahi.

“Tapi kami kena tetap bangga sebab dah berlatih dan bersedia sehabis baik. Kalau diberi peluang kembali, saya mungkin akan ambil suplemen atau energy gel untuk bantu stamina,” ujarnya sambil tertawa kecil.

Beliau turut memuji Kelvin sebagai rakan sepasukan yang hebat. “Saya ada strength, Kelvin ada speed. Itu kombinasi yang baik. Kami juga pasukan pertama yang berjaya memotong kayu balak pertama. Ia membuktikan kerjasama kami sangat bagus,” kata Faidzal dengan penuh semangat.

Brotherhood Adalah Segalanya

Apa yang lebih mengagumkan adalah semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Faidzal. Walaupun mereka terkeluar, beliau tidak lupa memberikan kata-kata semangat buat peserta lain yang masih berjuang.

“Kepada semua Bros saya, jangan lupakan brotherhood. Memang kita bersaing untuk menang, tapi kita semua adalah MASKULIN. Dalam MASKULIN, kita tidak ada toxic masculinity. Kita semua di sini untuk membuktikan kekuatan sebenar lelaki,” pesan Faidzal dengan nada yang penuh makna.

Episod ketiga ini bukan sahaja menyaksikan cabaran fizikal yang luar biasa, tetapi juga menyentuh hati penonton dengan nilai-nilai brotherhood yang menginspirasikan.

BACA: Episod Ketiga ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ Tampil Dengan Log Jam Challenge!

Untuk Bros yang masih bertahan, ingatlah bahawa perjuangan bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi juga tentang kekuatan hati dan semangat berpasukan. Teruskan menonton MASKULIN Who’s Your Bro untuk aksi-aksi yang lebih mendebarkan!

Jangan lupa untuk saksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ setiap Jumaat, 9 malam di saluran Astro Ria.

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim