Dengan wajah yang sering mengukir senyuman seakan memberi gambaran bahawa pelakon Hariz Hamdan merupakan seorang yang penyabar dan sukar untuk melihatnya marah.
Bagaimanapun, perawatakan sedemikian rupanya memberi kesan kepada Hariz Hamdan di dalam dunia lakonan.
Pelakon kelahiran pertandingan Hero Remaja itu mengakui yang sukar baginya untuk melakonkan watak seorang yang panas baran tatkala dirinya tidak bersikap sebegitu di dunia nyata.
Bahkan, dia akan diserang migrain setiap kali menjiwai watak demikian.
Menerusi drama bersiri Astro Originals yang berjudul X-Change, Hariz memainkan watak sebagai Qabil iaitu seorang jejaka muda yang panas baran dan kerap marah.
“Qabil ini jenis yang panas baran. Jadi bila Hariz mainkan watak yang panas baran, babak yang kena marah-marah, Hariz mesti dapat migrain selepas itu,” ujranya kepada Maskulin.
Tambahnya, tenaganya untuk meneruskan lakonan dengan sehabis baik juga akan terjejas setiap kali diserang migrain.
Ads
“Walaupun migrain, Hariz masih mahu memastikan yang Qabil punya watak itu hidup”.
Ditanya berapa kerap dia diserang migrain, Hariz menjawab yang dia mengalaminya hampir setiap hari sepanjang proses penggambaran drama bersiri itu.
“Sebab hari-hari dia marah sahaja. Kalau ada babak marah sahaja, mesti migrain masalahnya,” kata Hariz lagi.
Tiru Lakonan Rosyam Nor
Yang lebih menarik, perwatakan Qabil di dalam naskah berkenaan dicipta mempunyai banyak persamaan dengan watak Yakub yang dimainkan oleh Datuk Rosyam Nor.
“Pengarah kami, Abang Labu beritahu saya yang Qabil punya perwatakan secara asasnya tiru Abang Rosyam Nor,” kongsinya.
Ads
Di dalam drama bersiri X-Change, Yakob merupakan ayah kepada Qabil.
Sebagai anak sulung kepada Yakub, Qabil menyimpan hasrat untuk menjadi seperti ayahnya.
“Sebab itu dia (Qabil) marah macam Yakob,” jelas Hariz kepada MASKULIN lagi.
Oleh itu, Hariz mengambil pendekatan untuk memerhatikan cara Datuk Rosyam melakonkan perasaan marah, agar Hariz boleh meniru cara lakonan itu.
X-Change merupakan sebuah drama bersiri terbitan Astro Shaw sebanyak 10 episod.
Memaparkan kisah seorang remaja yang terpaksa terlibat dalam aktiviti jenayah keluarga, drama ini dibintangi barisan pelakon wajah baharu seperti Arfie Shah, Sadiq M. Jamil, Joey Leong.
Selain itu, ia juga turut dibintangi pelakon senior seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Ardini Angeline Tan dan Steve Yap.
Bercerita perihal pikat-memikat antara dua jantina berbeza ini merupakan kisah yang tidak akan habis dibicarakan. Segala macam karya romantis didengarkan sejak bergenerasi lama dalam pelbagai medium penceritaan.
Namun hakikatnya manusia ini sama sahaja. Mahukan pasangan yang terbaik untuk diri sendiri demi masa depan yang baik.
Bagi anda yang mempunyai ada rupa paras dan bentuk badan yang ideal mungkin mempunyai sedikit kelebihan. Tetapi jangan mudah mendabik dada kerana wanita tidak melihat anda dari satu perspektif itu sahaja.
MASKULIN tidak salahkan jika anda kadang-kadang sedikit blur tentang apakah yang wnaita mahukan. Ketahuilah bahawa anda tidak akan memahami mereka sampai bila-bila pun. Wanita ini perlu disayangi dan dengan kasih itulah akan disertakan cara untuk anda fahami mereka.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa sifat dan karakter yang paling disukai oleh wanita yang ada pada lelaki.
JUJUR
MASKULIN rasakan seluruh wanita di alam semesta ini pasti akan memberikan jawapan ini sebagai antara yang paling utama jika ditanya ciri-ciri lelaki pilihan. Menjadi lelaki yang tidak jujur adalah sangat tidak menarik di mata wanita. Caranya senang sahaja, anda jangan menipu. Paling penting jangan mula belajar untuk menipu kerana penipuan itu kemudian bertukar menjadi satu rantaian penipuan yang lain.
SEMANGAT
Lelaki yang ada semangat atau passion dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu yang diminati mereka sangat menarik atau seksi. Apabila ada semangat melakukan sesuatu emosi anda akan terdedah dan itulah sisi yang mahu dilihat mereka. Wanita mahukan lelaki yang ada matlamat, tidak mudah putus asa dan semangat berkobar-kobar.
YAKIN
Ada satu perkara yang perlu anda pandai bezakan. Keyakinan itu sangat berbeza dengan berlagak. Lelaki yang ada keyakinan diri tidak mudah tergugat dengan mana-mana lelaki atau wanita yang juga menggodanya. Malah lelaki yang ada keyakinan diri ini tampil sebagai seorang lelakui alpha bagi wanita.
HORMAT
Dalam agama Islam selepas berkahwin anda sebagai lelaki secara automatik akan bergelar sebagai ketua keuarga. Namun dengan tanggungjawab besar itu anda tidak seharusnya besar kepala. Hormatlah pasangan dengan seadannya. Ingat, isteri adalah manusia yang anda harus beri layanan terbaik di dunia ini selain ibu sendiri.
PANDAI AMBIL HATI
Sesetengah lelaki dianugerahkan dengan kemampuan untuk berjenaka dan membuat pasangannnya ketawa. Namun sifat kelakar itu sebenarnya tidak perlu ditelan secara harfiah sahaja. Anda perlu menjadi seorang lelaki yang pandai ambil hati. Tahu bila untuk ketawa, bila untuk menjadi pendengar dan tahu bila untuk senyum bila bertentang mata dengan si dia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Deodoran – Sebenarnya ia bukan punca utama bahagian ketiak menjadi gelap atau rona tidak sekata. Tetapi jika anda tak membersihkan saki baki deodorant semasa membersihkan diri, dikhuatiri ia bertukar kepada bakteria yang menyebabkan bahagian disitu menjadi hitam.
Hormon dan genetik – Salah satu punca mengapa bahagian bawah lengan menjadi gelap. Adakalanya bahagian kulit yang sensitif bertindak balas kepada ‘merkuri’ yang ada dalam deodorant.
Bercukur – Kaedah mencukur bulu di bahagian bawah lengan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jikalau terluka atau alat yang digunakan tidak dibersihkan dengan sempurna, ia akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menyebabkan ketiakmu gelap.
Pakaian ketat – Pakaian yang ketat di bahagian bawah lengan menyebabkan pergeseran antara ketiak dan baju. Ia juga mudah menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi gelap dan selalunya berlaku pada orang yang berbadan besar.
Bedak anti bakteria : Berkesan jika disapukan pada bahagian bawah lengan selepas mandi untuk mengurangkan kesan peluh. Bedak bayi juga sesuai digunakan.
Wax : Kaedah waxing lebih berkesan dari kaedah mencukur bulu dibawah lengan untuk mengurangkan kesan hitam. Kaedah waxing boleh membantu membuang sel kulit mati setiap kali kamu menarik ‘ waxing strip’.
Pisau cukur : Pisau cukur yang tumpul dan berkarat boleh merangsang pertumbuhan bakteria di bawah lengan. Ingat tu! Pastikan ianya tajam dan tidak berkarat.
Skrub : Lakukan scrub sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada bahagian bawah lengan. Jangan lupa sental ya?
Minyak wangi : Ramai lelaki yang suka menyembur minyak wangi secara terus pada bahagian bawah lengan kerana mereka ingatkan fungsinya sama seperti deodorant, untuk menghilangkan bau badan. Tapi anda salah. Apabila minyak wangi bercampur dengan bau peluh, kesannya terhasillah bau yang kurang menyenangkan. Kebanyakkan minyak wangi ada unsur metallic salt yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit.
Pemilihan deodorant : Deodorant yang mengandungi unsur mineral seperti kristal lebih sesuai digunakan pada pemilik kulit sensitif. Deodarant mineral sudah mula dijual di farmasi dan juga di Guardian dan juga Watsons.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sehingga ke hari ini kita masih lagi kekal megamalkan norma baharu sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19. Selepas beberapa ketika negara kita mencatatkan penurunan namun kini telah muncul pula kluster baharu yang dilihat cukup merisaukan.
Antaranya kluster Sivangangga yang berlaku di Kedah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab seseorang yang tidak mematuhi kuaranti di rumah. Akibatnya telah berlaku penularan yang cukup merisaukan dengan hampir setiap hari ada sahaja kes yang muncul dari kluster tersebut.
Pakar perubatan dan saintis pula sedang berjuang habis-habisan merawat pesakit manakala tidak kurang juga yang bekerja keras melakukan pelbagai ujian untuk menghasilkan vaksin.
Foto hiasan
Laporan terbaru menyatakan bahawa enam vaksin percubaan Covid-19, termasuk tiga dari China telah memasuki percubaan fasa ketiga. Memetik laporan agensi berita Xinhua, vaksin percubaan dari China tersebut adalah dari Sinovac, Institut Biologi/Sinopharm Wuhan dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing.
Manakala baki tiga lagi vaksin percubaan yang dihasilkan pula dari Universiti Oxford/AztraZeneca, Moderna/NIAID dan BioNTech/Pharma Pharma/Pfizer.
Ujian fasa ketiga menyaksikan vaksin pyang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam populasi umum sebelum menumpukan kepada ciri keselamatan, tahap keimunogenan serta tindak balas imun terhadap sebilangan kecil manusia.
Foto hiasan
Pada fasa ini jugalah para pengakaji dapat melakukan ujian untuk dapati sama ada vaksin dihasilkan dapat melindungi sejumlah besae orang dalam jangka masa panjang.
Mungkinkah ini sinar baharu umat manusia dalam memerangi penulran pandemik ini?
Namun kita tidak boleh terlalu gembira kerana pada fasa ketiga ini ia tidak bermaksud vaksin dihasilkan dapat melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang.
Dalam rekod WHO sebanyak 165 vaksin percubaan dihasilkan dan sudah melalui beberapa ujian dengan sebanyak 26 ujian klinikal.
Semoga vaksin Covid-19 segera dapat kita hasilkan bagi masa depan yang lebih selamat dan bebas daripada penyakit merbahaya ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.