Kecekalan seorang lelaki yang bergelar suaminya, Mohd Taufiq Abdullah menjaga isterinya itu meruntun hati netizen. Berat mata yang memandang berat lagi mata yang memikul, pasangan suami isteri ini ditimpa dugaan besar dalam hidup apabila insan bernama Nurliyana menghadapi penyakit Teroid iaitu satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Nurliyana dan suami, Taufiq juga sering muncul di kaca televisyen untuk berkongsi mengenai penyakit kronik dialami.
Rata-rata mendoakan kesihatan Nurliyana dan mendoakan kesembuhan wanita terbabit dan memuji sikap mulia suami ini.
Namun tweet lelaki bernama Ayim ini telah mendapat lebih 21k Retweet dimana dia menjadikan suami Nurliyana sebagai lelaki/suami yang boleh dijadikan contoh kepada orang ramai disana terutama sekali pada kaum lelaki Sifat yang ada pada Taufiq juga membuktikan masih wujud lagi lelaki berhati mulia dan sanggup senang serta susah bersama walau dalam apa jua keadaan. .
Penderitaan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.
Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.
Mari kita kita doakan semoga Nurliyana cepat kembali sembuh dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga pasangan ini bahagia dan dilimpahi bahagia.