Bagi yang aktif bersukan mesti pernah alami kaki terseliuh. Selalunya untuk meredakan bengkak dan kesakitan pada kaki terseliuh tersebut, kita akan sapu dengan minyak panas atau gamat dengan harapan bengkak akan surut.
Namun tanpa kita sedar mengurut kaki terseliuh dengan minyak panas rupanya salah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan yang semakin teruk.
Sekiranya kaki terseliuh, Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan mengesyorkan beberapa langkah yang perlu anda lakukan segera untuk mengurangkan kesakitan.
Dengan adanya panduan ini, anda dapat melakukan rawatan awal untuk mengelakkan kaki terseliuh semakin teruk.
Semoga perkongsiannya ini akan bermanfaat untuk anda lebih-lebih lagi jika anda kerap melakukan aktiviti bersukan seperti berlari, berjoging atau bersenam.
JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA INI SEJURUS KAKI TERSELIUH!
“Doktor, lepas pergi urut, kaki saya semakin bengkak.”
Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan orang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, kondisi kaki boleh jadi semakin teruk.
Untuk elakkan perkara itu berlaku, JANGAN lakukan perkara-perkara berikut:
1. JANGAN URUT
Ads
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2. JANGAN TUAM HABA
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).
Berikut pula perkara-perkara yang anda PERLU lakukan sebaik sahaja tercedera:
1. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.
2. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.
Ads
3. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
4. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Itulah rawatan yang JANGAN dan rawatan yang PERLU dilakukan sejurus selepas terseliuh pergelangan kaki, agar cepat sembuh.
Setelah bengkak dan kesakitan surut, anda perlu lakukan senaman untuk kuatkan semula sendi yang tercedera. Boleh belajar senamannya di pusat fisioterapi.
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Semoga bermanfaat!
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Biro Rehabilitasi Medtweetmy
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah penting dalam bidang kecergasan kerana tidur yang berkualiti memainkan peranan yang besar dalam pemulihan badan, pembaikan otot, dan prestasi fizikal secara keseluruhan. Ini adalah beberapa sebab mengapa tidur yang mencukupi penting dalam konteks kecergasan:
Pemulihan Otot
Semasa tidur, tubuh kita mengalami proses pemulihan, di mana tisu-tisu otot yang rosak semasa latihan akan diperbaiki. Tidur yang mencukupi membolehkan badan melakukan pemulihan ini dengan lebih efektif, membantu otot-otot kita pulih dan membesar.
Hormon Pertumbuhan
Tidur yang mencukupi membantu penghasilan hormon pertumbuhan yang penting untuk pembinaan otot dan pemulihan. Hormon ini berfungsi dengan baik ketika kita tidur dalam tahap tidur nyenyak.
Kurang tidur boleh mengakibatkan keletihan dan penurunan prestasi fizikal. Dengan tidur yang mencukupi, anda akan merasa lebih bertenaga dan mampu memberikan usaha yang lebih baik semasa latihan atau aktiviti kecergasan.
Kurang tidur boleh menyebabkan kelemahan otot dan penurunan keseimbangan, meningkatkan risiko cedera semasa berolahraga. Tidur yang mencukupi dapat membantu menjaga kekuatan otot dan koordinasi.
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan hormon yang mengawal selera makan. Ini boleh menyebabkan peningkatan nafsu makan, terutamanya untuk makanan berlemak dan bergula, yang boleh membawa kepada penambahan berat badan yang tidak diingini.
Tidur yang mencukupi juga penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk kesihatan mental dan emosi. Kekurangan tidur boleh menyebabkan stres, keletihan mental, dan masalah kesihatan mental lain.
Jadi, untuk mencapai prestasi yang baik dalam kecergasan, tidur yang mencukupi adalah sebahagian penting daripada rutin harian anda. Pastikan anda memberi tubuh anda peluang untuk pulih dan berkembang dengan tidur yang mencukupi setiap malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebuah kajian terkini menjelaskan apakah manfaat yang diperolehi daripada rutin mandi sebelum tidur yang mungkin tidak banyak dilakukan oleh ramai orang. Anggapan bahawa mandi malam dapat menyebabkan penyakit rematik turut menjadi salah satu dari alasannya.
NAMUN, MENURUT KAJIAN TERBARU YANG DILAKUKAN OLEH CENTER FOR SLEEP MEDICINE DI NEW YORK, MANDI SEBELUM TIDUR DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENDAPATKAN TIDUR YANG NYENYAK DAN LEBIH RILEKS.
“Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya boleh merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan dan membuat anda mudah untuk tertidur,” ujar Dr. Dianna Augelli selaku peneliti.
Lalu bilakah sebenarnya waktu yang tepat untuk anda mandi? Dianna mengatakan berikan jarak dalam 90 minit sebelum waktu untuk anda tidur untuk mandi. Mandi pada waktu tersebut, menurutnya, dapat memberikan isyarat pada tubuh bahawa anda telah siap untuk berehat.
“Biasanya ia akan dimulai dengan rasa ngantuk setelah mandi,” tambah dia.
Mungkin beberapa saat setelah mandi, tubuh kelihatan lebih segar. Namun seiring dengan perjalanan waktu anda akan mengalami proses pendinginan yang bakal mendatangkan rasa ngantuk luar biasa. Dalam tahap ini anda akan mulai tertidur dengan nyenyak dan bangun dalam keadaan yang lebih segar pada keesokan harinya
Oleh itu bolehlah untuk anda mengamalkan mandi sebelum setiap kali anda ingin tidur agar anda lebih mudah untuk berasa ngantuk. Seterusnya membolehkan anda untuk tidur lebih lena dan bangun dengan lebih segar pada keesokannya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Botak memang bersifat genetik atau keturunan, namun gaya hidup dan perawatan rambut yang salah juga boleh menyebabkan kebotakan.
Dihydrotestosterone (DHT) dari hormon testosteron adalah agen yang menyumbang terjadinya keguguran rambut.
Jika anda gemar makan daging yang kaya lemak dan rendah serat akan memiliki tahap testosteron tinggi.
Penghasilkan testosteron ini boleh bertukar menjadi DHT.
Oleh itu, disarankan agar anda mengamalkan diet yang lebih sihat dengan mengambil lebih banyak sayur dan makanan kaya serat untuk menurunkan tahap testosteron.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.