Bestnya bila seharian penat berkerja, balik je suasana rumah macam rumah Datuk Aliff Syukri ni. Biarpun sering dikecam dan melalui banyak dugaan yang datang bertubi-tubi,Aliff Syukri kini mampu untuk mengukir senyuman bahagia apabila dia di katakan sudah dapat melihat rumah impiannya itu hampir siap 100%. Katanya banyak perhiasan di dalam rumah sudah sampai dan di susun cantik, ruang tamu juga nampak sangat mewah dan segala taman dan perhiasan sudah pun sempurna.
Dalam banyak-banyak design yang ada di rumah mewah Aliff Syukri, ukiran taman dengan banyak tanaman cantik menjadi perhatian ramai orang. Kata Aliff syukri, rumahnya itu mempunyai taman rahsia di mana banyak pokok dan hiasan di ambil dari konsep luar negara seperti Italy. Cuba tengok kesemua gambar ini,nampak sangat cantik dan indahkan?
Selain itu, Aliff Syukri turut memelihara beberapa ekor ayam kampung yang akan berkeliaran di sekitar tamannya membuatkan suasana kampung juga ada di wujudkan di rumah mewahnya itu.
Bila petang-petang penat bekerja, makanya di ruang inilah yang akan menjadi tumpuan keluarga Aliff Syukri.Dengan pancutan air terjun yang mengalir dan menenangkan, ada banyak ikan koi berenang di dalam kolam, terasa sangat bahagia bila suasana rumah seperti ini. Betul tak?
Ads
Satu rakaman video di muat naik di mana Aliff Syukri membawa keluarganya untuk berkelah berdekatan dengan kolam ikan koi di rumahnya. Aduh,nampak sangat best dan santai bila makan-makan dengan keluarga sambil menikmati nasi lemak panas macam itu. Yang berada di atas kerusi itu jika anda nak tahu, itulah dia nenek Aliff Syukri.
Lelaki moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan terutamanya pada wajah.
Kebanyakan lelaki itu di peringkat usia 40-an. Pada usia tersebut lelaki sememangnya semakin matang dan stabil dari sudut kewangan mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif di kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam kualiti kesihatan juga.
Dalam bidang perubatan anti penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika lelaki berusia 40-an mengadu letih dan kurang tenaga maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan. Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah:
PIGMENTASI PADA KULIT
GARIS DAN KEDUTAN
WAJAH JATUH MENGGELEBER DAN TAMPAK TUA
RAMBUT BERUBAN
RAMBUT BOTAK
PORI PORI WAJAH KASAR KERANA KERAP BERCUKUR
KURANG STAMINA DAN KURANG KEINGINAN SEKS
KULIT KUSAM DAN TIDAK SEKATA
KULIT GELAP KERANA PENDEDAHAN MELAMPAU PADA MATAHARI
OBESITI
PERBEZAAN KULIT LELAKI
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen mempengaruhi kulit Wanita. Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab itu apabila berbanding usia, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun begitu, semakin berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan. Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
1) MODIFIED SERDEV
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar saya menggunakan teknik Modified Serdev untuk mereka. Melalui teknik ini benang yang diperbuat daripada protein digunakan bagi mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu struktur kepala yang dinamakan temporalis fascia. Melalui cara ini wajah yang jatuh akan diangkat semula dan hasilnya wajah tampak lebih muda dan menarik.
Teknik Modified digunakan kerana wajah lelaki agak lebar. Kawasan yang sering kendur adalah bahagian bawah dagu. Ini membuatkan leher tampak kendur dan menggeleber. Berbanding wanita pula kawasan yang mudah jatuh adalah pada pipi. Rawatan ini mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan.
Wajah kita terdiri daripada struktur tulang dan otot-otot muka. Apabila usia meningkat kulit kita turut mengalami perubahan dalam kandungan kolagen di dalamnya. Jalinan kolagen yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tidak tegang. Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut menimbulkan garisan kecil yang menghala ke bawah.
. Dengan menggunakan benang khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala, kulit muka akan diangkat semula tanpa memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik ini adalah ia menggunakan benang yang diperbuat daripada protein, tidak memerlukan pembedahan, tidak sakit dan hasilnya tahan lama. Dalam masa beberapa bulan benang itu akan hancur di dalam tubuh kita namun hasilnya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semula jadi di mana bahagian muka yang diangkat melekat pada tempat yang betul dengan kekal.
2) FILLER
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting dewasa ini. Filler menggantikan struktur lemak muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata. Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan Filler. Terdapat pelbagai jenis Filler di pasaran dan saya suka mencadangkan Filler jenis berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut terdapat hyaluronik asid yang dikeluarkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Ia bersifat sebagai bahan yang mengisi ruang di dalam kulit membolehkan kulit tampak anjal. Apabila usia meningkat, penghasilannya juga kurang dan wajah tampak berlekuk. Adalah lebih baik bagi kita melakukan penambahan.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri .Bagi saya pemilihan haruslah mengikut kesesuaian dan usia juga. Bagi lelaki berusia 40-an saya mencadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang tahan lama.
3) LASER BAGI LELAKI
Bagi kaum lelaki penggunaan laser turut memainkan peranan yang penting. Laser yang saya cadangkan mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan semula sel-sel kulit. Di Marissa Aesthetik saya menggunakan pixel laser yang baik bagi meninggikan paras kolagen di dalam kulit. Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit sahaja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Dengan kata lain ia membaiki struktur kulit dan menghasilkan kulit lebih gebu dan cerah. Pori-pori terbuka boleh diatasi dengan lebih berkesan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti MASKULIN perkatakan sebelum ini dalam berpakaian dan berfesyen ia sebenarnya terpulang kepada individu. Asalkan rasa selesa dan tidak keterlaluan dalam pemilihan pakaian ia sudah mencukupi buat sesetengah orang.
Namun bagaimanakah jika seorang lelaki tampil dengan pakaian yang lebih sinonim dengan wanita? Ambil contoh pakaian seperti skirt atau blaus. Pastinya ia satu pemandangan yang cukup aneh dan janggal untuk kita saksikan seorang lelaki yang tampil macho tapi menggayakan pakaian tersebut.
Berbeza dengan lelaki ini yang dikenali dengan nama Mark Bryan, warganegara Amerika Syarikat yang menetap di Jerman. Dia juga bukanlah seorang yang calang-calang orang kerana tugas hariannya sebagai seorang jurutera robotik.
Tapi apa yang membezakan dengan orang lain ialah dia memilih untuk memakai bukan sahaja skirt atau blaus tetapi turut menggayakan kasut tumit tinggi yang kedua-duanya merupakan pakaian sinonim dengan wanita.
Sejak tahun lalu namanya mula menarik perhatian ramai. Malah dia pernah diundang untuk mengikuti sesi penggambaran bersama majalah fesyen yang berpengaruh di negara Barat. Malah dia kini turut menggelarkan dirinya sebagai seroang perawagan.
Jelasnya menerusi temu bual bersama Remix Magazine, “Kira-kira setengah tahun lalu saya hanya ada 200 orang pengikut di Instagram. Kini ia sudah melebih 600 ribu pengikut. Jadi ia benar-bena satu perkara yang cukup mengagumkan bagi saya.
IDEA ASAL
Dari segi fesyen dia mengatakan banyak mendapat inspirasi dari Carrie Bradshaw. Tambahnya lagi idea untuk menggayakan skirt dan kasut tumit tinggi sudah ada sejak pengajiannya di universiti di zaman mudanya.
Pada waktu itu teman wanitanya berseloroh menyuruhnya memakai kasut tumit tinggi bagi menampakkan dirinya lebih tinggi darinya.
Lebih memeranjatkan lelaki pertengahan umur ini mempunyai isteri, anak dan keluarga yang cukup memahami dan tidak kisah akan penampilannya seperti ini. Dari segi kerjaya profesional pula ia tidak menjadi masalah di kalangan rakan sekerja.
Apa pandangan anda tentang perkara seperti ini. Bagi MASKULIN ia sememangnya hak individu masing-masing namun bagi kita terutamanya orang Islam, biarlah ia kena agama, budaya dan adat kita sebagai orang Timur.
Dunia, oh dunia.
Kredit: Remix Magazine & Instagram Mark Bryan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dengan siapa lagi untuk seorang suami tumpahkan segala kasih dan sayangnya melainkan untuk isteri tercinta. Jika anda seorang suami pasti faham bahawa senyuman kebahagian seorang isteri itu satu anugerah yang cukup tidak ternilai harganya.
Kejayaan memenuhi permintaan istimewa dari seorang isteri bukan sahaja memberikan kepuasan tetapi memberikan satu hubungan romantis yang lebih erat.
Baru-baru ini, nama Hendra Outside dan istrinya, Ulfa Merdeka seorang pempegaruh dari Indonesia mencuri perhatian ramai, khususnya di kalangan para suami.
Apa tidaknya kejutan yang dilakukan Hendra untuk isterinya. Ulfa di konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura tidak hanya menunjukkan kasih kepadanya tapi menunjukkan pengorbanan seorang suami demi kebahagiaan pasangannya.
Hendra yang mengaku bukanlah seorang peminat Taylor Swift atau nama gelaran peminat artis tersebut ‘Swiftie’, telah mengambil langkah luar biasa untuk membuktikan cintanya.
Dengan mengenakan bajup-T putih yang bertuliskan “Saya bukan Swiftie, tetapi saya mahu membahagiakan isteri saya” di bahagian depan, Hendra telah menarik perhatian banyak pihak.
Namun, apa yang lebih menarik ialah paparan yang dikongsi di atas baju-T yang dipakainya ketika hadir ke konsert tersebut. Pasangan ini menghabiskan total IDR38,150,000 rupiah atau sekitar RM11,500 untuk keseluruhan pengalaman konsert mereka.
Perincian perbelanjaan tersebut termasuklah harga tiket konsert seharga berharga IDR21.5 juta rupiah, tiket pesawat pulang-pergi dari Surabaya ke Singapura berharga IDR7 juta rupiah, penginapan hotel untuk satu malam dengan biaya IDR3.8 juta.
Manakala untuk makan minum pula sejumlah IDR3.8 juta, baju untuk Ulfa berharga IDR1 juta, cenderamata seharga 1 juta rupiah dan akhir sekali kos membuat baju-T khusus tersebut hanya IDR50 ribu.
Cerita ini bukan hanya tentang seorang suami yang rela menghabiskan uang demi membahagiakan istrinya, tapi juga tentang bagaimana cinta dapat diungkapkan melalui tindakan yang penuh makna.
Hendra, melalui pengorbanannya, telah memberi contoh nyata bahawa kebahagiaan pasangan terkadang memerlukan pengorbanan dan usaha ekstra.
Kisah Hendra dan Ulfa ini menjadi inspirasi bagi banyak pasangan, menunjukkan bahwa menghargai dan membahagiakan pasangan tidak selalu tentang berapa banyak yang kita belanjakan, tapi seberapa dalam kita memahami dan menghargai kebahagiaan mereka.
Kisah ini mengingatkan kita semua bahawa dalam hubungan suami isteri, kadangkala pengorbanan terbesar adalah ketika kita menunaikan apa yang dimahukan oleh pasangan dengan berusaha membuat mereka tersenyum kegembiraan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Foto: IG Ulfa Merdeka
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pemuda 26 tahun alami strok selepas urut leher. Seorang pemuda berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengatur cara dari Changsha, Hunan, China nyaris mengalami kelumpuhan kekal atau strok selepas menjalani sesi urutan leher yang berintensiti tinggi.