Tahukah anda bahawa penggunaan minyak wangi ini adalah satu cara penggayaan diri yang tidak boleh dilihat oleh orang lain tetapi memberi kesan yang besar kepada kita? Apabila minyak wangi disembur pada anda, ia akan menghilang tetapi tetap wujud dengan memberikan bau-bauan yang wangi dan meningkatkan keyakinan anda untuk berdepan dengan orang ramai.
Wanita lebih sensitif terhadap bauan pada tubuh kamu. Memakai wangian akan menjadikan anda lebih menarik kepada wanita. Dalam memilih pasangan, bau adalah aspek penting bagi wanita. Dalam kajian Eropah, ia menunjukkan bahawa walaupun isyarat visual adalah yang paling penting bagi lelaki dalam memilih wanita, aroma pula adalah faktor yang paling berkuasa untuk wanita dalam memilih lelaki. Seorang lelaki menggunakan mukanya terlebih dahulu, manakala seorang wanita menggunakan hidungnya walaupun dia tidak tahu!.
Bau adalah rasa yang paling berkuasa. Sebenarnya ia 150,000 kali lebih sensitif daripada penglihatan anda, dan mampu mengesan lebih daripada satu biji bau (mata kita hanya dapat mengesan sekitar 7,000,000 warna, dan terbau haruman ibu kamu, pasti emosi kamu akan terganggu seketika kerana secara tidak langsung, pemikiran kamu sedang bermaib dengan emosi kamu mneyebabkan kamu sedih juga rindu.
Berpakaian kemas dan bergaya mampu tambah keyakinan diri anda. Menyembur cologne boleh meningkatkan lagi perasaan itu. Jenis haruman yang dipilih dan pakai melambangkan personaliti diri anda. Jadi, harus sedar betapa pentingnya sesuatu haruman itu yang mampu mengubah persepsi masyarakat pada diri kamu. Tidak kiralah sama ada pertemuan dengan si dia ataupun hal kerja.
Sembur minyak wangi pada kulit yang lembap. Tahukah anda, kulit yang kering menyerap aroma lebih lambat dan membuatkannya tidak tahan lama. Jadi, anda disarankan supaya memakai losen terlebih dahulu.
Jika wanita disarankan menyembur minyak wangi pada titik nadi kerana di situ terdapatnya aliran darah yang maksimum, lelaki pula digalakkan menyembur haruman di sekitar tengkuk dan dada.
Gaya hidup aktif memerlukan lelaki cenderung kepada aroma yang lebih kuat. Lelaki disarankan untuk memiliki sekurang-kurangnya TIGA JENIS haruman maskulin seperti formal (untuk ke tempat kerja atau di siang hari), ‘sporty’ (ketika melakukan aktiviti riadah) serta aroma seksi (untuk bersama si dia atau acara malam).
Bagi lelaki yang tidak mahu aroma yang keterlaluan pada tubuhnya, semburlah minyak wangimu pada jarak empat ke enam inci dari kawasan sasaran. Elakkan menyembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama/panjang.
Semburan minyak wangi untuk ‘menutupi’ bau badan lelaki, sebenarnya tidak memadai. Lebih-lebih lagi jika si lelaki itu kuat merokok atau menunggang motosikal setiap hari. Bau asap rokok serta bau asap kenderaan dari jalan raya mudah ‘melekat’ dan tertinggal pada pakaian yang dipakai, menghasilkan bau yang hapak jika lelaki tidak memakai jaket. Jadi, pastikan pasangan anda selalu memakai deodoran atau pakailah ia bersama ‘body mist’ supaya bau haruman yang telah dipakainya itu tidak kalah dengan bau hapak asap rokok.